Friday, August 3, 2012

WARKAH MELATI: Apa bakti kau pada keluarga? (Monologue)


Berdasarkan hadis Rasul saw yang mengatakan, 
“Anak adalah raja selama tujuh tahun pertama 
dan hamba pada tujuh tahun kedua 
serta teman musyawarah pada tujuh tahun ketiga.” [12]


Aku bukan lah seorang yang sempurna untuk menafikan ketidakperihatinan diri pada keluarga. Bukanlah pada keluarga sendiri, tetapi keluarga yang membesarkan. Aku percaya penulisan ini akan membuatkan manusia berkata kata, paling tidak mengata aku sekalipun, mereka pasti akan mempersoalkan, (setidak tidaknya) "Kenapa kau tulis begini?" "Nak meludah ke langit lagi?". Senyum. Sebelum kau datang dan mempersoalkan. Maka, aku beri kau satu ayat ini, daripada William Trevor; "People like me write because otherwise we are pretty inarticulate." Moga kau faham.

Sebagai seorang yang pemikiran negetif seperti aku, pastilah terlebih dahulu memikirkan yang buruknya, dan kemudian barulah yang baiknya. Aku tahu, aku perlu berubah. Tapi manusia memerlukan masa untuk berubah sepenunhnya. 


Baru saja tadi, hati agak tersentap dengan bicara abah pada aku. Abah sakit belakang sebab berkerja keterlaluan, sebab ada big order dari surau yang mahukan Roti Murtabak abah untuk jamuan berbuka puasa. Salah aku juga sebab tak berfikir sebelum membukakan mulut, melembutkan lidah, dan terus mengeluarkan butir bahasa yang membuat hati aku sendiri rasa terjentik. Tapi dek kesian melihat keadaan dia, aku berkata. "Pencen jelah, bah," "Mana nak dapat duit kalau tak kerja." Jawap dia bernada keras. Untuk pengetahuan kalian, suara abah memang agak kasar bila berbicara, seperti marah, tapi tidak. Cuma nada intonasinya bagai memarahi. 

Aku terus terdiam. 

Aku ambil barang yang perlu diambil dekat rumah, kemudian bergegas keluar ke kedai. Tinggalkan abah yang kesakitan diruangtamu. Dan dari itu, membuat aku terfikir, membuat aku tertanya tanya. Apa bakti aku pada keluarga? Apa jasa aku pada keluarga? Dengan umur yang semakin meningkat dewasa ini. Aku tak lakukan apa apa. Tak ada.

Bukan aku tak mahu berkerja, bukan aku tak punya kelulusan, bukan juga aku memilih. Tapi aku sudah tak ada minat dengan kerjaya yang boleh digunakan bakti segulung kertas diiktiraf ni. Aku tahu, aku perlu berkorban bagi membantu keluarga, aku perlu berkorban seakan anak tunggal dalam rumah ni. "Kau kan perempuan," kata mak bila aku pertikaikan tentang kesenangan hidup abang aku yang tidak berkerja selama 7 tahun ni. "Kau kena lebih berkerja, dia tu lelaki, tak apa."

Terasa macam dia ditatang minyak yang penuh, terasa macam kasih itu bagai dibahagi bahagikan. Pernah aku terlepas kata bila mak terlalu lebihkan dia. "Pilih kasih," bernadakan protes. Dan kemudian aku dimarahi, diceramah perkara yang sama. "Dia tu lelaki.."

Aku tak salahkan mak dalam kes memanjakan abang sangat, sebab dari kecik aku dimanja lebih oleh abah, dan hubungan abah dan abang pagai bertembok. Aku rasa dalam pembahagian sebegini agak adil. Jadi aku tak kisah. Tapi, bila aku tengok keluarga orang lain, hubungan ayah dan anak lelaki begitu rapat. Sejujurnya, aku cemburu. 

Kadang kadang terasa bodoh bila terfikir, "Kenapa keluarga aku tak boleh jadi macam keluarga orang lain." "Kenapa abang aku tak boleh jadi macam abang orang lain." "Kenapa aku kena minta duit pada mak lagi sedangkan aku ada abang berusia 24tahun." "Kenapa." dan "Kenapa."

"Sebab kita tak boleh jadi orang lain, jalani kehidupan orang lain." Senyum. Ya, aku tahu itu.

Bukan aku pertikaikan semua terjadi, cuma amarah aku akan reda kalau dia juga membantu keluarga. Aku tak sepatutnya meminta duit pada mak lagi, dan dia sebagai abang yang kononnya nak jaga aku, sepatutnya lakukan apa yang patut. 

Dan ya, aku sudah 21 tahun, aku boleh cari duit sendiri, tapi aku sendiri tidak berkerja. Bukannya merunggut pasal abang. My bad. My fault. Tapi, pernah tak terfikir, bagaimana kalau Allah itu mahu menguji kita lebih kuat dengan menarik mereka terlebih dahulu? Dengan tiada pengalaman berkerja, nak hidup apa sebatang kara begitu? Kita nak hidup macam mana kalau mereka sudah pulang ke 'kampung asal'? Kita hidup tak lama sebenarnya. Usia kita bukannya seperti umat terdahulu, 200 tahun, 100 tahun masih boleh hidup lagi. Hidup cuma sementara.

Senyum.

Dahulu, disebabkan bengang yang amat, aku cakap pada mak, "Mak sepatutnya lahirkan Lati dulu." "Kau ingat aku boleh kawal semua tu, semua tu dah ditentukan.. bla.. bla.. bla." Bebel mak bernada keras, bervolume tinggi. Aku tahu, aku tak sepatutnya lukakan hati mak macam tu. 

Tapi, kalau aku kakak, aku boleh menegur. Tapi aku adik, aku bongsu. Aku tak ada hak bersuara dalam rumah ni, apa lagi menegur. Iya lah, sedangkan amarah abah dan mak, dia boleh tepis senang. Inikan aku yang perempuan dan muda tiga tahu dari dia. Aku tak ada hak untuk semua dalam rumah ini selain berkerja, menolong dan menjadi kuli. Sedangkan membahasakan diri 'aku' 'kau' pun aku akan ditengking. Tak reti hormat katanya.

Jadi, aku ambil jalan ini. Menulis secebis rasa dalam kertas usang ini, dan mendiamkan diri. Agar pada sesiapa yang menjumpainya nanti, akan lebih menghargai hidup dan berusaha keras demi kesenangan keluarga.

Moga Allah membuka pintu kamu, moga Allah membuka pintu hati aku. Semoga Allah memberi kamu taufiq dan hidayah, dan semoga aku juga diberi taufiq dan hidayah. Dan moga moga kita sekeluarga, dilimpahi rahmat dan petunjukkan-Nya, dan sentiasa dibawah lindungan-Nya. Begitu juga dengan umat umat Muhammad. Amin.

Father  And  Mother  I   Love  You 

Kata hati: Terlanjur bicara, terlajak kata. Jika terasa, harap dimaafkan. Moga coretan ini dijadikan pendoman. Usah meludah ke langit dalam kadar yang maksima.

~ Melati

No comments:

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...