Penunggu mewah

"Bagaimana? Berminat?"
Aku mengelamun tengok rumah idaman aku ni. Tak beri tumpuan pun pada detail detail condo tersebut. Dalam keasyikan, sejenak aku fikirkan baki bank yang akan tinggal bila condo kecil di balik kaca ni jadi milik aku.
"Ianya fully furnished " sambungnya
Aku tak ambil kira sangat dengan keluasan semua jadah tu. Yang penting rumah ni jadi milik aku. Tapi, bila dia dah kata rumah itu lengkap segala, aku pun; "Ok. Saya berminat"

Dua tahun aku tunggu.
Dua tahun. Dengan gaji empat tahun aku simpan, semata nak dapatkan rumah ni. Akhirnya. Akhirnya.. Keluhan puas aku hela dikit. Aku pandang dari bawah. Rumah yang baru siap dibina dan dalam beberapa hari lagi dibuka dan diduduki. Segaja aku pandu sendiri kemari, tak menyempat. Sebuah condominium baru dibina dipertengah puncak bukit; dikelilingi hutan menghijau dan kabus kabus ala ala kat overseas. Pendalaman dan terpencil. Orang (penjual) tu kata, waktu malam akan nampak cahaya kotaraya dari jendela aku. Ah! Tak sabarnya nak hayati semua ini. Teruja ok! Walaupun pada mulanya semua membangkang, iya lah, aku bukan orang berada. Kendian beli rumah atas bukit dengan risiko risiko runtuhan tanah tinggi. Aku persetankan. Yang pasti, aku mampu milikinya dengan usaha aku sendiri.

...

Harinya dah tiba.
"Ini kuncinya.. Segala...."
Aku terpaku dengan kemewahannya. Colour favorite aku; whhhiiteett !! Aku hiraukan apa yang saler katakan mengenai rumah satu ni. Senyuman tak henti henti. Rasa macam dah mengeras kat bibir ni . Sofanya, langir putihnya. Kemewahan idaman aku.
Puas.

"Cik... Cik..."
"Aa.. Ya?" Aku tersedar bila dicuit dia. "Ini kuncinya. Terima kasih kerna berurusan dengan kami. Apa apa boleh hubungi saya"
"Ya.. Sudah tentu. Sudah tentu."
Klak- bunyi pintu ditutup. Keseorangan. Senyum. Aku ke jendela yang berbentuk melengkuk separa bulat. Hutan belukar diselitupi kabus kabus pagi. Nyaman dan selesa. Aku peluk tubuh, usap usap lengan; kesejukannya mencenggam. Tawa kecil terlepas. Bagai orang gila. Peduli apa, bukan ada siapa. Aku seorang disini. Hanya sendiri!

Tapp-- segera aku memaling kebelakang. Baru aku nak menari keriangan di beranda. Diganggu pula dengan bunyi kunci yang jatuh ke lantai. Potong stem! Aku kutip. Memaling sekali dan di sambut dengan penuh lagak. Aku sangkut di tempat kunci yang disediakan. Kendian aku masuk ke bilik utama. Ya allah. Luasnya.. aku terus hempas badan kat tilam queen. Empuk. Sekali lagi tawa kecil terkeluar.

Sejenak. Aku terfikir mengenai uwang yang tinggal. Sunyi. Tiba tiba aku rasa sunyi pula rumah ni. Kerja gila. Aku letak tangan takap muka. Mengeluh dan terus mengeluh deras.
Aku ambil telefon, tiada bar. Cuma sekejap kejap; satu dua bar yang keluar. Kemudian hilang; "ku bersamamu la sangatt". Dah sedia maklum yang line telefon di kawasan bukit ni memang macam cilaka. Tapi, persetankan. 30 tahun hidup dengan gajet, tiba masa untuk tak ketagihkan padanya lagi. Say NO to internet! Yes! You can do it!

Aku bangun dari tilam, ke ruang tamu dan capai beg sandang warna navy. Beg dompet dikeluarkan dan aku duduk di sofa putih. Aku kira kira puluhan helai  uwang rm50 dan rm100 yang telah siap siap aku keluarkan dari bank, disini memang belum ada atm dan kedai kedai segala. Heh. Banyak? Ini sahaja lah yang tinggal lepas dapat rumah ni; aku tinggalkan pekerjaan aku dan memilih untuk membeli condo mewah yang jauh ke pendalaman dan di puncak bukit. Bosan dengan kota, maka aku memilih perumahan kawasan ini.

Malam pertama.
Hari kedua.
Bulan ketiga.

Aku mula bosan.
Baiklah. Baiklah. Aku selongkar kabinet dapur. Dah tak banyak stok makan ringan yang tinggal, kena tambah stok ni. Hm..Kotak snek aku capai, mangkuk dan peti ais dibuka, susu diambil. Dituang, diambil pula sudu. Aku duduk di sofa. Televisyen dinyala. Bosan juga. Bosan juga ye dak keseorangan macam ni. Aih..

Air melimpah dari bilik air kedengaran. Anak mata aku memaling ke atas, bukan memandang siling tapi memikirkan. Aku memang lupa tutup air ke apa tadi? Aku bangun dan ke bilik air. Air tab melimpah. Ahh. Pembaziran! Pelupa betul aku ni.

Dah siap tutup lampu kamar air. Aku ke sofa semula. Eh. Siapa tutup tv? Hish. Tak kan la desperate sangat kot nak jimat api air pergi tandas pun aku nak tutup tv? Ah. Lantak. Aku sambung makan snek dan tonton drama waktu malam. 2am. Cerita apa je yang ada dekat tv kalau bukan siaran ulangan saja. Tonton sahaja lah. 

Dah habis makan. Aku tonton sambil sambil terbaring, terduduk, mengunyak snek yang lain pula. Sampai la terlena.

Tokk tokk tokk--! Bunyi pintu di ketuk.
Dokk dook dok dokkkk--! Bertambah kuat.
Aku tersedar, tak sampai lima minit aku nak dibuai mimpi, ada orang ketuk pintu. Tanpa perduli waktu sekarang pukul berapa, aku terus ke daun pintu; membuka. Seorang wanita rambut pendek paras bahu, baju congsam merah bersulam kekuningan, gaun skirt paras atas lutut. Kulit kaki putih mulus. Dan seakan pusat tak berkasut. Menunduk depan rumah aku. Dalam mamai mamai aku menyapa; 'ya cari siapa?'

Masih menunduk. Rambut pendek menutup muka. "Cikk. Cari siapa??" Tanya aku lagi. Badannya sedikit tergerak. Menangis pelahan dan sayup. Pelik. Aku mula sedar dari mamai sikit. Cuak pulak. Perempuan cina depan aku ni tah dari mana terus menangis. Mana tahu diragut ke apa. Aku keluarkan badan sedikit meninjau koridor. Sunyi. Tiada siapa. "Mari masuk cik."Aku jemput dia masuk, dalam tengah malam sejuk macam ni dengan pakaian seksi tu, kesian pula lahai aku tengok. Dia pelahan masuk, masih lagi menunduk.

Aku membelakangkan dia dan menutup pintu; "Cik duduk di sofa, saya ambilkan tuala" sebaik aku toleh mengadap dia; ya Allah!! Aku terpingga. Mana dia?? Aku cari seluruh rumah, bilik.. Hilang? Punya la lembab masuk tadi, terus hilang? Tak kan pergi tandas, pantas betei. Aku nak jengok bilik air, terpandang jendela. Langir menari nari bersama angin. Dekat beranda kot perempuan ni.

"Cik?"
Aku jenguk ke beranda. Tiada. Aku keluar dan memegang besi berandar. Mana amoi ni pergi ya. Aku memandang suasana malam. Mengeluh. Kepala aku lemahkan dan memandang ke bawah. Aku mimpi je kot ni. Mengantok betul. Kabur kabur aku nampak sesuatu merah dari tingkat 7 rumah aku. Macam orang. Aku zoom betul betul anak mata aku, berkeredut muka nak pastikan benda apa yang kat bawah tu. Terlentang warna merah. Terbeliak mata aku. Ya Allah!! Berderau darah naik terus sampai ke kepala. Amoi tadi! Dia terjun?! Cepat cepat aku menarik pandangan; istifar panjang. Pejam mata sekuatnya. Jantung berdegup tak henti. Aku memusing badan dan terus bersandar ke besi beranda. Tenang. Tenang. Allah.. Allah.. Aku buka mata pelahan. Depan aku ternampak kaki pucat dan mulus yang tadi. Mau terhenti jantung aku dengar dia menangis macam tadi. Aku tak segera toleh memandang muka. Takut punya pasal. Tapi naluri ingin tahu aku nak sangat tengok wajahnya. Pelahan lahan aku cuma menoleh.

"Aahhh!!!!"
Aku terjaga serentak menjerit. Mengelabah lihat sekeliling. Tv terbuka, mangkuk dan plastik plastik keropok. Botol air kosong semua masih atas meja. Bersepah macam tadi. Keadaan sebelum aku terlena. Gerunnya. Aku nampak amoi tadi senyum dan jerit depan muka aku. Istifar berulang kali. Aku tarik nafas panjang..

Takkk-- tak- taakk-- ! Bunyi pintu yang sama. Mengelabah. Takut. Seram. Semua ada. Aku tengok jam. 3.45 pagi. Aku biarkan. Biarkan. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Ulang ulang aku ulang ayat tu. Sampai terhenti. Lega. Aku capai remote control. Nak tutup tv dan masuk tidur. Sebaik aku mengangkat tangan dan menoleh ke television. Benda tu depan aku. Wajah pucat, penuh darah. Otak kepala bersepai sedikit diubun ubun kepala, rambut pendek kusut dan basah darah. Dia mengeluarkan bunyi menyeramkan; aarkkk-- ---

Aku jerit sekuat hati dan tersedar. Sudah pagi. Mengelabah aku memandang sekeliling; sampailah tenang. Dan tarik nafas lega. Dah pagi. Ok. Aku lega sikit. Tak sempat aku nak bangun ke tandas. Kedengaran bunyi bunyi bising dan siren siren pasukan kerajaan. Aku tinjau dari beranda. Kecoh dekat bawah, ramai orang berkumpul.

Terbeliak mata aku, berderau darah sederasnya... Ya Allah!! Amoi tuu!!

-bersambung-

Comments

dayya said…
Datang komen aas
jemputan. Awalnya terlalu lerek, akhirnya terlalu bantut. Cantikkan timeline. Storyline dah ada, kuatkan element surprise. create unexpected twist would be much appriciated.Good work.

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman