Takdir

Gelap. Berpakaian baju serba putih. Dia cuba ingat dimana tempat yang kini dia berada. Sunyi.

"Hello...!" Dia menjerit.

Masih sunyi. Dia teruskan perjalanan. Di kelam malam, dia ternampak cahaya yang samar-samar. Silau. Tapi masih lagi mahu melihat. Ketawa ngeri datang cahaya tersebut membuatkan dia meremang bulu roma.

"Siapa?? Siapa kau?!" Jeritnya gementar.


Dia cuba larikan diri dari cahaya itu. Tiada siapa boleh lari daripada aku, si babi kecil! Desis cahaya itu.

"Pergi! Pergi! Jangan dekat padaku!"

Ketakutan dia bertambah tatkala cahaya itu mengeluarkan suara ketawa yang garau.

"Aku adalah utusan dari Tuhanmu!"

"Tuhan??" Dia terduduk pabila cahaya itu semakin dekat. Tak terdaya untuk melarikan diri dari ruang yang kosong tidak berpenghujung.

"Kerana kau melanggar takdirmu seperti mana Tuhanmu turutkan!"

"Takdir apa??!!" Jeritnya ketakutan.

"Terima takdir kau atau kau akan terima balasannya."

"Apa yang telah aku lakukan? Takdir apa yang kau katankan?!!" Peluh semakin membasahi tubuh badan.

"Lebih baik kau terima saja segalanya, atau Tuhan akan mengambil nyawamu." Kata cahaya itu sebelum lesap.

Gelap. Gelita.

"Terima takdir apa?! Apa takdir aku!!!"

Dia tersedar dari mimpi. Bintik bintik peluh membasahi. Dia terduduk dari baring. Dia memandang sampul berwarna putih bersama surat penerbangan ke Malaysia. Ditenung sampul itu. Keluh. Inikah takdirku??

Surat jemputan perkahwinan kekasih hatinya dilempar ke lantai bersama tiket penerbangan. Penerbangan akan bertolak sejam dari sekarang. Turut kata hati, mahu dihalang perkahwinan terpaksa itu.

"Sudahlah, tak ada guna aku hendak halang kau, kau akan bahagia bersama bakal suami durjana  kau itu!" Dia kembali  menyambung mimpi. Moga mimpi yang indah.

*****

Tempat ini lagi? Ruang kosong yang tiada penghujung. Gelap gelita. 

Tiba-tiba, cahaya terang itu datang lagi.

"Kenapa kau tidak turut takdir kau!!" Marahnya.

"Takdir apa?? Apa yang telah kau coretkan!!"

"Halang dia jadi milik insan lain!"

"Apa??"

"Dia adalah milik kau, dia takdir kau, dan kau patut halang. Dia menderita tanpa kau!" 

"Dia takdirku??" Segala memori selama 9 tahun bermain difikiran.

"Ya.. Kau patut halang majlisnya." Bergetar lutut lelaki itu mendengar kebenaran.

"Tapi, aku dimana? Bagaimana aku hendak menghalangnya??"

"Mansur, Mansur. Semuanya telah terlewat. Bukankah aku telah turutkan, supaya ikut takdir kau! Turut kata hati kau!"

"Apa??"

Gelap.
*****

"Berita terkini, Separuh bandar kecil di Jepun, telah musnah akibat daripada gempa bumi yang melanda. Beberapa rumah telah roboh dengan teruk, turut dipercayai seorang pelajar dari Malaysia yang menetap di sana, telah ditemui mati, dan akan dibawa pulang ke Malaysia dan diserahkan kepada pewaris untuk urusan pengembumian."

Si gadis yang lengkap berpakaian pengantin berbaju putih menonton berita tersebut mengalirkan air mata. Dia menutup mulutnya menahan sebak. Sahabat di sebelahnya memegang bahu gadis itu. Air matanya semakin laju mengalir. Lelaki yang dicintainya akan pulang ke Malaysia dalam keadaan kaku.

"Tak mungkin!! MANSUR!!!!"

PERHATIAN!! Free The Children! Harus tekan di sini. Bantu mereka!

Comments

lindazizan said…
Gula gula? nanti saya pos kan.. keh keh keh

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman