Daripada Aisyah r.a.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
“Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada
malam yang
ganjil dari
sepuluh
malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)
Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.
Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.
Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).
Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.
Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)
(Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)
(klik untuk besarkan)
*Senyum*
Semoga segala dosa terdahulu akan diampunkan, dan semoga kita tidak tergolong dalam orang orang yang rugi, malah sentiasa di bawah rahmat, Ya Tuhan yang satu. Hanya lah Dia, tiada tuhan melainkan Allah SWT.
~ Melati ~
No comments:
Post a Comment