Sebuah hadis Nabi s.a.w yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Bahawa
malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada
yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
15 minit sebelum berbuka, 13hb Aug.
"Mak, tadi malaikat maut ada bersama kita. Ditatap wajah dia yang sayu itu, lalu dicabutkan nyawanya dengan sepantas kilat, tanpa sempat kita mengetahuinya."
"Sudah ajal dia, nak buat macam mana," kata mak tanpa perdulikkan aku.
"Tapi mak, kalau saya ada bersama kucing itu, pasti saya juga yang dibawa bersama. Pasti saya juga dilanggar kereta itu."
"Mak. Malaikat maut selalu menatap wajah kita mak, saya takut mak, saya takut."
"Benar, semua yang hidup pasti mati, bukan saya takut pada kematian hingga tidak mahukannya. Saya cuma takut akan azab Allah, mak. Saya tak cukup bekalan."
"Tak tertanggung rasanya diri untuk menerima azabnya, mak. Tak terkata peritnya bila ruh kita dicampak ke neraka mak."
"Mak. Saya nak ke syurga Allah, mak. Saya mahu bermain di taman Allah, meminum air yang mengalir di sungai Allah. Saya mahu menjadi ketua pada bidadari suami saya mak. Dan saya mahu bersuamikan, dijodohkan, dikahwinkan oleh salah seorang ahli syurga, mak."
"Saya dah tak kisah jika tak temui jodoh didunia, mak. Sebab di atas sana lah yang kekal. Yang akan bersama buat selamanya."
"Saya mahu pulang ke kampung asal saya, mak. Kampung asal kita. Kampung asal bagi semua ruh sebelum kita ditiupkan di badan manusia diperbuat dari tanah ini, mak."
"Tapi, mak. Mampukah saya ke syurga-Nya dengan diri yang busuk dek dosa? Mampukah??"
Tapi mak cuma diam melakukan kerjanya, kerna aku cuma persoalkan dalam hati.
~ Melati ~
1 comment:
I look forward to reading more of your articles and posts in the future, so I've bookmarked your blog. When I see good quality content, I like to share it with others. So I've created a backlink to your site. Thank you!…
Post a Comment