Showing posts with label CER-PEN. Show all posts
Showing posts with label CER-PEN. Show all posts

Tuesday, October 11, 2016

#JuwieParamita

Ditanya berulang kali. Usah kata seperinciannya. Sebesar bateria itu pun sudah diselidik dipersoal. Namun masih, bisu juga tubuh itu.

Aku sudah tidak tahan.

Kenapa tiada siapa dapat merungkai apa yang ada pada gadis; yang orang sekeliling memuja Dewi Paramita itu. Gelaran itu cuma milik aku!

Sunyi.

Gelap.

"Juwie"

Dia masih mendiam.

"Beritahu pada aku. Apa rahasianya"

Air matanya mengalir. Titis peluh sudah mengering. Mungkin sudah penat meronta, kebarangkalian.

"Dewi Paramita"

Senyum sinis. Pantas aku tarik kemas bucu mukanya. Kasar. "Rasanya kamu tahu, sebagai ahli baru di dalam intitusi magis ini, batas batas kuasanya seharusnya punya had"

Sunday, March 6, 2016

Penaklukan (2014)

"Sedia."

Busur diangkat. Talinya ditarik hingga ke bibir. Tumpuan diberi sepenuhnya. Dalam bilangan 10 jasad sebaris sama mengadap sasaran mereka. Lelaki dewasa yang memberi arahan; angkuh. Menunggu anak anak didiknya bersedia untuk melepaskan anak panah tepat ke sasaran. "Lepas"
Bunyi panah yang laju berdesum, seperti yang dijangka. Hanya satu; tersasar. Tangisan mangsa dihadapannya semakin kuat, yang lain disenyapkan dengan panah yang tepat di dahi dan dada masing masing. Darah mengalir di bahu tak henti henti.
Si pemanah kecil itu mula cuak, dia menelan air liur.
"Freud!! Jumpa di Gha," Jerit si pengajar bengis. Gha adalah kawasan latihan bagi pemanah pemanah cilik.
Satu set busur besi dan beberapa anak panah di susun rapi, dan beberapa budak perempuan dan lelaki yang sebagai sasarannya berdiri, diikat kaki dan tangan, dalam jarak yang berbeza menangis teresak ketakutan, ada yang merayu dilepaskan, menyumpah nyumpah puak mereka.
Freud tergamam melihat mangsanya; 10 budak!
Si pengajar bengis telah lama menanti di tempat busur.
"Kau antara yang terhandal," katanya sinis "Bagaimana?"
Freud terdiam.
"Freud Colvin Werzack"
"Saya."
"Aku tahu kau sengaja tersasar."
Dahi Freud berkedut. Bukan susah baginya dengan jarak 100 meter itu, senang. Tapi, harus ke gunakan kanak kanak seusianya.
"Puak Jhidert pasti kagum, jika pewarisnya sendiri menjadi pemanah utama untuk upacara itu."
Dia akui, sebagai anak ketua Puak Jhidert semestinya menjadi harapan untuk dia lakukan tugasan itu bagi meneruskan kepercayaan tok kaduk mereka.
"Jadi..." Si pengajar menghulurkan busurnya. "Jangan hampakan ayahmu"
Lama dia mendiamkan diri. Untuk meneruskan kepercayaan itu, baginya hanya mitos dan mendatangkan masalah bagi puaknya sendiri. Langsung tak mendatangkan manfaat.
"Cepat anak muda!!!" Jeritnya, sabarnya sudah lama dibunuh.
"Tidak!"
Sunyi. Si pengajar tergamam. Anak anak mangsa juga turut sama. Tangisan tak lagi menjadi rutin; hanya jeritan merayu dilepaskan.
Si pengajar semakin berang. "Kau pasti menyesal! Lakukan tugasmu!"
"Tidakk!" Tegasnya. "Kita tak patut teruskan kepercayaan itu lagi!"
Bulat mata si pengajar; terkedu.
"Aku pewaris Puak Jhidert, kau patut patuh dan ikut dengan arahan aku!" Freud cuba pertahankan hak sebenarnya.
Si pengajar sudah tak tahan. "Tuan Colvin Werzack harus tahu perkara ini!" Dicampaknya busur dan bergegas mendapatkan raja mereka

***.

"Kenapa??!!" Tengking ayahandanya.
"Kerana kepercayaan itu tak masuk akal!"
"Sudah berkurun lamanya, kita aman disebabkan upacara itu anakku!"
"Tidak! Kita aman sebab banyak puak telah kita hapuskan pewaris mereka!" Terangnya dalam takut. "Di kepulauan ini, cuma tinggal puak kita dan puak Krekal, ayah. Upacara itu hanya menghapuskan puak puak yang ada disini--" katanya lembut.
"Tak! Upacara itu harus dijalankan jua!"
"Tidak, ayah!"
"Demi Puak Jhidert! Fikirkan apa jadi jika kita tidak lakukan upacara itu!!
Freud diam. "Tak---" Dia mengeleng. "Kepercayaan ini harus dihapuskan. Ianya cuma mitos yang gilakan kuasa!"
Freud keluar dari markas bapanya.
Menurut kepercayaan tok kaduk Puak Jhidert, pada purnama ke 5 dalam setahun. Upacara yang digelar Upacara Java harus dilakukan, ianya membawa arti penaklukan. Kepercayaan yang bagi Freud tamakkan kuasa! Pada upacara itu, mereka harus membunuh anak anak dari puak puak yang terdapat di dalam kepulauan itu. Jika tidak, bala besar akan menimpa puak mereka. Dikatakan, sudah beribu tahun, mereka melakukan upacara ini, hingga terhapus puak puak upacara tersebut. Dan kini, hanya tinggal Puak Jhidert dan Puak Krekal.
Kepulauan Trata yang penguninya bertelinga tajam berjasad manusia sempurna, dan rupawan hanya akan menghasilkan anak pada purnama ke 5, ketumbuhbesarannya pantas, dan jangka hayat mereka juga singkat. Hanya dalam setahun tubuh mereka membesar seperti orang dewasa. Kerna itu upacara tersebut ditetapkan setiap purnama ke 5 setahun, kerna selepas purnama ke 5, yang kanak kanak menjadi dewasa, yang dewasa menjadi tua yang lemah.
Freud tak puas hati. Ianya harus dihentikan.
Harinya sudah tiba.
Sejam sebelum upacara tersebut. Orang ramai berkumpul di hadapan pentas; berasak asak. Bersorak demi upacara itu. Freud berdiri diatas pentas, satu set busur dan anak anak panah disatukan di dalam begnya.
"Puak Jhidert pasti berbangga" Ayahanda Freud memberi ucapan. Orang awam bersorak. "Pewaris Puak Jhidert; Freud Colvin Werzack! Akan menjadi ketua bagi melakukan upacara ini!"
Freud mula rimas, orang ramai seakan dirasuk, sorakkannya.
"Tidak--" Suara suara terkejut kaum hawa menambahkan gimik.
"Kepercayaan ini harus dihapuskan!"
Orang ramai berbisik bisik.
"Apa kau buat ni, Freud!" Bisik ayahandanya sambil menutup mic pembesar suara.
"Dengar sini. Selepas tamatnya, purnama ke 5, aku akan mengambil alih atas kematangan aku! Maka, aku isytiharkan, tiada lagi Upacara Java! Kita akan bersatu dengan Puak Krekal!! Bergabung tenaa---"
Anak panah tepat dikenakan di mulutnya. Rebah.
Anak anak panah yang entah dari mana, melulu mengena mangsa kecilnya. Berterabur Puak Jhidert menyelamatkan pewaris masing masing, seraya jeritan mereka, "Ini adalah bala!" "Selamatkan pewaris pewaris yang lain!!". Kurang dari 30 minit. Semua kanak kanak dari Puak Jhidert dinyahkan. Semua tergamam dan histeria.
Keluar seorang budak perempuan, berpakaian kemas dari Puak Krekal. Pakaiannya dari kulit yang menampakkan keagungannya. Busur besi berkilat yang canggih dari puaknya diletakkan di belakang, "Ini adalah penaklukan" katanya sinis.
Tak sempat kaum kaum gagah perkasa Puak Jhidert ingin membunuh kanak kanak itu, Purnama ke 5 hilang di langit. Budak pemanah menjadi dewasa, Puak Jhidert menjadi tua kereput, tak berdaya. Dengan senang, si gadis tersebut melupuskan mereka semua.

Maka, tiada lagi Puak Jhidert di Kepulauan Trata. Puak Krekal hidup aman dan damai selamanya.

Tuesday, March 31, 2015

humanoid

Dia akan pulang ke tanah air dan akan berkahwin dengan meriah. Mempunyai cahaya mata yang ramai atau mungkin sepasang anak laki laki dan perempuan, kalau dapat kembar. Itu merupakan anugerah yang tak ternilai. Dia menyiapkan diri untuk mengambil si tunang di lapangan terbang. Rambut diikat sedikit bergaya, sekuntum bunga kegemaran terselit di belakang sanggulannya. Merah warnanya. Pasti bunga itu akan dipuji, kerana itu merupakan salah satu dari kesukaan si kekasih hati.

Di kota metropolitan Java Kit, kediaman yang penuh moden, dan ya. Motor yang menggunakan cahaya solar juga berlambak di sana sini, begitu juga dengan papan lucur yang terampung gitu. Pada milenium ke-3, abad yang ke 30, dan dekad ke 2990-an ini, haruslah segalanya moden sebegini. Alangkah indah bila segala yang berada di internet pada zaman dahulu, kini boleh dibawa ke realiti, dan segala pembelian secara online, juga boleh tiba tak sampai 10 minit.

Dia bergegas menaiki kereta berkuasa solar sebaik sahaja meletakkan jaket makmal berwarna putih ditempat gantung bersebelahan pintu.  Satu kotak sederhana besar dirangkul sebelum hentakkan pintu berbunyi. Dia mengeluarkan kunci kereta dipoket seluar pendeknya berwarna coklat. Pintu kereta ditarik dari atas, setelah meloloskan diri, pintu itu dilekat pada dinding kereta. Lalu, vroom. Dia memecut.

Dia tiba di lapangan terbang sejam awal. Menunggu si cinta yang tiba dengan hadiah yang telah bertahun dia buat sepanjang encik jodoh berada di luar negara melanjutkan pelajaran. Kini, dia akan pulang bersama ijazah yang tertinggi. Jika diikutkan, dia juga mahu menyambung pengajian yang sama, tapi memandangkan mereka akan berkahwin, encik jodoh meminta dia menjadi suri rumah sepenuh masa, lalu dia mengalah.

Dia duduk betul betul di hadapan televisyen, sementara kotak berbungkus dan bereban di atas dia letak ditepi, dia membuka zip beg tangan, buku novel bersaiz mini dikeluarkan. Telinga mendengar omongan televisyen, manakala mata dan minda menelaah aksara.

"JavaKit Hot True News, berita terkini. Sebuah kapal terbang terhempas di persekitan JavaHill berdekatan bandar utama JavaKit. Dipercayai pemandu kapal terbang dari Negara Isagis itu tidak dapat mengawal kapal akibat daripada angin kuat yang melanda di persimpang masuk ke Negara JavaKit. Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa mangsa yang terselamat. Berita seterusnya....."

Mata dia terbuntang, hampir terkeluar. Tiada reaksi badan, cuma mata yang tak berkelip, otak yang seakan putih. Nadi nadi terhenti untuk beberapa saat. Air jernih mula terkeluar. Sebak.

Dia seakan mayat hidup. Segala persoalan bermain, persandingan lagi sebulan. Tiada lagi senyuman sepanjang dari kemalangan itu, sepanjang pengkebumian juga tiada sepatah yang keluar.

Dia tak boleh hidup tanpa lelaki itu, dia tak boleh hidup keseorang sebegini. Tanpa berfikir panjang dia ke tanah berkuburan, sambil membawa cangkul dan lampu suluh, dia melangkah bersungguh sungguh.

Tanah kubur dikorek sedalamnya, hingga keranda berkilat dibuka. Dia memandang sayu mendiang tunangnya. Tanpa berfikir panjang dia sedaya upaya dibawa pulang.

Dia letakkan mayat yang masih bersih berbaju kot di atas meja besi berkilat. Dia mahu hidup bersama lelaki itu selamanya. Dia terpandang satu objek empat segi di sudut makmalnya; sayu... Hadiah untuk tunangnya. Balutan dibuka. Seekor anjing bersifat robotic diambil, lalu butang dibawahnya dipicit. "Actived." Serunya. Sedaya mengawal perasaan.

Anjing tersebut melompat dari tangannya, terlompat lompat, ekornya bergoyang goyang. Mengikut arahan. "Turn around." Si anjing menurut, dikejarnya ekor sendiri.

Dikolernya terukir "Mahalin". Bererti cinta. Anjing ciptaannya yang boleh berinteraksi seperti anjing biasa dengan gelombang suara setelah mengaktifkannya. Dia akan setia pada sesiapa yang menyebut kata pembuka tersebut. Dia biarkan anjing dia bermain sendirian.

Baju kot dan kemejanya digunting, diambil peralatan pemedahan dan bersedia untuk percaturan. Apa yang dia ingin lakukan ialah membuang jantung lelaki itu, dan digantikan dengan jantung robotic yang sama seperti jantung anjingnya, cuma yang bezanya, jantung robotic manusia lebih canggih, malah boleh membuat sistem badan berjalan seperti manusia hidup. Projek mengubah mayat menjadi humanoid, telah lama dimulakan penyelidikan dan kajiannya secara terperinci dan persendirian, malah tunangnya sendiri telah memberi serba sedikit tunjuk ajar bagi mencanggihkan lagi ideanya. Walaupun satu satunya jantung manusia di dalam almari kaca besar itu masih belum sempurna, dia tetap mahu membuat semuanya seperti sedia kala. Nekad.

Wayar terakhir dicantum dengan urat jantungnya, dada yang berlubang kini berintikan jantung elektronik. Walaupun besi, ianya tahan karat, dan mampu bertahan lama, lebih dari kehidupan normal seorang manusia. Saintis hebat seperti dia, sudah pasti boleh melakukan apa sahaja.

Dia menarik nafas panjang setelah jahitan terakhir digunting talinya, dan untuk mengidupkannya, cuma dengan satu butang yang terletak dibelakang lehernya, wayar wayar semuanya telah tersambung, malah ingatannya juga pasti akan seperti dahulu, akan ingat segalanya, rasa kulitnya. Dia begitu percaya, tunangnya itu akan hidup seperti manusia biasa, cuma jantungnya saja yang berlainan.

Kulit belakang lehernya sengaja dikoyakkan, dan ditebuk. Butang pengaktifan sengaja di simpan dalam kulit agar tiada siapa perasan, lagi lagi dengan tunangnya yang berambut pendek dan kemas. Butang ditekan, dan jahitan dicantum. "Actived."

Mata tunangnya terbuka. Kosong. Tiada reaksi.

"Tom..." Pelahan suaranya memanggil, takut takut kalau operasinya kali ini tak berjaya. Lelaki tersebut memandangnya, dalam keadaan terduduk itu, dia memandang seorang gadis yang berdiri sedikit mengigil ketakutan dan berlumuran darah. Matanya mula deras berair. "Marselin..?"

Dia memeluk tunangnya dengan erat.. "Selamat kembali, dan jangan tinggalkan aku lagi.."

Saturday, April 5, 2014

Mati dalam kenangan

INT. DALAM BAS - MALAM
Aku mengadu kat Bedah, yang bekas teman wanita aku dok kata aku ni peminat keliling pinggang. Bersepah, tak macam dia tak lawa, dok merendah diri serupa cilaka, tapi baru baru ni, sudah ada penganti; teman lelaki dia kacaknya melebih lebih..
Bedah pandang aku "Dia nak lupa kan kau lah tu, Ad"

Aku diam.

Nak lupa kan aku? Aku soal dalam hati, lantas Bedah kata, "Salah satu cara nak lupakan kenangan lampau, atau seseorang; adalah dengan cipta kenangan baru" Bedah pegang bahu aku, usap pelahan, perhati yang serupa cilaka tapi sedikit meredakan amarah aku.

Kenapa?

"Mungkin kau ada buat benda yang dia tak suka, tak pun dia tak nak tipu kau lagi" Si minah yang gemar berbaju kebaya ni macam tahu apa yang aku fikir. Cilaka betul. (Eh. Kekadang aku terfikir juga, dengan zaman abad ke 20, mana ada orang puak Malay pakai baju begitu.)

"Tapi, aku boleh berubah, Bedah."

"Kekadang kan, Ad..." Diam sekejap.. Macam nak cari cara sedarkan aku tanpa rasa sakit atau hina.

"Manusia tak sedar yang dia terlebih dahulu berubah sebelum orang sekeliling yang berubah, sebab kita ni manusia, Ad.. Mana nampak apa kita sendiri buat pada orang; kita je nampak apa orang buat pada kita.."
Ada benarnya. Aku diam, tanda setuju tanpa bantahan walaupun hati meronta.

"Aku faham, Ad. Kalau kau tak nak cipta kenangan baru; sebab nak terus hidup dengan bayangan dia. Tapi, Ad.. Kau mesti tak nak mati dalam kenangan kan, sedangkan kau tahu yang terus kan hidup, lupakan benda yang dah lepas, adalah kebahagiaan maksimal dari cari penganti baru" Bedah bangun dari kursi dan bersedia untuk turun di perhentian bas dihadapan, dia sempat tepuk bahu aku dua kali dengan kelajuan agak laju dan kuat sebelum kata;

"Lepaskan lah dia, Ad.. Hidup memang kejam dengan kita dari dulu lagi"

#cerpen #coretanlindazizan #shortstory #puisi #heartbreak #patahhati #putuscinta #Allahalwayswithusnoworrybabe 

Sunday, March 23, 2014

Warkah Melati: Manusia yang gagal itu loser selamanya.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
 “Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.”


Assalammualaikum, bertemu kita lagi di surat, helaian kedua.

Hari ini aku mahu menulis mengenai kegagalan, kesilapan dan kesalahfahaman.

Salah seorang sahabat pernah berkata, "Selalunya first time la kita akan buat silap, tak semua fist time tu success."

Jadi, benarlah katanya, sebab semuanya yang aku lakukan untuk kali pertama, semuanya tak menjadi, cake aku hangus, jahitan baju kurung aku tak betul. Malah, masa kali pertama aku berjalan pun, aku pasti tak akan sepantas aku berlari sekarang. Begitu juga dengan kanak kanak lain, semua orang la.

Malah, buat kali pertama aku menulis cerpen pun tak menjadi, dah la penulisan tunggang langgang, siap dikertawakan lagi oleh sahabat. Kau faham sajalah bila kita menjadi kawan terapat, kita typo pun kena bahan gila punya kaw kaw macam buat kesalahan terbesar. Itu bezanya kawan rapat dan kawan biasa.

Biasalah bila aku sudah gagal begitu, aku terus berhenti, tak menulis lagi, tapi entah kenapa passion aku kemain kuatnya, aku sambung menulis balik. Kemudian berhenti lagi, macam lalang. Tapi aku nekad. Dengan adalah surat ini, akan ku coretkan semua yang berlaku. Agar bisa dijadikan pendoman dan tauladan pada umat yang akan datang.


Tuesday, September 10, 2013

Maaf




Cik Muda tengah menjalani kursus Animasi di Significat Tech., 
Sri Kembangan, Serdang selama tiga (3) minggu. (Sehingga 27hb)
Segala pembelian online dan penulisan cerpen akan diupdate bila free.

Doakan Cik Muda berjaya menambat hati orang orang kuat anime Boboiboy.

Kbai.

Saturday, January 19, 2013

MencintaiMu, Ya Rabb-ku 2

Hari ini aku meninggalkan hospital, balutan tangan kiri masih kemas. Sudah sembuh, tapi belum sepenuhnya. Aku mengeluh sepanjang perjalanan balik. Cincin pertunangan kami, aku usap usap sambil memori bahagia terdahulu berombak kembali. Aku perhatikan sekeliling aku yang bergerak laju. Kereta yang dipandu ayah membuatkan aku ingin meninggalkan segala duka aku, dibawa oleh angin yang laju menyapa kulit aku. Aku pejamkan mata, hayati belaian angin pada wajah. Sambil tangan masih mengusap cincin comel tu. Untuk kesekian kalinya, aku mengeluh. Dan lagi.

Thursday, December 27, 2012

MencintaiMu, Ya Rabb-ku 1

Tanya mak, "Ir apa khabar sekarang? Anak dato' Naz tahu kamu masuk hospital?" Diam. Selagi kita tak telefon, selagi kita tak bagi tahu, memang-- jangan harap lah dia nak mesej atau call kita dulu. Aku seakan menjawap persoalan mak dengan muka penuh kekecewaan, tanpa suara.

"Tak apa lah mak, jodoh tu urusan Allah, Dia yang kawal hati kita untuk sayang pada siapa, suka pada siapa, Dia yang menutup pintu hati kita, menutup pintu hati dia.. Siapa lah kita nak halang, bila terang terang, Tuhan dah bagi amaran dia bukan untuk kita, mak." Bebel aku dalam hati. Kerna aku tahu yang akan di balas oleh mak--

"Kalau sudah tahu kita ini cuma hamba, kenapa kamu tak minta saja pada Dia? Kenapa kamu tak berdoa lebih agar Dia bukakan pintu hati tunangmu, agar selalu hanya ada kamu?" Mak yang penuh dengan sikap kelembutannya akan membuatkan si pendengar cair bila mendengar nasihat beliau, tapi aku sebagai anak. Ayat itu sudah biasa. Selalu. Hingga aku bosan mendengar. Bukan aku tak mahu mendengar nasihatnya. Tapi.... Mungkin aku sudah penat dengan dugaan yang ada ni. Jadi aku pasrah, biar lah apa pun nak jadi.

"Kita ni, Ad.. Tak boleh terlalu mengharap pada manusia untuk terus begitu. Manusia tetap berubah. Hari ini lain, esok lain. Kita cuma boleh berharap pada Pencipta kita. Siapa lagi yang kita boleh harapkan? Kalau Ad terus macam ni, sengaja sakitkan diri sebab mahukan simpati, mak tak yakin hubungan Ad dengan Ir boleh berkekalan. Biarlah semuanya berlandaskan Allah, nak." dalam diam mak mula bersuara. Dia sudah faham benar dengan sikap aku ni.

"Atau mungkin Tuhan tu yang dah tutup pintu hati Ad untuk dia, mak..."

"Tapi sebab kenangan, buat Ad terikat?"

Tuesday, August 14, 2012

WARKAH MELATI: Wahai para pemburu Lailatul Qadar, apakah lagi yang kau tunggu kan?


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
“Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada 
malam yang ganjil dari 
sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)

Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.
Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.
Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.

WARKAH MELATI: "Malaikat maut bersama kita tadi, mak."


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. 
Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

15 minit sebelum berbuka, 13hb Aug.

"Mak, tadi malaikat maut ada bersama kita. Ditatap wajah dia yang sayu itu, lalu dicabutkan nyawanya dengan sepantas kilat, tanpa sempat kita mengetahuinya."

"Sudah ajal dia, nak buat macam mana," kata mak tanpa perdulikkan aku.

"Tapi mak, kalau saya ada bersama kucing itu, pasti saya juga yang dibawa bersama. Pasti saya juga dilanggar kereta itu."

"Mak. Malaikat maut selalu menatap wajah kita mak, saya takut mak, saya takut."

Friday, August 3, 2012

WARKAH MELATI: Apa bakti kau pada keluarga? (Monologue)


Berdasarkan hadis Rasul saw yang mengatakan, 
“Anak adalah raja selama tujuh tahun pertama 
dan hamba pada tujuh tahun kedua 
serta teman musyawarah pada tujuh tahun ketiga.” [12]


Aku bukan lah seorang yang sempurna untuk menafikan ketidakperihatinan diri pada keluarga. Bukanlah pada keluarga sendiri, tetapi keluarga yang membesarkan. Aku percaya penulisan ini akan membuatkan manusia berkata kata, paling tidak mengata aku sekalipun, mereka pasti akan mempersoalkan, (setidak tidaknya) "Kenapa kau tulis begini?" "Nak meludah ke langit lagi?". Senyum. Sebelum kau datang dan mempersoalkan. Maka, aku beri kau satu ayat ini, daripada William Trevor; "People like me write because otherwise we are pretty inarticulate." Moga kau faham.

Sebagai seorang yang pemikiran negetif seperti aku, pastilah terlebih dahulu memikirkan yang buruknya, dan kemudian barulah yang baiknya. Aku tahu, aku perlu berubah. Tapi manusia memerlukan masa untuk berubah sepenunhnya. 

Friday, April 6, 2012

Gadis Upahan

12th Sept 2014,

Di sebuah cafe yang terdapat di Kota Hill Vell yang baru membangun itu, terdapat dua orang wanita yang sedang duduk bersebelahan cermin yang membolehkan mereka ditonton dari luar. 'Kitty's Cafe' tertentera di atas kaca lutsinar tersebut. Wanita berambut hitam panjang menolak duit di dalam sampul, kulitnya sedikit berkedut dimamah masa. Wanita dihadapannya hanya melihat sampul tersebut, memiliki rambut berwarna perang paras bahu, sedikit curl dihujungnya. Kulitnya gebu dan menawan, citarasa semua jejaka.

"Tolong aku, Carly... Ini terakhir.." Kata wanita berambut hitam pudar ini. Wanita yang dipercayai bernama Carly hanya tersenyum pahit. "Beritahuku segalanya."

Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. "Semalam.. Kami sepatutnya pergi ke tasik untuk berkelah seperti biasa, tetapi dia telah menempah hotel, dan kami.." Carly terdiam, wajah Fereensa menahan sebak bila suaminya berlaku curang dengan gadis yang diupahnya sendiri untuk mengawasi suaminya. Ini merupakan kali kedua dia mengupah gadis tersebut untuk mengoda suaminya bagi menguji kesetiaan lelaki yang dicintainya itu.

"Kami chek in, dan menonton televisyen, tapi pandangan matanya tak celik memandang payudara aku, dan entah macam mana, kami bercium, dan .." Dia mengosok hujung cawan berinti kopi dengan penuh keasyikkan. Bibirnya digigit manja. Tiada senyuman terukir. Cuma rasa bersalah kerana telah meniduri suami pada kliennya.

Wednesday, January 25, 2012

Tong Sampah Pemusnah Memori

Tahun 2030,

Dia berdiri di hadapan kilang yang tertera nama 'Pemusnah Memori'. Baju unifom kemas dilekatkan pada tubuh. Tag bernama 'Jamal' dan pass masuk diselitkan pada poket baju kemeja berwarna biru muda.
Dia melangkah masuk ke kilang tersebut. Kilang yang intinya segala putih belaka. Mesin pemusnah yang semi besar berada dalam ratusan unitnya. Dia berjalan terus ke tempat duduknya. Manusia lain sibuk melakukan tugas. Mesin separa besar yang bakal dikendalikan akan memusnahkan memori yang pelanggan mereka serahkan untuk dimusnahkan. 

Saturday, December 31, 2011

Selamat tahun baru, dan Selamat ulang tahun kau tinggalkan aku.

1st January 2020.

Pasti ramai yang meraihkan tarikh baru itu, ada yang meraikan bersama keluarga, kawan kawan, berkumpul berpesta, tak kurang juga ada yang sambut di rumah, di facebook, di twitter dan juga Skype bersama orang tercinta. Mengeluh. Tercinta ya? Untunglah.
Hari ini, genap setahun dia tinggalkan aku, tepat saat bunga api berdetum meletup, melempahkan cahayanya yang berkilauan, berwarna warni.
Aku menunduk, teringat segala peristiwa lalu,


******
1st January 2018

"Sayang, selamat tahun baru." Dia memeluk tubuhku saat bunga api meletupkan cahayanya. Berdetum detum, itulah juga bunyi muzik perasaan aku kala itu. Aku tersenyum. Membaringkan kepalaku di bahunya. Ketinggian dia membuatkan aku gemar meletakkan kepala disitu. Selesa.

Fakrie, berhidung mancung, bermuka bulat, berisi, tapi tetap tegap. Kacak dan bergaya. Anak Dato', dan berjawatan tinggi di Syarikat Mutiara Gold di Damansara. Dan kondominium ini adalah miliknya, tepat berhadapan KLCC, pemandangannya indah. Umpana dirinya. Manis mulutnya bak madu, tapi barannya tiada siapa yang tahu.

Istimewanya kami, kami bertemu pada setiap satu hari bulan Januari. Pada mulanya kami cuma rakan biasa, berkenalan di Twitter buat kami bertemu, pada 1 hari bulan Januari 2017. Adalah temu janji kami yang pertama. Semuanya berlaku di ICT, Shah Alam. Kami bertemu disana, mencari siapakah punya empunya tubuh. Ya, waktu itu sangat indah. Dia terlindung disebalik lampu berwarna warni itu, membuatkan aku terhenti untuk menghampirinya. Mungkin raut wajahnya lebih kacak dari dalam gambar, walaupun bertubuh besar, tapi tinggi. Aku anggarkan mungkin dalam 183cm, dan aku cuma 157cm.

Aku menghampirinya. Aku memakai baju gaun berwarna putih, kasut tinggi berwarna putih. Tema aku pada waktu itu adalah putih. Rambut pendekku, aku betulkan. Gemuruh mungkin.

"Darl??" Dia menyebut nama samaranku di facebook.

Aku mengangguk pelahan.

"You look great." Senyuman yang satu itulah yang tidak mungkin aku lupa untuk seluruh hidup aku.

"Thanks. You look great too."

"So.." Kami jadi kekok saat itu. Maklumlah, temu janji pertama.

"Err.." Dia cuba ungkapkan sesuatu. Aku cuba pasang telinga dengan suasana yang bising dengan keriangan orang ramai.

"Kita pergi tempat lain?"

"Boleh juga." Kami cuba lari dari orang sesak yang mula berasak untuk menontot indahnya bunga api tahun baru itu. Aku cuba mengekorinya dari belakang, tapi orang ramai menyukarkan aku untuk susur keluar.

"Sepuluh.. Sembilan. Lapan."

Ah. Bunga api akan diletupkan. Aku menarik tangannya sepontan, untuk berhentikan dia dari terus menyusul keluar dari himpunan orang ramai itu.

"Kita tengok sini sajalah, dah nak start." Jeritku.

"Ok, baiklah."

Dia berdiri dibelakangku, dan tolakkan orang ramai membuatkan kamu menjadi rapat.

"Maaf." katanya yang terpaksa melindungi aku dari tolakkan orang awam itu.

"Tiga... Dua..." Kami berdua mendonggak ke langit sambil mengira.

"Satu...!!!"

'Dupp... Duppp....'

Jeritan dan sorakkan orang ramai meriahkan suasana.

"Selamat tahun baru sayang." Bisiknya ditelinga.

******

Tapi indah, tak selalunya indah. Gembira tak akan selalunya gembira. Begitu juga dengan bahagia. Dan saat inilah, yang menguji kekuatan setiap hamba-Nya.

"Jangan kata aku tak warning kau, Arie tu kaki perempuan."

"Tapi dia cintakan aku."

"Cinta boleh diungkapkan dengan mulut, I LOVE YOU. Tengok. Aku dah ucapkan pada kau. Aku cintakan kau. Semua orang boleh kata benda tu, Darlnia. Wake up. Berapa lama kau kenal dia?"

"Nak dekat setahun lebih, tahun baru ni, genap dua tahun."

"Heh. Dua tahun? Membazir je kau habiskan masa untuk dia."

"Mana kau kenal? Twitter??" Aku hanya mendiam sebagai jawapan 'Ya'. Dan reaksi Farra hanya ketawa.

"Kenapa kau tak pernah gembira dengan teman lelaki aku? Dengan Hairi pun kau macam ni. Kau sebagai sahabat lama aku, sepatutnya sokong dengan pilihan aku."

"Sudahlah. Kau cari semuanya di internet! Memang penuh penipuan, kau sendiri yang jebakkan diri dalam alam maya tu! Cuba keluar dari dunia tu! Bertapak di dunia realiti!"

"Sudahlah, kau cemburu kan? Aku ada teman lelaki dan kau tidak."

"Ya Allah. Ke situ pula. Aku single tak bermakna aku nak fitnah dan lihat hubungan kamu berdua hancur. Satu company dia tahu fasal perangai playboy dia tu. Kalau kau tak percaya, kau tanya sendiri pada Luqman! Aku berani bertaruh! Kalau aku salah, anggap saja aku bukan kawan kau lagi. Bye!"

Farra meninggalkan aku di Restoran Hidayat itu. Sunyi. Walaupun keadaannya tepu dek pelanggan.

****

Sehari sebelum 1st January 2020.

Aku menghidupkan komputer riba. Skype dibuka. Tertentera nama Luqman berada dalam talian. Aku menekan namanya, dan mulakan perbualan.

Darl Nia: Hye.
Luqman: Yo.
Darl Nia: Busy?
Luqman: Oh, tak. Kenapa?
Darl Nia: Nothing. Aku just nak tanya fasal Arie.
Luqman: Kenapa?
Darl Nia: Tak. Cuma dia buat lagi, dah lama tak contact aku.
Luqman: Oh.
Darl Nia: Jadi, mesti kau tahu kan, kau kerja satu company dengan dia.
Luqman: Oh. Er..
Darl Nia: Dia sibuk sangat ke sampai dah tak boleh contact aku? Dah dekat tiga bulan dah ni. Skype dia pun tak pernah di buka. Chat FB, twitter, call. Semuanya tak berjawab. Dia ada orang lain ke?
Luqman: Aku bukannya nak jadi musuh kau, Darl. Tapi, lebih baik kau lupakan dia saja. Dia diamkan diri nak dekat tiga bulan da kan, ini bukan kali pertama kan?
Darl Nia: Tapi dia waktu tu, dia kata dia tengah susah, dan dia tak nak susahkan aku, dan katanya dia tak pernah ucapkan selamat tinggal.
Luqman: Hmmm..
Darl Nia: :(
Luqman: Lelaki ni kan, Darl...
Luqman: Dia layan je semua perempuan walaupun dah berpunya.
Darl Nia: Tapi kami dah nak 2 tahun, 12 malam ni.
Luqman: Memang la sudah lama, tapi sebagai perempuan, jangan percaya sangat bila kawan dah mula bagi amaran.
Darl Nia: Dia dah ada perempuan lain?
Luqman: 2 hari bulan Jan nanti. Dia akan mendirikan rumahtangga dengan calon pilihan ibu dia.

Aku terkejut. Air mata tak semena mena terus mengalir. Aku cuba menahan sebak.

'Treeett.. Treeettt....'

Satu pesanan memasuki telefon bimbit aku. Tepat jam 12 berdetik. Bunga api berletupan bagai letupnya perasaan aku kala itu.

"Lupakan saya, saya tak mampu nak bahagiakan awak lagi. Selamat tahun baru, sayang. Selamat Tinggal."

****
1st January 2020.

'Duupp..'

"Ouch.." Aku terjerit pelahan. Seorang lelaki yang entah dari mana datangnya melanggar aku yang sedang asyik mengulit kenangan.

"Maaf.. Maaf!!" Mohonnya.

"Tak apa." Aku tersenyum kelat.

"Maaf, kawan saya tolak saya. Awak tak apa apa?" Dia memukul rakan lelakinya, di samping lelaki itu, terdapat seorang gadis berbaju unggu. Turut ketawa, tidak pula aku tahu isu apa yang kelakar sangat sedangkan siku aku menjerit kesakitan berlaga dengan sikunya.

"Eh, Johan. Aku dengan Mai nak pergi sana kejap. Kau lepak la mana mana, nanti nak balik aku calling calling lah. Kau cuba lah ayat awek baju pink yang sama dengan kau tu. Untung untung tahun baru dapat awek baru. Ha. Ha. Ha." Pasangan tersebut meninggalkan kami berdua. Dia memandangku, dan baju yang kami sarungkan.

"Pink. Sama." Tawanya nipis. Aku tersenyum.

"Eh, awak dengan siapa ni, nanti teman lelaki awak marah pula lepak dengan saya. Kawan saya yang ajak datang sini, tak tahu dia bawak awek dia, haha. Kurang asam, boleh tinggalkan saya seorang pula. Awak tunggu teman lelaki awak ke?" Laju juga percakapan dia, darah gemuruh mungkin.

"Tak. Saya seorang saja."

"Seorang?" Dia menoleh ke kiri dan kanan. Mencari sesuatu, tapi aku tak pasti apa.

"Tak akan lah kot. Nak tengok bunga api seorang diri?" Aku mengangguk kecil.

"Saya Johan. Panggil Hans je."

"Darl. Darlnia."

"Oh, Darl. Nak panggil Darling boleh?" Keningku terangkat sedikit.

"Ha,..ha.. Tak ada. Gurau."

"Jadi kenapa awak seorang sini? Mana teman lelaki?"

"Tak ada."

"Oh.."

"Sepuluh.. Sembilan.. Lapan.."

"Dah nak meletup." Dia memandang wajahku. Senyum.

"Tiga .. Dua.." Sorakkan orang ramai semakin kuat.

"Selamat tahun baru, Darl."

"Selamat ulang tahun kau tinggalkan aku, Fakrie." 

Menangis aku memandang ke udara. Langit hitam bercahaya terang. Merah, hijau, biru. Berwarna warni. Meriah. Tapi tidak semeriah dahulu, sewaktu ada dia. Air mataku mengalir tanpa disedari. Johan seakan terpaku dengan melihat keadaan aku yang memalukan ini. Aku terdengar keluahan dia.

"Maaf."

"Tak apa.. Saya ada. Sekurang kurangnya, kita berdua tak sambut tahun baru bersendirian."

Aku terdiam. Kami berdua tersenyum menghayati bunga api yang paling bercahaya dalam seumur hidupku.

==== THE END ====

Monday, December 19, 2011

Bila dah angau, aku akan kelihatan lebih teruk dari biasa. Maaf!

Title: Semalam awak kata awak cinta, tapi hari ini awak berdusta. Mana satu?

Hari ini, 23hb September, hari aku bertemu dia. Hati gundah tak terkata, bila buah hati didepan mata. Aku teringat lagi, kata-kata manis dia untuk bertemu aku, dia kata, sempena hari ulang tahun aku yang ke 24 tahun ini, dia mahu bersua muka dengan aku setelah sekian lama bercinta di alam maya, Twitter. Boleh dikatakan, dialah lelaki pertama yang mencubit hati sanubari aku dalam laman sesawang tu. Memandangkan aku tak pandai bertweet, maka dia ajarkan aku. Segalanya mengenai Twitter. Sehingga aku mahir dan punya ramai teman.

Itu cerita setahun yang lalu, memandangkan dia belajar di Korea, aku tidak dapat bersua muka dengannya melainkan hanya di Skype sahaja.

.......

23 mint kemudian,

Blank...
Aku masih memandang skrin.

23 saat berlalu..

FCUK~
Lost my mind again, sambil mengentak kepala di meja. Aku memandang sayu ke arah komputer riba.

Maaf, aku rasa cerita ni teruk, sebab itu tiada penamatnya. Aku cuba buat yang lain. Moga terhibur.


p/s: Masih lagi mendengar lagunya. Tapi takut untuk mulakan teguran. Aku nampak dia online twitter dia, aku nak tegur, biarpun kawan aku bagi semangat suruh aku menegurnya. Aku tertawa besar. Kalau aku tegur pun, mungkin perbualan tamat di situ saja. Dan hubungan pasti hanya sebagai penyanyi dan peminat fanatik sahaja. Aku lebih rela jadi silent fan dari fanatik fan. Aku nak berkenalan dengan dia, tapi tak terasa ada kelayakan itu. LOL! Kalaulah dia ternampak blog aku ni, ada sedikit pesanan sebelum aku bunuh diri akibat keseganan yang terlampau. Keh keh keh.

Hai, awak! Maaf. Minta maaf. *tunduk.
Post ni dan sebelum ni bukan mengata fasal awak. 
Just.. saya nak promot vid awak je, (alasan basi, hahahaha)
Sebab awak bagus, ya. Suara awak memukau. Bagus. 
I'm in love with you.
Itu pujian ok.
Keh keh keh.
 Maksud saya. 
Can we be a friend?? 
*Senyum sambil hulur tangan.

Aku cemburu dengan budak ni. KBAI !
*Curian Google*


Nota: Aku harap aku boleh tidur bersama Piggy aku macam dalam ni, tapi aku takut, bila keesokkannya, aku bangun, dia dah mati jadi
Guinea Pig (ayam) penyek. ._.






Good Night, Dear. 
I wish when I woke up. You and me are 
Best Friend.

Saturday, December 17, 2011

Takdir

Gelap. Berpakaian baju serba putih. Dia cuba ingat dimana tempat yang kini dia berada. Sunyi.

"Hello...!" Dia menjerit.

Masih sunyi. Dia teruskan perjalanan. Di kelam malam, dia ternampak cahaya yang samar-samar. Silau. Tapi masih lagi mahu melihat. Ketawa ngeri datang cahaya tersebut membuatkan dia meremang bulu roma.

"Siapa?? Siapa kau?!" Jeritnya gementar.


Dia cuba larikan diri dari cahaya itu. Tiada siapa boleh lari daripada aku, si babi kecil! Desis cahaya itu.

"Pergi! Pergi! Jangan dekat padaku!"

Ketakutan dia bertambah tatkala cahaya itu mengeluarkan suara ketawa yang garau.

"Aku adalah utusan dari Tuhanmu!"

"Tuhan??" Dia terduduk pabila cahaya itu semakin dekat. Tak terdaya untuk melarikan diri dari ruang yang kosong tidak berpenghujung.

"Kerana kau melanggar takdirmu seperti mana Tuhanmu turutkan!"

"Takdir apa??!!" Jeritnya ketakutan.

"Terima takdir kau atau kau akan terima balasannya."

"Apa yang telah aku lakukan? Takdir apa yang kau katankan?!!" Peluh semakin membasahi tubuh badan.

"Lebih baik kau terima saja segalanya, atau Tuhan akan mengambil nyawamu." Kata cahaya itu sebelum lesap.

Gelap. Gelita.

"Terima takdir apa?! Apa takdir aku!!!"

Dia tersedar dari mimpi. Bintik bintik peluh membasahi. Dia terduduk dari baring. Dia memandang sampul berwarna putih bersama surat penerbangan ke Malaysia. Ditenung sampul itu. Keluh. Inikah takdirku??

Surat jemputan perkahwinan kekasih hatinya dilempar ke lantai bersama tiket penerbangan. Penerbangan akan bertolak sejam dari sekarang. Turut kata hati, mahu dihalang perkahwinan terpaksa itu.

"Sudahlah, tak ada guna aku hendak halang kau, kau akan bahagia bersama bakal suami durjana  kau itu!" Dia kembali  menyambung mimpi. Moga mimpi yang indah.

*****

Tempat ini lagi? Ruang kosong yang tiada penghujung. Gelap gelita. 

Tiba-tiba, cahaya terang itu datang lagi.

"Kenapa kau tidak turut takdir kau!!" Marahnya.

"Takdir apa?? Apa yang telah kau coretkan!!"

"Halang dia jadi milik insan lain!"

"Apa??"

"Dia adalah milik kau, dia takdir kau, dan kau patut halang. Dia menderita tanpa kau!" 

"Dia takdirku??" Segala memori selama 9 tahun bermain difikiran.

"Ya.. Kau patut halang majlisnya." Bergetar lutut lelaki itu mendengar kebenaran.

"Tapi, aku dimana? Bagaimana aku hendak menghalangnya??"

"Mansur, Mansur. Semuanya telah terlewat. Bukankah aku telah turutkan, supaya ikut takdir kau! Turut kata hati kau!"

"Apa??"

Gelap.
*****

"Berita terkini, Separuh bandar kecil di Jepun, telah musnah akibat daripada gempa bumi yang melanda. Beberapa rumah telah roboh dengan teruk, turut dipercayai seorang pelajar dari Malaysia yang menetap di sana, telah ditemui mati, dan akan dibawa pulang ke Malaysia dan diserahkan kepada pewaris untuk urusan pengembumian."

Si gadis yang lengkap berpakaian pengantin berbaju putih menonton berita tersebut mengalirkan air mata. Dia menutup mulutnya menahan sebak. Sahabat di sebelahnya memegang bahu gadis itu. Air matanya semakin laju mengalir. Lelaki yang dicintainya akan pulang ke Malaysia dalam keadaan kaku.

"Tak mungkin!! MANSUR!!!!"

PERHATIAN!! Free The Children! Harus tekan di sini. Bantu mereka!

Tuesday, December 13, 2011

Tolong bagi seperti apa yang aku mahu, ok. Sayang kamu!

Ruang tamu.
Aku sedang menonton cerita Hannah Montana kat Disney Channel.
Khusyuk.
Tapi iklan buat aku hilang tumpuan pada televisyen. Aku alihkan pandangan pada mak kucing aku yang sarat mengandung.

Aku tenung dalam ke arah mata anak kucingku yang berperut besar. Bagai buat peach. Sesekali dia melelapkan matanya. Mata berwarna hijau itu bagai menjeling ke arah aku. Aku pun tak pasti kenapa kucing ni macam tak puas hati pula pandang ke arah aku, ke dia sakit nak bersalin.  Jadi aku bangun dari sofa, pergi ke arahnya yang sedang terbaring di sofa panjang.

Kucing ni tak ada nama, sebab tu dia stay rumah ni lama,
kalau aku bagi nama, kompon dia hilang,
macam adik beradik dia yang lain, dulu.
Pelahan ku usap perutnya yang berbulu oren. Aku bisik ke telinganya.

"Aku nak anak kau nanti kaler bulu dia putih, tak pun kelabu, aku dah bosan asyik dapat cucu oren je, lepas tu mata dia aku nak sebelah biru sebelah hijau macam mata kau. Boleh tak??"

Sunyi.

Kucing tu langsung tak bagi sebarang reaksi. Angin aku mula naik.


"Kau dengar tak ni! Aku nak anak kau nanti mata dia sebelah lain, sebelah lain! Bulu lebat macam kau!! Tanak kaler oren, ok!!" Jerit ku kuat. Telinga kucing tu ke belakang, pelik agaknya.

Abang aku yang baru masuk rumah yang entah sejak bila berdiri di belakangku. Kemudian dia pula jerit ke arah aku.

"Kau minta macam-macam lah kat kucing tu, nanti lelaki kau minta macam-macam kat kau baru tau, dia minta anak kembar, comel, tembam. Baru kau rasa apa tu kucing tu rasa."

Aku terdiam. Ruang tamu jadi sunyi.

Aku pandang ke arah abangku dengan pandangan menjengkelkan.

Tanpa sepatah kata, aku duduk di sofa pendek, menonton Hannah Montana yang telah bermula.

Burger daging satu, bang! (Untuk 18 tahun ke atas sahaja)

Bila cakap pasal burger saja, mesti kau orang lapar kan. Meh aku kenalkan kat kau orang satu tempat yang tip top ni. Burger dia sedap bukan kepalang. Tebal pula dagingnya. Rugi kalau kau tak cuba. Rasa daging dia ala-ala manis tu, perghh!! Memang patut cuba. Menurut info yang aku dapat ni, daging burger tu dia buat sendiri, tapi yang peliknya, bila setiap kali ada orang yang bertanya bagaimana daging itu diproses.... Orang itu pasti hilang..

******

"Abang, burger daging satu."
"Ok, dik."
"Err, abang.."
"Ya?"
Nak cuba tak? Hik hik hik
"Daging ni abang proses sendiri ke?"
"A'ah, kenapa?"
"Ramai orang kata sedap, itu yang saya nak cuba."
"Kau nak tengok aku proses ke?"
"Boleh ke??"
"Apa yang tak bolehnya, tunggu aku tutup kedai nanti, aku tunjuk kat kau."
"Pukul berapa abang tutup?"
"Pukul 12 kejap lagi."
"Orite, bang!"

Setelah burger tu siap, aku makan dengan rakus, bagai setahun tak makan. Dagingnya manis gila. Pandai abang ni buat daging ni.

12.00pm.

"Jom, aku tunjukkan tempat tu."
"Orite bang.."

Setibanya di rumah usang itu,
Kepala aku di hentak kuat. Penglihatan aku menjadi gelap......

Terang... Gelap ... Berdenyut-denyut kepala ni..
Adoii ...

"Kau nak tahu macam mana aku proses daging burger tu kan??"

Aku tersentak, badanku terbaring dan diikat dikatil bagai di hospital orang gila.

"Apa ni bang!!"

"Laaa... Kata kau nak tahu macam mana kan, aku nak tunjukkanlah ni..."

"Abang, tolong bang, lepaskan saya.."

"Rugilah kalau aku lepaskan kau, lagipun daging aku dah nak habis, laku pula daging burger aku sekarang ni. Aku perlukan pembekal baru supaya daging aku sentiasa segar. Kebetulan kau dah datang sini, kau boleh tolong aku kan. Kau pun gemok, banyak sikit daging aku nanti" Tawa laki itu bergema. Dia mengambil kapak yang berlumuran darah itu.

"Daging perempuan biasanya manis-manis, sebab tu aku lebih suka guna daging perempuan.."

"Arrghh!!! Toollooonnggg!!!!" Aku menjerit sekuat hati.

"Ya, jeritlah .. Jeritan kau tu bagai musik yang sungguh indah.. Tempat yang tersembunyi ni, tak ada siapa yang akan dengar.. Jeritlah, sayang..." Tawa lelaki itu makin mengerikan.

Dia meraba kakiku, dan terus kepehaku. Aku cuba mengelat seboleh mungkin, Tapi ikatan yang mengikat tubuhku ini begitu ketat. Dia mencium tanganku, dari bawah ke atas.

"Harum.. Aku dapat rasakan daging kau ni begitu manis..."

"Takk.. Tolong lepaskan saya!!" Aku mengigil melihat kapak di tangannya mula diangkat pelahan-lahan.. Tak semena-mena air mataku mengalir.

"Baiklah, proses yang pertama, bogelkan."

"Tak.. Takk. Jangan bang. Tolong bang."

Tanpa memperdulikan rayuku, dia mengambil gunting besar dan mengunting baju yang melekat di badanku, sependar dan coli aku digunting dan ditanggalkan. Air mataku tidak lagi dapat ditahan dalam tangkungan. Pehaku yang besar dirabanya dari bawah hingga keatas.

"Kau jangan risaulah. Aku tak suka rogol-rogol ni. Aku cuma mahukan daging kau saja."

Pisau tajam yang diambilnya dibawa kebahagian pehaku.

"Proses kedua. Pengasingan."

Pisau yang besar dan berkilau itu ditetak hingga ke tulang pehaku. Mengalir laju darahku seraya air mataku. Jeritan menahan sakitku telah sebati pada telinga si abang burger. Tidak langsung menganggu kerjanya. Dengan cermat, dia menghiris daging pehaku. Putihan tulangku kelihatan bersama air yang berwarna merah. Setelah dagingku diasingkan, dia meletakkan di satu dulang besi yang besar dengan pelahan.

"Dan proses kedua akan terus dijalankan sehingga habis daging satu badan kau, dan kemudian aku akan prosesnya seperti daging biasa. Mudah kan? Apa yang kau nak tahu lagi?"

"Lepaskan aku.." kataku lemah.

"Memandangkan kau dah tahu. Tak payahlah aku nak membebel sepanjang kerja aku." Kapak yang berada disebelah mejanya dicapai. Fikiranku tidak lagi dapat menganggak apa yang dia akan lakukan sebentar lagi dengan kesakitan yang teramat sangat pada pehaku yang tidak berdaging.

"Daging untuk aku jadikan burger, manakala tulang, aku akan buatkan sup. Sedap. Aku patut bagi kau cuba sebelum kau datang sini, tapi sayang, sup tulang sudah lama habis. Ke kau nak rasa sup kau sendiri? Hek hek hek."

"Arrrghhhhh!!!!" Kapaknya tepat menetak kakiku. Kudung. Kemudian sebelah kanan pula. Pandangan aku semakin gelap. Aku kehilangan banyak darah.

"Weh, bangun, bangun. Jangan lah mati lagi, aku masih tak puas lagi ni dengar jeritan kau."

Tanpa berlengah, dia menaikkan kapaknya setinggi mungkin, dan titik tetaknya tepat pada bahagian leherku.

"Terima kasih kerana sudi datang, gemuk."

Caaakkss~~

Kepala dan badan terpisah dua.

********

"Abang, burger ayam satu."

"Ayam tak ada. Daging saja."

"Burger daging satu, bang."

Thursday, February 24, 2011

Cinta Seiras (2011)

Bertahun menjalinkan hubungan dengannya, akhirnya hubungan Fadzil dan Tania melangkah terus kehadapan, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung tak lama lagi, boleh dikatakan Fadzil lah orang yang paling bahagia saat itu, tapi sayang .. Tania pergi meninggalkan Fadzil, disaat mereka hendak diijabkabulkan, Fadzil murung selama setahun, tapi atas supporting kekawan, Fadzil kmbali bertenaga.. dan dia yakin dia akan bertemu dengan insan yang sama seperti Tania.. Dalam masa yang sama, Eriana datang dalam hidupnya, mengubat hatinya, memulihkan lukanya. Tapi dapatkah dia jumpa apa yang dia cari, cinta seiras Tania?







Cinta Seiras (part 1)


Cinta Seiras (part 2)


Cinta Seiras (part 3)


Cinta Seiras (part 4)


Cinta Seiras (part 5)


Cinta Seiras (part 6 - END )




click on image for the better reading

http://www.facebook.com/album.php?aid=48029&id=152997938047460

Monday, February 7, 2011

Bayi Itu Menangis Lagi

Demi cinta dia sanggup buat apa sahaja ..
Menyerah tubuh pada insan yang tiada ikatan yang sah, sehingga termengandung pada usia yang sangat muda.
Apa yang bakal terjadi pada Bella bila dia mahu menyimpan janin hasil hubungannya bersama Redzuan???




BIML (Part 1- 4)

BIML (Part 2 - 4)

BIML (Part 3 - 4)

BIML (Part 4-4)

click on image for the better reading