Saya kembali buat seketika.

Hai,
Selamat bertemu. Apa khabar? Lama sudah tak bertemu. Aku disini sihat sahaja, bertambah gemuk dan sihat. Alhamdulillah. Lemak ni begitu sayang untuk tinggalkan aku.

Ok. Aku rasa agak cilaka bila type terlalu formal ni, haha. Lantak.
Oh, aku baru balik dari Bengkel Sharing Session bersama Mazelan Manan. Bengkel skrip. Sangat seronok dan sangat faham semuanya. Dan sekarang aku sudah boleh buat proposal dan bersiap sedia untuk patching! Alhamdulillah. Hehehe.

Sebenarnya, aku mahu sambung menulis, tapi entah kenapa fikiran aku hilang pula, aku ada buat jadual aku mulai sekarang. Mahu tahu? Ini (tolong jangan bagitahu sesiapa);

Isnin  - Khamis: Kerja part time kat Mcd, Rawang. Tempat lama.
Jumaat - Ahad: Kelas. Kelas apa aku tak boleh bagitahu dulu, sebab tak pasti aku dapat masuk atau tidak lagi. Jadi, biarkan dulu, anggap saja aku ada kelas. 

Dan malam, setiap 3-5 jam, aku akan luangkan masa untuk menulis novel, dan contengan di kertas putih sinopsis skrip. Mahu tahu perancangan aku? (Tolong jangan bagitahu sesiapa kalau tak mahu terberak depan orang kesayangan esok)

Aku bajet nak buat macam ni, 1 hari - 2 bab : 1 bulan - 1 novel.
Bulan ni aku nak habiskan novel yang tertangguh tangguh tu, novel hantu.
Bulan April: Takdir Arrysa, aku akan masukkan element skrip dalam ini.
Bulan Mei: Gadis Merah Jambu, koleksi cerita pendek.
Bulan June: Bawaku pergi, koleksi 5 kispen yang fedap dengan hidup masing masing. Merangkumi setiap masalah manusia, cth: Diri sendiri, Cinta, Kawan dll.
Bulan July, aku masih lagi fikirkan, ingat nak buat buku yang bertajukkan '7 Warna'. Mungkin koleksi cerpen juga. Huhu

Ok, janji jangan bagitahu sesiapa? Bagus. Nah, rasuah*hulur 5sen*

Itu kalau aku begitu disiplin untuk siapkanlah, aku harap aku boleh. Dan aku harap SelUT Press masih sudi terima novel aku. Huhu

Oh, dan dalam masa sama juga, aku akan selit selit buat proposal, sekarang ni banyak stesen TV buat pitching. Jadi, moh la hantar proposal banyak banyak. Untung untung mereka berminat, bagus la kan, dapat juga job. :D

*senyum kerang*
Aku suka kehidupan aku macam ni, tapi ketiadaan idea itu yang aku rasa palat.
Rasa macam nak terjun bangunan pun ada juga. Haha.

Oh. Sudah lah. 
Kepala aku pening sebenarnya ini. Oleh itu, aku update sesuatu di blog, moga terubat kusut kotak berputar.

Oh. Semenjak dua menjak ni, ramai kawan kawan aku di wall mereka berbunga bunga, tak. Aku ngak jeles deh loh. Yela, wall FB tu kan tempat sayang, sayang, muah, muah. Serupa kau jolok jolok depan orang ramai. Hahaha

Mana ada jeles, tapi sikit tu ada la, gila kau tak ada, aku gadis yang punya perasaan juga ok, aku punya RASA. Cuma aku rasa 'sesuatu' yang aku rindu, dalam masa sama aku takut nak rasa 'sesuatu' tu semula. 
Bercinta dengan kerjaya lebih baik dari bercinta dengan lelaki yang belum tentu milik kita selamanya.

Aku : Aku mahu macam ini juga.
Pakcik Google: Ambillah, nanti tunjuk pada bakal suamimu.
Aku: Baiklah, kepada bakal suami terindahku,
Aku mahu kita seperti dalam ini,
Mungkin bukan sekarang, tapi mungkin di masa hadapan,
bersama selamanya. <3

"Bercinta dalam hubungan yang halal lebih diredhai. 
Nak jolok jolok pun dapat pahala free, keh keh." - Linda Zizan, 2012.

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman