9 TIP BINA HATI BARU

" Mungkin yang pergi itu CINTA
Tapi nanti yang datang pastilah JODOH

Mungkin kita sekarang kehilangan orang yang kita sayang,
Tapi nanti akan datang orang yang menCINTAi kita.

JANJI ALLAH 'AZZA WA JALLA ITU PASTI "

Tips for those who heart break; as know as putus cinta.

Senyum.

Sebelum aku tulis entri ni, aku senyum pada diri sendiri. Senyum macam orang gila. Ya! Senyum. Bulan lepas, aku sangka ramai yang putus cinta la, ramai ber-status-kan mengenai EX-- EX--.. Termasuk aku. Ahh. Big smile.

Well, I believe setiap orang pernah dihantui dengan perasaan ini, melainkan yang tak pernah bercinta la kan. Well, tahniah dude.. Sekurang kurangnya kau tak rasa perit ditinggalkan. Senyum.

So, here 9 tips buat kalian. Harap membantu. 

1.
HANYA UNTUK SATU HARI
Ambil lah sepanjang hari ini untuk kau menangis, kau mencarut, kau saiko, kau maki dia ke, atau apa sahaja lah. LUAHKAN! Tak kisah sama ada pada teman teman, dalam bilik atau keluar kemana sahaja. Hanya untuk satu hari sahaja ya. Benar. Tak guna menangis untuk orang yang dah tak perdulikan kita. Tetapi, bila kau menangis, lepas geram semua, kau akan puas. Itu lebih penting. Pergi matilah Abaikan kata kata orang.

2.
SENYUM! 
Dah setel satu hari yang penuh dengan kesesalan, maka, SENYUMLAH. Berfikiran positif; kemon lah dude. Relax, kau sayang dia kan? Dia dah tak sayang dia kan? Well, thats mean, dia yang rugi, dia hilang orang yang paling meyayanginya, manakala kau, hanya hilang orang yang dia; dont even care anymore. So, lepaskan dia dengan ikhlas, jangan ingat kisah lalu semua, sebab dia dah berubah, kalau kau rindu pun, kawan. Bukan dia, tapi memori kamu berdua dahulu. So, set in the mind, start a new life and LUPAKAN SEMUANYA. Dan, senyumlah, kawan.

3.
BUANG SEMUA MENGENAINYA
Teddy bear, bunga, number telefon, facebook, gambar-- BUANG! BUANG! BUANG! Sebab semuanya itu akan buatkan korang terbayang bayang dan terus terbayang dan terr-- rindu rindu kan dia. So, buang-- Bazir masa, usia dan air mata.

4.
SIBUKKAN DIRI
Buzykan diri sebuzy buzy nya.. Cari hobi baru, cari scandle kawan baru, buzy buzy dan buzy.. Percaya lah, dengan cara ni juga dapat hindarkan diri dari terbayang bayang memori lalu, tapi kalau sebelum tidur pun kau nak terr-rindukan dia. Zikir banyak banyak ya.. Doa jangan lupa, Siapa nak tolong kita kalau, bukan DIA.

5.
JANGAN STALK SI  CILAKA EX KAU TU LAGI
Aku tahu, kau rindu dan nak tengok dia bahagia ke dengan teman baru dia. Well, dude. Rugi. Ianya cuma buat kau sedih, down, rasa nak bunuh diri  makan macam hantu. So, jangan jangan jangan STALK dia!!

6.
BERUBAHLAH
Berubah ke arah kebaikan. Ada hikmahnya kenapa dia dah tak sehaluan dengan kamu. Mungkin bukan jodoh kamu, dan sudah tentulah Tuhan nak bagi yang lebih baik, yang lebih membahagiakan kamu, mungkin sekarang kamu tak rasai semuanya, tapi percayalah.. Rasa down sedih tu, paling lama pun, hanya 4 bulan. Dan kemudian semua kembali seperti sebelum kehadirannya..

7.
BELAJAR DARI KESILAPAN
Mungkin ada seperkara seperkara yang membuatkan dia benci kamu. Aku tak nak salahkan si dia yang tinggalkan kamu 100%, tapi, FIKIRLAH.. Belajar dari kesilapan. Kalau dulu dengan si dia kamu ego, keras kepala, kuat merajuk.. Ubah. Cuba kurangkan dengan bakal teman lelaki/wanita baru nanti..

8.
REDHA
"Allah tak akan uji aku benda yang aku tak boleh tanggung, mungkin dia bukan untuk aku, dan mungkin Cik/Encik Jodoh dia tengah tunggu kehadiran dia," Set dekat kepala. Semua ini kehendak Allah, kita cuma hamba, turut apa yang diperintah. Dan perbanyakkan doa, dekat diri kepadaNYA.. Insha Allah, kamu akan ok.

9.
GROW UP!
Pls sedar diri yang diri tu makin lama makin tu, tak kisah lah kau baru 16 tahun ke 18 tahun ke. Grow up! Jangan disebabkan satu kali putus cinta, kamu sudah fobia untuk cuba cinta yang baru. Jadi matang, ya sayang. Cinta tak datang hanya sekali, cinta datang jika kamu mahukannya. Buka pintu hati untuk insan lain, jangan disebabkan seorang hamba Allah ni, kamu nak sama kan dengan lelaki lain... :)

Sekian, 
Semoga kau dapat hidup dengan lebih baik, dapat pasangan baru yang lebih memahami, dan lupakan benda yang dah lepas. Past is in the past, kawan. 

Akhir nasihat sebelum aku undur diri.

Love; CAN
In Love; CAN'T

TQ, Pakcik Google for this pic..

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

Dunia pinjaman