Showing posts with label P.I.L Hati. Show all posts
Showing posts with label P.I.L Hati. Show all posts

Tuesday, July 26, 2016

Dari semalam

Dari semalam lagi,
aku asyik terfikir fikir

Dari semalam,
aku ternanti nanti walau tiada niat mahu menunggu

Dari semalam,
sebelum lelap mata ini, aku termenung walau masih banyak perkara harus difikirkan

Dari semalam lagi,
aku terfikirkan dia.

Dari semalam,
bilahan sabit panjang, jubah ber-hood hitam, orangnya kacak, berkulit putih, gigi rapi tersusun sedikit taring hanya sebelah kanan.

Dari semalam,
dia beri senyuman tak keluan pada aku; katanya aku ini seterusnya, lalu lesap.

Dari semalam lagi sebenarnya....
nafas aku pun tlah hilang--

Sunday, March 22, 2015

senyum termampu

Cemburu berbaur rindu
terikat satu tali berunsur besi
di kaki ditambah bebanan
diherit herit
tatap sepi; termampu
mulut dikunci; bisu
senyum dibalik besi
senyum termampu; masih jua tak terlihat.

senyum masih senyum
bukan sengsara tapi tahu kamu sedang bahagia juga.

Thursday, April 3, 2014

Ocean

Dear ocean,
meet again,
how are you?
(silent)
I'm doing great lately..
So many things came and gone,
so many memories make and forgetten.

Dear deep deep ocean,
I'm okay now,
more than okay..
I love my routine,
I love my job,
I love my part time job,
I love all people around me,
my bf, bff, them, him, her..
I love my life more than before..

Dear beauty ocean,
thanks for being here,
always here when i needed.
When I need someplace to put my tears..

Dear ocean, my love..
meet again,
I will come..
Farewell...

Sunday, March 30, 2014

Apa perlu dibuat jika rindu pada seseorang bukan milik kita?

Ustaz Don kata;

" Kalau rindukan seseorang , 

letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. 
InsyaAllah. "


Masih rindu,
masih terasa sakit itu,
tapi demi Allah pencipta manusia dan alam,
moga dia sihat sejahtera dan,
 bahagia disamping orang yang dicintainya..
Aamiin.....

Friday, March 21, 2014

Bahagia

Bahagia itu terletak pada fikiran seseorang,
Ada yang bahagia hanya bila berpasangan,
tapi ada juga yang bahagia hanya habiskan masa untuk diri sendiri..


Otak kita seperti televisyen,
apa yang mahu kita fikirkan pula seperti alat kawalan jauh,
Kehendak kita adalah apa yang mahu kita fikirkan,
jika sedih, maka sedih sahajalah,
jika gembira, maka kau bersukarialah.


Tiada satu manusia pun yang berhak pertikaikan sama ada kau gembira atau tidak dengan kehidupan kau sekarang,
kerna hidup ini seperti roda,

sekali dikecewakan; tak selamanya kita akan kecewa.

Senyum.

Wednesday, January 29, 2014

If

Yesterday,
I saw your face with sadness inside.

Today,
I see the sadness was gone.

And tomorrow,
I wish I can see the happiness appear through your eyes.

If,
I still have opportunity to enjoy it.

Tuesday, July 30, 2013

Mak, kenapa hidup ni susah sangat? :(

Dah lama tak menulis - Dah lama tak menulis - -
Almost a year la rasanya.. Mengeluh. Ok, itu je yang aku tahu sekarang.
Pengakhiran bulan July 2013, ayuh huraikan.

Moga moga terlepas lelah sedikit sebanyak, dengan kata kata penasihat si pembaca dan peng-hater yang gemar membunuh!

Saturday, December 1, 2012

BANGUNLAH, LINDA !!

Linda, linda.. Kalau kau PERCAYA pada diri sendiri, 
kalau kau SAYANG diri kau, 
kalau kau YAKIN dengan diri kau tu, 
letakkan sepenuhnya ketentuan pada ALLAH. 
Aku percaya, kau pasti akan jadi SEMPURNA, dan dapat apa yang kau nak. 
Bukannya terus menerus berfikiran negetif. 

WAKE UP, GIRL! LIFE IS TOO SHORT, SWEETHEART!!

Wednesday, August 15, 2012

Mengenai blog ini

“ Aku cuma berkarya,
tak semuanya adalah benar benar,
Tak kan ku coretkan segalanya tentang diriku,
tak akan ku luahkan semuanya perasaan aku,
Kerna aku ini anak seni.
Aku menulis agar semua mengerti,
yang kau tak sendiri,
Yang semua manusia turut alami.

Jadi aku lakar menjadi aksara,
lalu ku ciptakan ceritera,
dimana semua boleh mendengar. ”

Monday, July 30, 2012

Kata itu ini

Mereka selalu berkata kata,
Yang mereka tak suka itu, tak suka ini,
Mereka terus menyuarakan betapa bencinya,
betapa sukanya.
Tapi mereka tak sedar, 
kata kata mereka itu menyakitkan hati.
Bukan saja satu,
malah beribu.

Tuesday, April 17, 2012

Dunia pinjaman

Aku perhati jemari ini,
ku rasai kulit ini,
Aku lihat di dalam cermin,
wajah seorang gadis gempal.
Tak semena mena air mata mencurah pelahan.
Kesal akan peribadi sendiri,
Kenapa segalanya seakan nyata sedangkan semua ini cuma sementara.

"Aku terlalu mengharap cinta kaum adam, 
hingga lupa mencintai Pencipta.
Aku terlalu mendampakan kasih si jejaka,
hingga terlupa yang dunia ini cuma sementara."

Thursday, April 12, 2012

Pentakut

Aku...
Perempuan pentakut yang macam aku ini,
masih kah lagi layak untuk bicara perihal cinta?
Untuk menjaga makan minum, pakaian serta perihal segala?

Aku masih tak mampu untuk kata terus pada kau,
bukan aku tak berusaha untuk bersedia hidup bersama kau,
Cuma aku hanya perempuan pentakut yang hina.
Takut dengan kelemahan sendiri.
Takut pada bayang sendiri.

Wednesday, April 11, 2012

Afraid


Bila terasa bahagia, tercuit pula perasaan takut dikecewakan,
mungkin aku terlampau menerima kebahagian,
hingga terlupanya ada si kekecewaan menanti untuk menyergah.

Tuesday, April 3, 2012

My Suicides Note

Nampaknya tak semua yang aku rancang dalam sebulan dua lepas menjadi seperti yang diharapkan.
Mungkin ada hikmah, tapi aku tak pasti apa hikmah yang satu ini, sama ada hikmah atau balasan, entah lah. 

Lagi lagi bila aku cuba aturkan hidup aku sebaik mungkin, dan semuanya tak berjalan seperti kehendak aku, dan aku tahu Allah tak izinkan. Sebab itu semuanya tak menjadi. Pada mulanya aku masih boleh bertahan. Aku cuba berfikiran positif. Mungkin aku perlu lebihkan usaha. Tapi bila tiba disatu tahap yang aku rasa amat terdesak dan aku amat mahukannya. Aku masih lagi tak dapat menyudahkannya. Aku tahu, aku banyak buat segala macam benda sekarang ini. Aku cuba siapkan novel aku, aku cuba hantar proposal untuk stesen TV, aku memasuki kelas teater. Ya. Tak menjadi seperti yang aku sangka. Segala masa telah aku atur dengan sempurna. Tapi, novel aku masih tak siap, proposal aku masih tiada reason, dan kelas teaterku, aku rasa cuma itu yang menjadi cuma.. Percakapan aku. Ah! Aku benci aku tak dapat menyebut satu satu perkataan dengan baik!! Aku benci tak dapat mengingati skrip dengan cepat!! 

Aku benci diri aku! Aku benci!!

Sunday, April 1, 2012

Cinta itu klise

Maksud sebenar cinta,
Pasti ramai sudah merasai rasa cinta itu sendiri. 
Jadi malas untuk aku huraikan bermacam jenis.
Cinta buta, cinta pekak, cinta tuli.
Monyet, monkey, surat cinta, cinta alam maya,
Ok, itu pastinya ramai yang telah merasai.
Bagaimana? 
Sedap? Manis permulaan, masam di hujung?
Sudah lah, cinta tak seperti gula gula masam manis itu.

Jika kau sudah tahu,
cinta itu pahit, yang lagi mau dikemam kenapa?
Jika kau tahu sudah,
cinta itu manis, yang lagi dimau buang kenapa?

Thursday, January 12, 2012

Itu yang dinamakan kehidupan. Apa kau masih mampu teruskan?

Apa yang kita sangka, tak selalunya betul.
Apa yang kita rancang, tak semuanya menjadi.

Benar,
Tak bohong.

Inilah namanya realiti kehidupan.
Mencuba, mencari, menikmati sesaat dalam kehidupan.
Ruang hitam nyah ditolak ketepi, semata mata untuk merasai indahnya dunia.

Akan tetapi,
Apabila semuanya tidak menjadi,
Segalanya tidak berhasil
Atau dalam kata lain,
Punah. Musnah. Hancur. Dan berkecai?

Apa kau mampu untuk teruskan kehidupan?
Apa kau mampu berhadapan hari esok?
Atau mampukah kau hadapi segala kemungkinan.
Apa kau fikir segalanya akan ok?
Akan berlalu dek kenangan silam, kelam lagi gelap itu?
Bila kau teruskan hidup, lupakan segalanya.
Dan semuanya akan baik?

Hidup ini satu medan peperangan,
Sama ada kau terus berjuang,
atau kau mati di dalam medan petempuran.



#CurianGoogle

SEMOGA BERJAYA!

Saturday, December 31, 2011

Lima minit lagi, dunia akan hancur. *menekan butang tweet/share.

Lagi sehari nak tahun baru, tapi kau masih bersedih?
Tahun baru,
1HB January 2012?
Aku tak pasti, aku akan gembira pada tahun dunia hancur ke tidak.
Pfft.
Seriusly, kau percaya yang cerita tu betul? 2012?
Pfft.
Tiada siapa tahu bila kiamat, kita cuma tahu petanda petandanya saja ok.
Come onlah, jangan lah bersedih bagai dunia ni mahu berakhir esok.
LOL.


Agak agak, kalau dunia ni nak kiamat, ada lagi ke orang nak tweet? Nak update status kat FB? Update di blog?
Hahaha. Aku selut siapa yang sempat mengtweet semasa sangka kala dihembus.

Bukan apa, sejak dua menjak ni, dunia cyber ni dah macam jadi kehidupan realiti, segala benda nak dipos, semua benda nak ditweet. Nak berak pun kena tweet? Wth?? Memanglah benda tu hak kau, status aku, aku punya sukalah. Blog aku, sukati aku lah. Memang lah. Tapi macam lah semua orang nak tahu apa kau buat? Macam lah semua orang akan like dan komen "eeeeew, busuknya."

Satu je yang aku nak katakan --> PFFT!

Well,
Aku tak kata yang kau tu salah sebab update status macam macam, tweet mengarut-ngarut. Kalau betul tu hak kau lah kan, aku rasa kau tak akan nak kisah dengan tulisan kosong aku ni, ye dak?

Tapi ada je yang update mengarut ngarut, tapi orang like pun beratus2, keh keh keh
Untunglah kan, update merapu, beribu orang like.

Bukan nak kata aku jelous, well, hello. Siapa kau untuk aku cemburu, kau bukannya Maya Karin yang dapat berpelukan dengan Aaron Aziz kesayangan aku tu, ok. Itu aku cemburu. Menangis. T.T

Ini dark choco kegemaran aku.
Yummy.

Kehkehkeh.
Ok, berhenti segala yang mengarut ni. Aku nak tenangkan diri bersama chocolate kesayangan dengan melayan movie di youtube. Oh enak.

Tapi bila cakap fasal youtube, mesti ada yang terlintas, mengenai Vlog, ye dak? Haha
Aku memang teringin nak buat vlog, lagi lagi mengenai petua, entah kenapa aku banyak ikut petua tradisional sekarang, itu yang aku nak kongsi, tapi dalam bentuk vlog la. Tapi, masalahnya.
I hate my voice, can I?


p/s: Bersyukurlah dengan anugerah yang Allah beri, sekelip mata saja, Dia boleh tarik segala yang kita ada pada masa sekarang. Gunalah sebaik mungkin, sebelum terlambat.

Kata Hati: Peh! Peh! Peh! Choco ni sedap gila! Kau orang patut cuba! Kbai.

Tuesday, December 27, 2011

It's only just a DREAM

Sejak kebelakangan ini.

Jiwa aku tak tenteram.

Mood gila aku datang kembali.

Untuk yang kesekian kalinya.

Aku rasa nak berhenti menulis.

Ah.

Tuesday, December 20, 2011

Benda yang selalu terjadi bila nak start buat cerita baru.

Uh! Idea.

Dengan pantas menaip di Notepad,

Semakin lama semakin slow.

Dalam hati: Ahh, macam mana keadaan ni berlaku? Apa itu ____ .

Go make a research at Google.

Found the meaning.

Tenung Notepad yang separa jalan.

Still cant continue.

Make a research again.

Found something funny in few funniest blog.

Laughing Out Loud.

Get tired.

Shut down Laptop.

Once the laptop shut down.

Damn! My story!

Blank for a second.

Never mind, still can continue tomorrow.

Get to the bed.

zzzzz

Keesokkannya,

Open the same blog, without sentuh the Notepad.

p/s: No wonder lah novel aku tak siap siap! Keh keh keh +_+

What?
Kata Hati: Tolong jangan muak dengan picture Guinea Pig ini. Ianya tak bersalah. Tunggu aku beli seekor nanti, bertambah tambah picturenya di blog ni. Elok elok dah jadi blog writer, jadi blog binatang. Keh keh keh