Sunday, March 23, 2014

Warkah Melati: Manusia yang gagal itu loser selamanya.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
 Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.


Assalammualaikum, bertemu kita lagi di surat, helaian kedua.

Hari ini aku mahu menulis mengenai kegagalan, kesilapan dan kesalahfahaman.

Salah seorang sahabat pernah berkata, "Selalunya first time la kita akan buat silap, tak semua fist time tu success."

Jadi, benarlah katanya, sebab semuanya yang aku lakukan untuk kali pertama, semuanya tak menjadi, cake aku hangus, jahitan baju kurung aku tak betul. Malah, masa kali pertama aku berjalan pun, aku pasti tak akan sepantas aku berlari sekarang. Begitu juga dengan kanak kanak lain, semua orang la.

Malah, buat kali pertama aku menulis cerpen pun tak menjadi, dah la penulisan tunggang langgang, siap dikertawakan lagi oleh sahabat. Kau faham sajalah bila kita menjadi kawan terapat, kita typo pun kena bahan gila punya kaw kaw macam buat kesalahan terbesar. Itu bezanya kawan rapat dan kawan biasa.

Biasalah bila aku sudah gagal begitu, aku terus berhenti, tak menulis lagi, tapi entah kenapa passion aku kemain kuatnya, aku sambung menulis balik. Kemudian berhenti lagi, macam lalang. Tapi aku nekad. Dengan adalah surat ini, akan ku coretkan semua yang berlaku. Agar bisa dijadikan pendoman dan tauladan pada umat yang akan datang.


SKIRP: Biar hanya sekali dari tiada langsung

FADE IN
INT. DALAM BILIK KECIL – MALAM
Gelap. Seperti pesalah yang mahu disoal siasat, cuma ada lampu mentol yang tergantung terangkan bilik yang gelap. Negatif duduk di kerusi, rusing, gelisah dan menangis. Sementara yang berdiri di depan dia, berwajah yang sama, tapi bengis, bengang. Meletakkan kedua tangan ke di kedua bucu meja bersegi empat tepat.

POSITIF
(serius)
Aku cuma nak bagitahu yang engkau sudah 24 tahun, tapi engkau langsung tak matang. (mengeling)

NEGATIF
Putus cinta kali ini betul betul buat aku serik nak kenal lelaki lain.. Bukan serik apa, serik langgar prinsip sendiri; yang kau tak akan jatuh cinta dengan anak ikan (budak bawah umur) ..

POSITIF
(senyum sinis, memotong)
Tapi kau masih lagi harapkan dia walaupun dah dekat dua bulan dah dia tinggalkan kau.. Entah apa yang ada pada anak ikan tu tah yang buat kau terhegeh hegeh pada dia.. Aku pun tak faham.. 

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...