Monday, August 15, 2011

I need to be ALONE ....

Hahahaha !
Aku tak faham betul dengan orang sekeliling aku ni..
Ada masa menyusahkan, ada masa menghiburkan ..
Tak boleh ke just jadi in one side je??
Penat lah .. Dengan mulut manusia yang tak pernah berhenti berkata-kata ..
Salah ke jadi diri sendiri?? Biarlah teruk mana pun, itu diri kita kan??
Yang nak dipertikaikan tu kenapa?
Kalau tak boleh terima diri aku, tak boleh terima gurauan aku, tak boleh nak tahan dengan perangai aku,
JUST.. bla dari hidup aku, jangan kawan dengan aku dah ..
Bukan susah pun, tak payah nak kata belakang kalau tak suka aku pun ..
Aku tahu aku teruk, aku tahu aku tak boleh jadi kawan kau yang paling baik like best friend forever until death tuh ...
Just ~
Dont be like SHIAL~

Hmm..
Otak ni masih lagi tak dapat nak berfikir dengan stabil,
The heart still miss him so damnly much..
Sangat sangat TERKILAN, dengan apa yang dia buat..
Janji janji jari tu .. Harapan aku ..
Nayy ~~ Lupakan dia, he not even miss u lah ..
Hahaha! Tak adil kan?? Dunia ni memang tak adil ..
Sangat tak adil .. Oh God, i need him in my life ..
Bukan tak ada orang yang boleh ganti tempat dia,
ada je, even my 1st ex datang balik ..
But the heart still cant accept anyone .. No one !!
Kenapa kau seksa aku macam ni, tutupkan pintu hati pada dia kalau dia bukan jodoh aku, YA ALLAH ..
Aku still tak faham, dia da klik IGNORE kat aku, every mesej, call, skype, chat fb .. Tak pernah nak balas..
Kenapa aku masih nak tahan sedangkan aku memang dah tak tahan dengan semua ni..
Ni kah namanya cinta?
Hahahahaha ! Bangun, Linda .. Ni bukan cerita novel kau ..

Aku cuba bzkan diri,
bzkan diri dengan kerja, melayan seberapa lelaki yang aku kenal,
dengan harapan dapat lupakan dia ..
Aku harap dia tahu benda ni..
Aku tetap tunggu dia, aku dah tak nak sesiapa dah ..
Kalau aku keluar dengan siapa pun, in relationship dengan siapa,
Hati aku just ada nama dia ,.. H*sz****l He***m...
Aku tunggu dia tunai janji janji dia walaupun aku tahu tu semua tak akan jadi keyataan,
tapi kalau kita percaya, tak kan mustahil kan??
3 bulan dia cari aku, every word aku ingat ..
And aku harap dia carik aku balik .. Macam dulu, bila dia rasa dia dah sedia ..
Walau teruk mana pun dia buat kat aku macam ni..
Aku tetap tunggu dia .. Aku sendiri tak tahu kenapa, hati ni macam tak dapat nak berganjak,
walau sedikit ... Hati aku kuat pada dia, tak pernah aku rasa sebelum ni.. Even putus dengan mika dulu pun, aku tak pernah rasa macam ni .. Aku sendiri tak pasti kenapa ..

Buat masa ni,
Biarlah aku sendiri,
mengejar impian aku,
menaikkan nama Linda Zizan ...
Menjadi penulis yang termasyur, dan pereka yang tersohor..
Insya-ALLAH ... Kalau aku ada jodoh dengan dia lagi,
kami akan bertemu semula ..
Caca percaya jodoh kita, boo ..
Hope boo pun percaya ..

To OTHER ..
I'm sorry, i just need some space to tenangkan fikiran ..
I need to be alone for a while ..
Please do not disturb me ...
Stop being Lyliee, and try to be a new person..
But Linda Zizan will never ever gone ..
Ever !


____________________________________________________



Ya Rabbul Fatihin,
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih,
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkan dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kecewa ....


Ya Rahman Ya Rahim,
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku,
Ku pohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya,
Selagi tidak melebihi kasihku padaMu..

Amin ya rabbal alamin ~



**Google Image**

Dear LOVE,
Left me alone, with my career ... 
Thank you ..

Saturday, August 13, 2011

Bersyukur dengan apa yang ada ..

Tinggal lagi seminggu nak habis study ..
minggu depan last class,
But the web still x siap siap lagi,
Yeah !!
Wish me luck my dear friend ..
Wish me luck in my study and carrier ..

Well,
so far everything just fine,
no more talk about love even the heart always miss him,
Tapi buat apa nak rindu kat orang yang tak pernah rindu kan kita kan??
Bersyukur lah dengan apa yang dah ada sekarang ni,
aku dah malas nak kejar benda yang belum pasti jadi milik aku selamanya..

Allah itu maha adil, Lynx ..
Dia selalu tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya ..
Dia telah tentukan sesuatu yang baik untuk kau, sebab tu dia uji kau dengan si dia..
Allah tahu tahap kemampuan hamba-Nya .. Dia tahu hati kau tabah, sebab tu dia uji kau bab bab cinta dan perasaan ni ..
Dia dah cipta seorang kaum adam khas untuk kau,
dan dia akan temukan kau dengan kaum adam tu, bila dah tiba  masanya..
Memang lah sakit bila orang yang kita sayang tak endahkan kita dan orang yang kita ingat jodoh kita tapi sebenarnya bukan dicipta untuk kita, tapi relex sudah ..
Suatu hari nanti dia akan kena balik, jangan kau ingat kau sorang je yang rasa apa yang kau rasa sekarang ..
Dunia ni besar, berputar .. Dia akan ulang benda yang sama je, nothing biggie la ..
Mungkin kau rasa sakit sekarang, tapi insya allah, dengan izin-Nya ..
Kau akan rasa bahagia yang teramad macam sakit yang teramad ni ..
Allah itu maha penyayang lagi mengasihani ..

Just bersyukur dengan apa yang ada,
Redha dengan apa yang terjadi..
Ada hikmah disebalik segala kejadian..
Semuanya telah tercatat dalam buku takdir kau,
Terima takdir kau, dan follow the flow ..
Jangan melawan takdir tuh, jangan salahkan takdir tu ..
Setiap pengalaman itu mematangkan ..
Kau tak nak jadi matang ke?
Sampai bila nak jadi budak budak yang hidup dalam fantasi sendiri??


Bangun, 
Linda Zizan !!

Saturday, August 6, 2011

I love my LIFE ~

Time: Malam, keluar dinner dengan my mak and abah...
Location: Area Bukit sentosa.

Entah kenapa tiba tiba aku berani tanya soalan yang selama ni mak abah aku tak bagi .. Meh baca dialog..

Aku: Kalau alin nak belajar bawa kereta boleh tak??
Abah: Boleh..
Aku: (Terkejut jap)
Mak: Tapi ambil kelas dia dulu..
Aku: Kelas???
Mak: A'ah .. Nanti boleh terus ambil lesen sekali..
Aku: Betul??
Mak: Yela, longgokkan duit dulu..
Aku: Tahun depan alin nak belajar bawak kereta la eh??
Mak: Boleh je ...

Yes !! Mission completed!
Hehehehe.. 1 more dream come true .. Hehehehe
Best gila ! Dah lah dapat job kat tempat keje Jah .. Lepas tuh, mak bagi pulak nak aku nak bawa kereta..
Walaweyhh ....

Mungkin ini hikmah yang Allah nak bagi pada aku ..
Thanks Ya Allah .. :)

I almost get all what i dream ... Walaupun aku hilang orang yang aku sayang, tapi tu dah tak penting.. Bukan pernah jumpa pun, tak hairan lah .. Yang penting sekarang... Kumpul harta.. :))

"Biar gagal bercinta, 
tapi bukan gagal dalam kehidupan."

Thursday, June 16, 2011

Berdiam tak bererti aku sudah tiada.. - Dead Silent

Jangan kau sangka dia tidak berada disitu, 
dia ada dimana-mana, hadapan kamu, belakang kamu...
Malah di dalam computer riba kamu..
Bila dia sudah puas memerhati...
Kamu akan mati ~

Boleh aku tahu aku merepek apa??? Hahahaha

Cakap fasal kenapa dah lama tak update.. Ade sesepekara la, antaranye seperti dibawah..

-Kemalasan
-Be-bz-an
-Kemalasan

Kejap! Kenapa kemalasan ada dua??
Sah! Aku memang malas.. Hahaha!

Sepanjang aku tak meng-update ni jangan ingat life aku ni ok ..
Naayyy!! Its suck! Hate it ... Tak payah lah aku taip kat sini ..
Annoying lak rasenya kalau nak semua orang tahu..

So, fasal cerita Seruan tu??
Yeahh!! Semalam pergi kolej semata-mata nak buat kerja nak habiskan Seruan ni.
Dalam masa 6 jam, 4 part siap..
Kau bayangkan, bila aku nak tulis novel, 30page/day...
Perghhhh!! Mati waaa derrr...
Desplin!2 huhuhu

Baik, mengarut hah??
Fine, Btw, nak bagi tahu yang sabtu ni ada event, and maybe aku kena jadi pengacara..
Aku takuttt!!!
But i alway wish can be DJ professional !!
berangan! Haks





Lagi?? Apa lagi??
Aku rasa mcam nak buat company magazine and sambung balik magazine yang aku buat dekat sekolah guna buku note sains dulu~
Rindu ~ 
=.=

Wednesday, May 25, 2011

Hilangnya rasa itu ...

Jam: 08:38AM
Lokasi: Duduk atas katil, dengan muka sebal menahan mengantok..
Mood: Unknown

Ok, kejap lagi nak pergi kolej, nak tanya fasal extend 2sem..
Atoiii kesebalan kemalasan mula melanda, dimulai dengan mata menahan mengantok, dan terbayang mimpi yang inda.. Walaupun aku selalu dapat mimpi buruk.. Memang tak kenal erti fobia itu!

Baik!
Hemmm... Tak dinafikan aku ni memang jenis cepat fall in love, jadi tu tak kan menjadi masalah untuk aku suka kat orang lain bila kena tinggal, tapi, aku bukannya jenis yang epat lupakan sesuatu/seseorang..
Walaupun aku da suka kat orang lain, tapi hati aku masih pada 'si dia'..
Its like take 1 month to love him, but 1 years to forget everything about him..
Baik! Aku teruk.. Aku selalu tahu benda tu..

Bila sudah hilang rasa itu,
maka pergilah perasaan untuk menghayatinya semula..
Ya, aku ketagih, ketagih tok dipuja, dipuji, disayangi,dicintai..
Tapi..
Biarkanlah dia buat sementara waktu..

Banyak masalah sekarang ni,
sampai bila aku nak fikir, otak ni tak dapat nak terima dan menolak signal dari terus memasuki ruang memori..
Tapi usaha otak gagal, dia tetap dapat memasukinya bagai dihack..
Secara serta merta, mwmbuatkan cecair jernih ini berguguran..........

Maaf, saya perlukan masa untuk lupakan, padamkan, dan membina memori baru..
Its take time..
Kalau betul lah awak nak saya, awak sanggup tunggu..
Saya tak nak gopoh2 dah...

Kejap lagi, nak pergi kolej, nak tanya pasal extend 2 sem.. Harap2 bolehlah ..
Hmmm..
Semua salah mereka, janji je nak tolong, tapi tak tunjuk langsung kesungguhan untuk menolong,
Baik, aku da blh katagorikan dia sebagai kawan di masa lapang bukan kawan seperkerjaan..
Tak semua orang sehaluan.. Pasti kan terpisah di cabang jalan, tapi pasti akan bertemu kembali..
Itulah kehidupan ...

Dan sekarang, aku nak cari rm1100 untuk repet final projek..
Baik..
Aku tak patut mara diorang, salah aku keran terlalu dimanjakan, terlalu bergantung pada orang...
Dah tiba kau tok berdiri pada kaki sendiri ...
Walaupun susah .... hmmmm..

Apabila perginya rasa itu,
kini aku bagai boneka, yang tak punya perasaan....
maaaf~

Saturday, May 21, 2011

Sekali lagi aku tewas..

Tewas dengan perasaan sendiri..
Membuatkan aku lemah untuk teruskan, mahupun memulakan permainan itu bersama yang lain,
yang menjanjikan janji yang sama..
Aku jadi tak keluan,
aku rindu padanya, mahukan dia kembali..
Tapi peristiwa lalu terlalu menyakitkan,
dan aku tak mahu itu berulang kembali...
Jadi, ku ambil keputusan, biarpun hati ini memberontak mahu menyekat kakinya dari terus meningalkan aku..
Aku biarkan dia berlalu..
Jika dia jodohku, dia pasti kembali....
Pasti ...
Aku hanya mampu berdoa dan menunggu........

Monday, April 18, 2011

JANGAN PERCAYA KATA SEORANG PENULIS !!

Wahh!! Linda! Kasar tu!!
Mana kau dapat statement tu?!
Yeah .. Of course lah, dari otak yang selalu berfikiran bukan-bukan ni..
Baik!
Logically, as a reader, mestilah aku ada berfikiran macam tu, sebab bagi aku,
nama pun penulis, dan penulis mesti kena pandai bermain dengan ayat..
Untuk menarik minat pembaca membaca..
Well,
As a writer pula, tak semua kot penulis ni mengunakan bakat yang ada ke jalan yang salah or main-mainkan orang dengan kata-kata..
Lagipun, tak semua rasanya penulis ni jiwang orangnya,
saya pun tak jiwang!
Hahahaha

Baik!
Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak cakapkan ni,
soo...
Kejadian yang berlaku sepanjang aku tak memblogging ni,
dok main cf jela...
Hahahaaha

Semalam ada gabungan room lagi,
FYI, room2 bawah server santai di kampung akan membuat gabungan room2 mereka di room2 lain pada setiap hari sabtu, jam 11-1 pg.. atau bergantung pada panjang acara tu dijalankan la..
Sejak2 jadi budak JJR ni, aku banyak join room2 bwh server santai ni,
sebab mereka memang santaiiiii2 sahaja!!
Hahahahaha
Semalam aku menang besa... Dapat topup rm80 ..
menang 3 game.. WALAWEYH!!
Xpernah ni! Hahahaha

And ...
(The post has been removed)


YEAH! I think so .. <3
(Google Image)