Malam yang indah - Laura Caldwell #reviewlindazizan

 
Dah lama beli tapi baru aku habis baca tak sampai seminggu. Aku memilih buku ni sebab penulisnya; si Laura ni (buku sebelum ini; #akuinginbebas )   . Aku suka betul penulisan beliau (yang telah ditranslatekan menjadi bahasa melayu which is memudahkan aku faham dari english) sebab dia bawa aku ke kehidupan barat! Lol. Aku tak tahu nak kata kan macam mana, tapi aku percaya ulat ulat buku pasti ada rasa tersendiri setiap kali menelaah aksara buku tebal.
 
Bukan sahaja si Alexa; tapi aku juga cemburu dengan kehidupan si Billy ni. Iyalah, berkerjaya berpotensi dinaikan pangkat. Berkeluarga dilimpah dengan kemewahan. Tapi, percayalah. Apa yang terpapar pada luaran wanita hebat ni. Tak adalah semua yang indah; ayahnya telah meninggalkan dia seusia tujuh tahun dan dua orang kakak juga ibu. Suaminya menjauhkan diri selama dua tahun. Dan dia berharap yang rakan sekerjanya si Ev itu membalas cintanya. Dan ibunya mengalami kemurungan setelah kematian bapa tirinya, Jan.

Maka, punca punca begini lah dia mendapatkan khidmat dari Blinda (Blinda tahu, bukan be-linda) si ahli terapi. Dan dia memberinya satu katak jed; ianya akan membawa tuah, katanya.

Dalam satu malam itu dia mendapat segalanya. Suaminya kembali menjadi romantik, ibu punya kehidupan sendiri, malah si Ev mula mengoda! Dan tak semena dia dinaikan pangkat. Semuanya gara gara si katak ajaib. Percayalah, dari kehidupan yang diimpikan itu bukan lah yang dijangka. Dia mula tak selesa dengan suaminya yang begitu optimis, si Ev pengoda, dan makin lama dia makin kehilangan ibunya yang sibuk dengan kehidupan sendiri. Dia mula rindukan kehidupan lama. Jadi dia buang katak tu tapi ianya kembali. Cuba la apa pun, tetap kembali. Sebuah lagenda mendapati, katak itu membawa malang kerana ada yang membunuh diri (apa yang dia dapat tahu bila ada satu lagi katal serupa di muzium). Jadi, dia berusaha mendapat kehidupan baru setelah mendapat khidmat nasihat dari kilent dia; dengan memulakan kehidupan baru!
 
Dia melucutkan jawatan Naib Presidentnya sendiri dan menjawat jawatan lama Alexa (yang dipecat sendiri olehnya. Perkara itu yang bikin dia susah hati dan bersalah pada Alexa sekaligus menjadikan mereka rapat). Billy cuba berbincang dengan Chris kenapa mereka mula regang tapi Chris seperti diguna guna. Jadi dia terpaksa membuka mulut yang dia dan si Ev nyaris bercumbu (NYARIS ! Dia masih cintakan suaminya tahu. Terlalu cinta!). Billy dihalau rumah dan kerumah ibunya. Itu sahaja pilihan yang tepat. Dalam masa itu, tak sampai 24j, dia nekad mencari bapanya yang dah hilang hampir 20 tahun. Setelah mendapat maklumat mengenai ayah di laman sesawang. Dia pun terus kesana dan mendapatkan jawapan kenapa dia ditinggalkan.
 
Dalam sepanjang mendapatkan kehidupan lamanya, dia telah mempelajari banyak perkara. Yang mana aku dapat sekali lah. Sebenarnya, bukan apa yang kita nak itu apalah yang kita mahukan sebenarnya; tapi usaha itu. Gila kau. Dalam satu malam kau dapat apa kau nak. Jika kau seorang pemalas dan tak ada misi visi kehidupan maka memang sesuai tapi Billy tak. Dia seorang wanita yang hebat; suka berusaha.
.
Apa yang aku nak review disini bukan lah mengenai katak jed tu semata. Tapi mengenai kehidupan. Apa yang kita ada sekarang ini. Jangan disia siakan. Walaupun banyak benda kita nak capai, mulakan dengan hanya satu langkah. Barulah destinasi itu bermakna.
 
Buku ini mengenai kehidupan; sesuai bagi siapa yang begitu mahu impiannya dicapai hanya dengan satu malam. Maka, kau akan dapat pengajarannya.
 
Baiklah. Itu sahaja. Moga mendapat malam yang indah.
 
"Mencapai destinasi itu tidak penting. Apa yang penting adalah perjalanan dan usaha menuju destinasi tersebut."
 
Note: siapa tahu buku Laura Caldwell dalam siri bahasa melayu lagi. Mohon bagitahu aku! Atau buku buku terjemahan lain. Terima kasih. :)

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Buat duit tanpa modal