Sunday, March 6, 2016

Penaklukan (2014)

"Sedia."

Busur diangkat. Talinya ditarik hingga ke bibir. Tumpuan diberi sepenuhnya. Dalam bilangan 10 jasad sebaris sama mengadap sasaran mereka. Lelaki dewasa yang memberi arahan; angkuh. Menunggu anak anak didiknya bersedia untuk melepaskan anak panah tepat ke sasaran. "Lepas"
Bunyi panah yang laju berdesum, seperti yang dijangka. Hanya satu; tersasar. Tangisan mangsa dihadapannya semakin kuat, yang lain disenyapkan dengan panah yang tepat di dahi dan dada masing masing. Darah mengalir di bahu tak henti henti.
Si pemanah kecil itu mula cuak, dia menelan air liur.
"Freud!! Jumpa di Gha," Jerit si pengajar bengis. Gha adalah kawasan latihan bagi pemanah pemanah cilik.
Satu set busur besi dan beberapa anak panah di susun rapi, dan beberapa budak perempuan dan lelaki yang sebagai sasarannya berdiri, diikat kaki dan tangan, dalam jarak yang berbeza menangis teresak ketakutan, ada yang merayu dilepaskan, menyumpah nyumpah puak mereka.
Freud tergamam melihat mangsanya; 10 budak!
Si pengajar bengis telah lama menanti di tempat busur.
"Kau antara yang terhandal," katanya sinis "Bagaimana?"
Freud terdiam.
"Freud Colvin Werzack"
"Saya."
"Aku tahu kau sengaja tersasar."
Dahi Freud berkedut. Bukan susah baginya dengan jarak 100 meter itu, senang. Tapi, harus ke gunakan kanak kanak seusianya.
"Puak Jhidert pasti kagum, jika pewarisnya sendiri menjadi pemanah utama untuk upacara itu."
Dia akui, sebagai anak ketua Puak Jhidert semestinya menjadi harapan untuk dia lakukan tugasan itu bagi meneruskan kepercayaan tok kaduk mereka.
"Jadi..." Si pengajar menghulurkan busurnya. "Jangan hampakan ayahmu"
Lama dia mendiamkan diri. Untuk meneruskan kepercayaan itu, baginya hanya mitos dan mendatangkan masalah bagi puaknya sendiri. Langsung tak mendatangkan manfaat.
"Cepat anak muda!!!" Jeritnya, sabarnya sudah lama dibunuh.
"Tidak!"
Sunyi. Si pengajar tergamam. Anak anak mangsa juga turut sama. Tangisan tak lagi menjadi rutin; hanya jeritan merayu dilepaskan.
Si pengajar semakin berang. "Kau pasti menyesal! Lakukan tugasmu!"
"Tidakk!" Tegasnya. "Kita tak patut teruskan kepercayaan itu lagi!"
Bulat mata si pengajar; terkedu.
"Aku pewaris Puak Jhidert, kau patut patuh dan ikut dengan arahan aku!" Freud cuba pertahankan hak sebenarnya.
Si pengajar sudah tak tahan. "Tuan Colvin Werzack harus tahu perkara ini!" Dicampaknya busur dan bergegas mendapatkan raja mereka

***.

"Kenapa??!!" Tengking ayahandanya.
"Kerana kepercayaan itu tak masuk akal!"
"Sudah berkurun lamanya, kita aman disebabkan upacara itu anakku!"
"Tidak! Kita aman sebab banyak puak telah kita hapuskan pewaris mereka!" Terangnya dalam takut. "Di kepulauan ini, cuma tinggal puak kita dan puak Krekal, ayah. Upacara itu hanya menghapuskan puak puak yang ada disini--" katanya lembut.
"Tak! Upacara itu harus dijalankan jua!"
"Tidak, ayah!"
"Demi Puak Jhidert! Fikirkan apa jadi jika kita tidak lakukan upacara itu!!
Freud diam. "Tak---" Dia mengeleng. "Kepercayaan ini harus dihapuskan. Ianya cuma mitos yang gilakan kuasa!"
Freud keluar dari markas bapanya.
Menurut kepercayaan tok kaduk Puak Jhidert, pada purnama ke 5 dalam setahun. Upacara yang digelar Upacara Java harus dilakukan, ianya membawa arti penaklukan. Kepercayaan yang bagi Freud tamakkan kuasa! Pada upacara itu, mereka harus membunuh anak anak dari puak puak yang terdapat di dalam kepulauan itu. Jika tidak, bala besar akan menimpa puak mereka. Dikatakan, sudah beribu tahun, mereka melakukan upacara ini, hingga terhapus puak puak upacara tersebut. Dan kini, hanya tinggal Puak Jhidert dan Puak Krekal.
Kepulauan Trata yang penguninya bertelinga tajam berjasad manusia sempurna, dan rupawan hanya akan menghasilkan anak pada purnama ke 5, ketumbuhbesarannya pantas, dan jangka hayat mereka juga singkat. Hanya dalam setahun tubuh mereka membesar seperti orang dewasa. Kerna itu upacara tersebut ditetapkan setiap purnama ke 5 setahun, kerna selepas purnama ke 5, yang kanak kanak menjadi dewasa, yang dewasa menjadi tua yang lemah.
Freud tak puas hati. Ianya harus dihentikan.
Harinya sudah tiba.
Sejam sebelum upacara tersebut. Orang ramai berkumpul di hadapan pentas; berasak asak. Bersorak demi upacara itu. Freud berdiri diatas pentas, satu set busur dan anak anak panah disatukan di dalam begnya.
"Puak Jhidert pasti berbangga" Ayahanda Freud memberi ucapan. Orang awam bersorak. "Pewaris Puak Jhidert; Freud Colvin Werzack! Akan menjadi ketua bagi melakukan upacara ini!"
Freud mula rimas, orang ramai seakan dirasuk, sorakkannya.
"Tidak--" Suara suara terkejut kaum hawa menambahkan gimik.
"Kepercayaan ini harus dihapuskan!"
Orang ramai berbisik bisik.
"Apa kau buat ni, Freud!" Bisik ayahandanya sambil menutup mic pembesar suara.
"Dengar sini. Selepas tamatnya, purnama ke 5, aku akan mengambil alih atas kematangan aku! Maka, aku isytiharkan, tiada lagi Upacara Java! Kita akan bersatu dengan Puak Krekal!! Bergabung tenaa---"
Anak panah tepat dikenakan di mulutnya. Rebah.
Anak anak panah yang entah dari mana, melulu mengena mangsa kecilnya. Berterabur Puak Jhidert menyelamatkan pewaris masing masing, seraya jeritan mereka, "Ini adalah bala!" "Selamatkan pewaris pewaris yang lain!!". Kurang dari 30 minit. Semua kanak kanak dari Puak Jhidert dinyahkan. Semua tergamam dan histeria.
Keluar seorang budak perempuan, berpakaian kemas dari Puak Krekal. Pakaiannya dari kulit yang menampakkan keagungannya. Busur besi berkilat yang canggih dari puaknya diletakkan di belakang, "Ini adalah penaklukan" katanya sinis.
Tak sempat kaum kaum gagah perkasa Puak Jhidert ingin membunuh kanak kanak itu, Purnama ke 5 hilang di langit. Budak pemanah menjadi dewasa, Puak Jhidert menjadi tua kereput, tak berdaya. Dengan senang, si gadis tersebut melupuskan mereka semua.

Maka, tiada lagi Puak Jhidert di Kepulauan Trata. Puak Krekal hidup aman dan damai selamanya.

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...