Kau Tahu....

Kau tahu,
Semenjak kau menghilangkan diri dalam kesepian hidup ini,
dengan penipuan yang telah terbongkar,
yang bukan dari mulut insan lain mahupun mulut kamu sendiri..
Perasaan cinta yang begitu mendalam bertukar menjadi dendam..

Kau tahu,
Ku lihat perubahan hidup kau, hidup kau semakin naik dan menaik,
Tapi sayang, cinta kau pada ku kau tinggalkan disini, kau tidak membawanya bersama.
Ku lihat kau terbang menuju ke syurga duniawi, dan aku hanya tersenyum melihat kau dari tanah..
Menumpang merasai kebahagiaan kau disana, biarpun aku sebenarnya terseksa..
Tidak lama kemudian, kau terhinggap bersama bidadari dari khayalan,
bila aku cemburu melihat kau bersamanya, kau katakan.. "Kami hanya rakan sepejabat."



Aku percaya,
Kau tahu...
Dari hari ke hari, ku lihat perubahan wajahmu..
Kamu penat .. Maafkan aku menganggu kamu..
Aku cuma rindukan kau ...
Sangat rindukan kau, izinkan aku melihat wajahmu hanya sesaat..
Tapi bukan wajah seletih itu...

Kau tahu,
walaupun aku hanya melihat wajahmu hanya di komputer ribaku, di sepanjang malamku,
teringin sungguh aku menyentuh pipimu, merasai kehanggatannya.
Tapi aku tahu, gadis ditempat kerjamu itu pasti merasai kehanggatnya..
Aku cemburu.. Sebab aku merasai itu adalah hak aku, kau adalah milik aku,
biarpun kita tak pernah berjumpa, dan aku cemburu, gadis cantik itu dapat bergambar denganmu,
walaupun hanya gambar. Dan kau katakan.. "Saya ambil gambar tu tanpa perasaan pada dia, tanpa rasa cinta dan sayang.. Dan hanya kawan."

Ya, aku percaya...
Kau tahu,
aku selalu katakan..
"Kau masih berhak memilih sesiapa selagi kau belum menyebut namaku pada majlis akad nikah kau."
Sebab aku selalu mengharap kau menyebut namaku sebagaimana kau bersenda menyebut namaku pada tok kadi dihadapan komputer ribaku..
Aku ingat segalanya ... Cara kau menyebut "Sah" dengan jumlah yang banyak sambil menganggukkan kepala..
Aku benar-benar bahagia kala itu ... Bagai kau telah menjadi milikku..
Di otak ku hanya satu detik itu..
"Aku ingin menjadi isterimu yang sah .. Bukannya kekasih yang tidak tahu penghujungnya..
Aku mahu hidup denganmu..."

Kau tahu,
Bila semakin lama kau menghilang ditelan dek arus masa..
Ingatan aku pada kau semakin pudar.. Begitu juga perasaan yang begitu peritnya dipermainkan kau..

Tapi kau tahu ...
Bila aku sudah tidak dapat melihat wajahmu, senyumannya di kotak fantasi ini,
aku menjadi resah, biarpun itulah yang aku inginkan ...

Kau tahu,
lagu pertama yang kau nyanyikan di hadapanku,
"Ku ukir indah namamu by 7 pelangi"
Satu-satunya lagu yang boleh membuatkan aku teringatkan kau pada mula-mula kita berkenalan ...
Dan hanya mendengar lagu ini dapat mengembalikan senyuman di bibir ini kala teringat kau membuat lawak mengenai pak cik di tempat tinggal kau..
Aku turut tertawa sambil menulis warkah luahan ini..


Kau tahu,
Aku suka kau menyebut nama "Linda Zizan",
sebab aku dapat rasai, kau menyokong aku untuk terus bergiat maju dalam dunia penulisan ini,
Dan,
Aku suka kau menegur ku begini, "Hi, writer."
Pada permulaan aku berkenalan dengan kau ...
Itulah antara yang terindah..


Kau tahu,
Setiap kali kau buat aku tertawa, hati aku akan berkata,
"Kau seorang penghibur, tapi bukan seseorang yang boleh dijadikan kekasih yang setia..."
Tapi aku abaikan, kerna aku percaya, kau mampu jadi pencinta yang setia..
Dan sekarang, ternyata TIDAK ..

Kau tahu,
Aku tahu segala helah kau, segala penipuan kau,
Sebab itu aku tidak dedahkan identiti kau yang sebenarnya, walaupun hanya nama panggilan kau,
terutamanya pada status di facebookku, dan blog ini, seperti biasa yang aku lakukan bila aku mula jatuh cinta..
Kerna aku tau, aku adalah salah seorang mangsa permainan kau,
tapi aku diamkan, sebab aku nak terus menatap mata yang memberi aku seribu sinaran .. Mata yang memukau.. Wajah kacak kau..
Tapi semenjak kau lelah mencari rezeki.. Sinar itu semakin pudar..

Ya.. Aku tahu,
kau sudah tidak lagi memberi sinar cinta dimatamu padaku ...
Kau mulai bosan..

Pernahkah kau tahu...
Aku rindu pada kau ..
Sangat rindukan kau,
walaupun begitu teruk kau menipu aku ...
Dan aku mahu kau selalu berada dalam ingatanku,
kala kau hilang dari ingatan ini,
Hanya lagu itu mengembalikannya semula,
dan air mata menjadi peneman setia..

Kau tahu,
Nama kau tersemadi sepi di lengan kiriku,
tanda cintaku pada kau..
Sakit menorehnya itu tidak dapat melawan peritnya kau tinggalkan aku tanpa sebab,
dan betapa tergurisnya kau menipu aku bulat-bulat ..
Sebaik parut ini hilang,
segala ingatan, memori kita, kata-kata kau,
akan terus lesap ...
Kerana jangka masa parut dalam ini adalah jangka masa yang paling sesuai untuk melupakan kau dalam hidupku...
Dan bila lenganku sudah bersih seperti sebelumnya,
aku sudah tidak kenal lagi siapa kau,
Siapa kekasih alam maya yang teramat aku cintai ...

Selamat tinggal, mr ANDOX ...

*Google Image*

Comments

Cj_Angel said…
Yes,I know now myless...I miss u more than u miss me...(perasaan)
Relax je...don't give up...fight for your love...

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman