Thursday, December 27, 2012

MencintaiMu, Ya Rabb-ku 1

Tanya mak, "Ir apa khabar sekarang? Anak dato' Naz tahu kamu masuk hospital?" Diam. Selagi kita tak telefon, selagi kita tak bagi tahu, memang-- jangan harap lah dia nak mesej atau call kita dulu. Aku seakan menjawap persoalan mak dengan muka penuh kekecewaan, tanpa suara.

"Tak apa lah mak, jodoh tu urusan Allah, Dia yang kawal hati kita untuk sayang pada siapa, suka pada siapa, Dia yang menutup pintu hati kita, menutup pintu hati dia.. Siapa lah kita nak halang, bila terang terang, Tuhan dah bagi amaran dia bukan untuk kita, mak." Bebel aku dalam hati. Kerna aku tahu yang akan di balas oleh mak--

"Kalau sudah tahu kita ini cuma hamba, kenapa kamu tak minta saja pada Dia? Kenapa kamu tak berdoa lebih agar Dia bukakan pintu hati tunangmu, agar selalu hanya ada kamu?" Mak yang penuh dengan sikap kelembutannya akan membuatkan si pendengar cair bila mendengar nasihat beliau, tapi aku sebagai anak. Ayat itu sudah biasa. Selalu. Hingga aku bosan mendengar. Bukan aku tak mahu mendengar nasihatnya. Tapi.... Mungkin aku sudah penat dengan dugaan yang ada ni. Jadi aku pasrah, biar lah apa pun nak jadi.

"Kita ni, Ad.. Tak boleh terlalu mengharap pada manusia untuk terus begitu. Manusia tetap berubah. Hari ini lain, esok lain. Kita cuma boleh berharap pada Pencipta kita. Siapa lagi yang kita boleh harapkan? Kalau Ad terus macam ni, sengaja sakitkan diri sebab mahukan simpati, mak tak yakin hubungan Ad dengan Ir boleh berkekalan. Biarlah semuanya berlandaskan Allah, nak." dalam diam mak mula bersuara. Dia sudah faham benar dengan sikap aku ni.

"Atau mungkin Tuhan tu yang dah tutup pintu hati Ad untuk dia, mak..."

"Tapi sebab kenangan, buat Ad terikat?"

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...