Suyati (V.O)
Cerita yang saya nak ceritakan ini, berlaku pada tahun 2004, sewaktu saya tinggal bersama keluarga rakan saya. Diikutkan cerita, ayah kepada rakan saya ini, ada membela. Tapi saya tak pasti sama ada saka atau apa… Pada mulanya…..
FADE IN
EXT. LUAR RUMAH FLAT – PETANG
Suyati dan Ryna mengangkat beg pakaian untuk dibawa masuk ke rumah.
Suyati
(malu)
Tak apa ke aku tumpang rumah kau ni? Apa pula kata keluarga kau nanti.
Ryna
Jangan risau lah, aku dah bagitahu keluarga aku, dan mereka tak kisah berapa lama pun kau nak stay.
Suyati rasa sangat segan dan Ryna mengangkat beg naik berjalan di tangga.
Ryna
Harap kau tak kisah la, sebab rumah aku dekat atas sekali…
(tersenyum)
Suyati membuat mimik muka penat. Sebaik sahaja tiba dirumah.
Suyati
Boleh tahan juga tangga rumah kau ni.
(tercunggap2)
Ryna
(Tersenyum)
Jemput lah masuk…
Ryna dan Suyati memasuk rumah..
Suyati
Mana family kau?
(membawa beg masuk dalam bilik)
Ryna
Kerja, adik aku sekolah, so, aku saja lah yang tinggal.. Kalau ada nampak atau dengar apa-apa, kau buat tak tahu aja tau, jangan tegur!
Suyati membuat muka takut.
Pencerita
Seram sejuk juga bila Ryna cakap macam tu, bila ditanya dia Cuma tersenyum, lagi la buat tengkuk akku meremang… Malam pertama, dan kedua memang tiada yang aneh. Semuanya seperti biasa. Tapii…. (bgmusic seram) bila malam ketiga…
EXT. DALAM BILIK. MALAM
Ryna
Su… su .. bangunn .. kami nak keluar kejap ni, kau nak follow tak?
Suyati
(sakit)
Taka pa la.. Aku sakit kepala la, demam..
Ryna
Baiklah, kau tidurlah, berehat ok.. Kami nak keluar kejap…
Suyati
Ok…
30 minit kemudian…
Suyati rasa nak buang air, dia pun keluarlahh…. Tersentak bila dia buka pintu bilik ruangtamu gelap gelita. Suyati pun meraba mencari plag lampu, sebaik sahaja lampu terbuka.. Dia terkejut melihat Ryna termenung ditingkap..
Suyati
Ya allah!! Ryna! Terkejut aku! Apa yang kau buat dalam gelap-gelap ni!(pergi kearah ryna)
Kata kau keluar.. Terperanjat aku tau .. Lain kali kejutkanlah aku kalau kau tak jadi ikut family kau .. Apa laa..
Suyati terdiam, bila tengok Ryna tak ada tindak balas.
Suyati
(muka cuak)
Ryna?? Kau ok tak ni?? Ap yang kau pandang tengah2 malam ni???
Suyati melihat tingkap yang ditenung Ryna
Suyati
Tak ada pape pun… Em ..aku nk buang air dulu..
Suyati pun pergi ke bilik air.. Ryna memandang Suyati dengan biji matanya dan wajah yang sangat menakutkan. Dan terus ghaib. Bila suyati keluar .. Dia pelik sebab Ryna dah tak ada dekat situ..
Suyati
Ryna?? Mana kau? Jangan la main2 dengan aku …
Mencari semua ruang rumah dan bilik, tiba2, dia terkejut bila bunyi pntu hendak di buka .. Merenung pintu tu dengan sebarang kemungkinan.
Zoom in, pemegang pintu dibuka.
Suyati memegang dadanya yang mengucap, bila tengok Ryna dan sekeluarganya di hadapan pintu..
Ryna
Su?? Kenapa kau terjegat kat situ??
Suyati terpaku dgn wajah yang takut…
Pencerita
Saya masih tertanya2, macam mana Ryna boleh keluar sedangkan ryna memang berada di depan mata saya.
Siapa yang saya tegur tadi??
4 comments:
Salam... Maaf sekadar nak berkongsi... Banyak tak betulnya ni... Ini bukan skrip... Study lagi dan perbaiki... :) Selamat berjaya...
apa2 pun... tahniah kerana berani mencuba... :)
Thanks :)
Saya akan cuba baiki lagi next skrip sampai jadi macam betul betul skrip
:D
Ok lah. Tak banyak salah pun.. Nice One! :D
Post a Comment