Selamat tinggal, pena.

Sejujurnya, memang dah lama tak menulis, lama tak buka MS Word, lama tak bukak notepad, lama tak menconteng buku yang dah penuh dek aksara tu, lama tak jejalan sesorang tawaf KL untuk mencari ilham. Mungkin mood dan idea tak selari dahulu. Apa boleh buat, mungkin belum rezeki untuk ada buku atau skrip sendiri lagi. Jadi, dari aku membuat korang ternanti nanti next story atau novel aku, aku dengan rasminya disini, akan katakan sesuatu supaya korang beri aku masa dan doakan aku, cuma waktu dan saat ni, aku agak kusut sikit. Baru mula kerja, memang kena banyak belajar dulu, sehingga lah segalanya baik baik, dan semoga show teater aku pun berjalan lancar, pada 17hb Mei ni. Amin..

Jadi, secara rasminya. (Ateh, terformal lak, haha)
Aku akan berhenti menulis untuk seketika ini, mungkin hingga hujung tahun ini atau setahun, mungkin setahun setengah, atau juga dua tahun. Dan kala itu, Insya-Allah, aku akan membawa sedikit buah tangan. Doakan aku.

Selamat tinggal, aksara. :)


Selamat Malam Cinta - Encik Mimpi


Aku terjumpa lagu ni masa kat office tadi. (kantoi, curi tulang =.=" ), yang dinyanyikan oleh yang tertulis di atas, boleh search di Youtube kalau nak tengok vid music beliau yang best best dan lawok lawok, tapi dalam banyak banyak, aku suka ini. Mungkin, selari dengan mood aku yang tak berapa ok berikutan kepenatan oleh kebizian. Haha. 

p/s: About him, just think that he's perfect. Good in drawing, unpublished his self, great voice, eh, no, but awesome one. Every girl will in love while listening every of his video, even me either!

Nota hati: Lelaki adalah antara ciptaan Allah yang terindah, bukan wanita sahaja.  :) 
Wanita rasa apa yang lelaki rasa juga. Kita kan manusia.

Selamat malam, cinta. :)

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Buat duit tanpa modal