M.E.N.G.E.L.A.B.A.H ~

Ayat ini lah yang kawan aku selalu sebut bila aku mula perasan, berlagak dan juga tengah ter'jatuh' .. :)
Ya, aku memang mengelabah, tak dinafikan, tapi nak buat macam mana, dah memang jenis aku macam tu, dalam kata baiknya, over-nervous, haha ok, aku tahu itu pun mengelabah.. haha

Next topic,
Hahahaha!
Mungkin bila baca ni ada yang beranggapan macam macam terhadap aku,
so, aku dah tak kisah, aku nak jadi hati bata dah, well.. Apa yang aku nak coret kali ini,
Just apa yang aku rasa, pendapat aku sahaja.. Kalau tak suka sila cuba benda ni, tekan "Ctrl+W" sekarang.
Terima kasih, kejap, jangan tekan dulu, nanti kau orang tak tahu yang aku nak cakap thanks.
Baik, Terima Kasih~ :) (Sila tekan sekarang)

Ok, FYI,
Aku penulis independent bergenre basic, which is, romantic, horror or combination. Dan aku bergerak berseorangan, aku tiada pengkritik tetap, aku tak ada reviewer, aku tak ada rakan seperjuangan, dan bila jumpa mereka mereka ini, penulis penulis lain, membuatkan aku terfikir yang kami berbeza, tapi sama. Pada mulanya, aku terjumpa satu page ini, Kontrol Histeria(KH) yang mengambungkan karya karya anak seni seperti aku, cuma penulisan mereka lebih kepada fiksi, dan bacaannya cuma untuk 18 tahun ke atas, dan pada pandangan pertama aku bertemu KH, bagi aku sesuatu yang bagus, dan hati aku melonjak keriangan yang akhirnya aku jumpa juga rakan sepejuangan dengan aku, tapi disebabkan aku ni tak ada bakat dalam seksa orang yang betul betul punya seksa, aku tak layak join KH, bak kata bos KH sendiri, sebab aku tak cukup kejam sebab tu tak layak, ok, aku terima. Kemudian aku bertemu dengan ZineSatuMalam (ZSM), yang ini pengaruh mereka lagi besar sebab mereka bergabung dengan mana-mana penulis yang ada pada satu malam mereka ada kan untuk membuat zine. Bagi yang tak tahu, Zine adalah singkatan daripada Magazine, dimana penulis akan mencipta karya sendiri atau gabungan rakan-rakan, kemudian diprint dan seterusnya disebarkan untuk dijual. Dengan hanya mengunakan kos yang rendah. Itu yang dinamakan Zine. Berbeza dengan zine lain, ZSM bukan untuk dijual, tapi hanya untuk suka suka, dan boleh diupload dan dibaca. Ok, penemuan aku denagn ZSM, bagi aku satu peluang untuk aku tingkatkan penulisan aku, bak kata bos ZSM sendiri (yang aku kagum dengan beliau sebab dapat buat zine ni dengan successnya), yang penulisan aku mendatar, dan kena improve lebih supaya jalan cerita menarik. Ok.. Aku terima. Selain daripada mereka, ada juga zine-zine, blog-blog writer yang lain dan bagi aku mereka ni macam adik beradik sebab mereka saling menyokong antara satu sama lain, yang dalam masa yang sama membuatkan aku cemburu.

Ok, Aku tak kisah orang nak kata yang aku ni over nak naikkan nama Linda Zizan, sibuk nak ada page sendiri, bajet artis ada page sendiri dan tulisan aku ni tak layak pun untuk dibaca.
Aku post benda ni sebab aku just nak lepas apa yang aku rasa, dalam masa yang sama aku nak bagitahu writer writer lain yang ...

Bro/Sis.. Kita sekarang ni berdiri dalam satu landasan yang sama, yang kita ni berjalan ke satu arah yang sama cuba berbeza platform. Mungkin platform kau lain dari yang lain, dan platform aku lebih kepada genre basic, tapi yang basic itu yang ramai reader luar dari cyber ini yang nak baca, lagipun wahai writer terhormat, sebagai penulis yang berbeza platform dari penulis lain, anda tak layak untuk menjatuhkan writer lain dengan kata kata kamu, mungkin bagi kamu itu satu gurauan sebab konsep penulisan kamu pun lebih berat dari genre biasa. Mungkin. Mungkin kita tak serupa, mungkin pendapat kita tak sama, tapi platform kita masing masing punya penumpang yang tersendiri, mungkin bagi kamu, karya aku tak bagus, tak best, tak sehebat kamu, baik, saya mengaku, kalau nak dibandingkan dengan karya kamu itu, sebab genre kamu itu berbeza dari biasa. Baiklah, kalau betul penulis penulis genre kamu itu bagus sangat, berat sangat kalau nak dibandingkan dengan penulis genre basic ni. Kenapa penerbit beriktiraf seperti Buku Prima, Alaf 21, Kaki Novel yang buku buku mereka lebih banyak menjual genre basic? Dan bacaan kamu cuma untuk 18tahun ke atas. Atau mungkin tak sesuai untuk berada dipasaran dunia, hanya terdapat dipasaran gelap. Dan hanya orang orang tertentu sahaja yang boleh faham, boleh masuk dan boleh terima. Aku bukan nak kata aku ni bagus, tak! Kamu lagi hebat. Cuma situasi aku ni berada ditengah tengah, antara yang hebat beriktiraf dan hebat berkarya bebas, which is indie writer. Ingat senang ke nak jebakkan diri dengan kau orang, aku tau ramai yang mengutuk aku. Tapi aku pegang kata kawan kawan aku, dunia ini besar, bukan seribu dua penduduk dan kita punya banyak cara untuk lonjakkan diri, sebab kalau kita tak lonjolkan diri bagaimana orang nak kenal kita, bagaimana orang nak baca karya kita, kita akan jadi nobody with great artwork. Bukan ke jadi somebody with bad artwork lebih baik, sebab kita boleh perbaiki  tulisan dengan adanya rakan seperjuangan. Sebab itu perlunya pesaing. Tapi bersainglah dengan sihat. Bukankah itu lebih baik dari mengatakan yang karya aku tidak layak untuk dibaca? Sedangkan kita sebenarnya berada di platform berbeza, memang lah, mungkin karya aku antara terbaik dari karya lain dalam platform aku, dan karya kamu sebenarnya lebih teruk dari karya lain yang berada di platform kamu sendiri? Mungkin.
Aku lebih suka tulis sesuatu yang ada makna dan ada pengajaran, dan kamu tidak. Sebab ada antara kamu kata padaku kita menulis tidak bermakna kena ada pengajaran. Mungkin. Tapi bila reader aku baca, kenapa aku buat macam itu, macam ini dalam satu cerita aku ni, mereka kata aku memberi satu pengajaran yang buruk dan mungkin akan terikut ikut, kerana apa? Ya, kerana target audience kita berbeza, sebab genre basic ini juga untuk bacaan bawah 18 tahun yang banyak terikut ikut apa yang mereka baca. Manakala kamu pula adalah bacaan 18 tahun ke atas, yang sudah boleh berfikir dengan sendiri apa pengajaran disebalik yang tersirat.

Aku tak kata yang aku bagus, cuma aku nak kamu bezakan yang setiap penulis ada laluannya sendiri, pembaca tersendiri dan kehebatan yang tersendiri jua..
Tapi kita tetap berdiri atas satu nama yang sama iaitu PENULIS.

[ Google Image ]


Caption: Pukul 6.30 pagi 5hb Nov. 2011. Aku kena berada di Sri Pentas tepat pada masanya. Sekarang jam menunjukkan pukul 12.55 pagi. Dan aku tak tidur lagi. Adess. Aku ada shooting for Take Me Out Malaysia dimana aku telah terpilih menjadi salah seorang peserta reality show ini. Yang pada mulanya aku pergi casting just untuk suka suka! Damn!

P/S: Aku lagi suka melihat nama aku di credit story part penulis skrip dari jadi pelakon utama.

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman