Aku sedang menonton cerita Hannah Montana kat Disney Channel.
Khusyuk.
Tapi iklan buat aku hilang tumpuan pada televisyen. Aku alihkan pandangan pada mak kucing aku yang sarat mengandung.
Aku tenung dalam ke arah mata anak kucingku yang berperut besar. Bagai buat peach. Sesekali dia melelapkan matanya. Mata berwarna hijau itu bagai menjeling ke arah aku. Aku pun tak pasti kenapa kucing ni macam tak puas hati pula pandang ke arah aku, ke dia sakit nak bersalin. Jadi aku bangun dari sofa, pergi ke arahnya yang sedang terbaring di sofa panjang.
Kucing ni tak ada nama, sebab tu dia stay rumah ni lama, kalau aku bagi nama, kompon dia hilang, macam adik beradik dia yang lain, dulu. |
"Aku nak anak kau nanti kaler bulu dia putih, tak pun kelabu, aku dah bosan asyik dapat cucu oren je, lepas tu mata dia aku nak sebelah biru sebelah hijau macam mata kau. Boleh tak??"
Sunyi.
Kucing tu langsung tak bagi sebarang reaksi. Angin aku mula naik.
"Kau dengar tak ni! Aku nak anak kau nanti mata dia sebelah lain, sebelah lain! Bulu lebat macam kau!! Tanak kaler oren, ok!!" Jerit ku kuat. Telinga kucing tu ke belakang, pelik agaknya.
Abang aku yang baru masuk rumah yang entah sejak bila berdiri di belakangku. Kemudian dia pula jerit ke arah aku.
"Kau minta macam-macam lah kat kucing tu, nanti lelaki kau minta macam-macam kat kau baru tau, dia minta anak kembar, comel, tembam. Baru kau rasa apa tu kucing tu rasa."
Aku terdiam. Ruang tamu jadi sunyi.
Aku pandang ke arah abangku dengan pandangan menjengkelkan.
Tanpa sepatah kata, aku duduk di sofa pendek, menonton Hannah Montana yang telah bermula.
No comments:
Post a Comment