Monday, November 7, 2011

Take Me Out Malaysia!

This coming Friday 11.11.11, at 8.30pm on NTV7

Harharhar
Just watching at 7th and 8th eps! hahaha
Just kidding, Saksikan Take Me Out ok!
Aku masuk, tapi just untuk eps 7 dengan 8 je..
Huhuhu

Masa 1st day datang, dah dapat date, ni semua doa kawan kawan aku la ni, thanks so much!!
Hehehe
Semalam , persamaan 6/11/2011.
Aku pergi ke KRU studio untuk shooting rancangan realiti Take Me Out, aku dah sampai awal Sri Pentas, pukul 6.
Pukul 5 dah gerak, pagi pagi bangun, dah lah tak cukup tidur, tidur sejam saja, hahaha
Bila dah sampai di Sri Pentas, aku naik bas, and my impression, Wow.. All are pretty and hot ladies!
And i'm not, ada ke lelaki nak date ni.. :(
Huhuhu

So, bila dah sampai, naik atas, kenal la dengan few girl yang pretty, kenal kenal, lepas tu dah sampai, naik atas masuk bilik,letak barang, then turun bawah untuk makan. Lepas tu salin baju and buat rambut and make up. Gila! Hahahaha
Pukul 12pm after lunch ada briefing, dia terangkan apa yang akan jadi, dan mesti buat macam mana , hahaha
Dah setel semua, berdiri kat tempat tu, aku lupa nama dia apa, huhu
Ada nama aku ok! Lily. Tapi aku tak berapa suka ejaan dia, kalau just LILI kan ok... haha

Hehehe~


Aku tak banyak tangkap pic, sebab aku tak bawa cam dan aku segan, haha
Segan segan lagi, kan dah rugi, padan muka, wakaka

Di sini, aku letakkan few la, transform of mine,wakaka

UPDATE 23515 : maaf .. tolong delete gambar aku yang terdedah aurat.. I made mistake. forgive me.. tq

Pandangan aku bila atas stage, entah kenapa aku tak 
gementar berdiri atas ni dengan ramai audience dan
5 kamera! Aku just ..
SUKA~ :)

Muka ke-poyo-an untuk 7st esp. :D
Aku memang gemuk pun, SO?

Yang lagi satu ni untu episod kelapan,hahaha!




Btw, before a guys come out, the production girl will inform to us that the guys is malay, indian, chiness and so what ever, then the question will be about 'blaa..blaa..blaa'
Btw, I'm just looking for a malay guys, so, agak dispointed la bila chiness and indian came out, but the malay came out, in 7th eps. I turn off because he look like child, kecik sangat. hahaha
Tapi ada mamat chiness ni encem gila! Aku tak turn off tapi bila dah part ke 3, aku kena turn off juga sebab the production guys said, dia suruh angkat tangan dan berjanji, supaya kalau malay, take malay, kalau cina take cina. So, without any mistake in the talent, I turn off.

The 8th eps. 4th guys, I dont press the button at all, tau tau dah terpilih, hahaha Lantak!
Tapi nak tau pasal apa?
1st impression, Woow, ok, tinggi, love it, but too thinny, haha but its ok la, I just look what he got first.
Bak kata orang, jangan pandang orang dari segi luaran kan, haha
Bila tgk video dia.. Rupanya dia pun same with me, a writer. Maybe not just a indie writer maybe, sebab dia cakap dia kena cuti esok, than bila aku tanya kerja apa, dia cakap writer. Cool. A writer with income. Hahaha!
Aku pun tak tekan lah, but May Ling, my friend yang berdiri sebelah aku dekat stage, tanya aku. 'Why you didnt turn off?' , then aku just cakap. 'Its ok, I like it, I like him'. Lepas tu, si Julie, pengacara, tanya aku pula, kenapa turn on, then aku cakap la aku suka creative people, and same like me, im a writer too. Tapi yang aku benci, AKU LUPA PROMOT PAGE AKU DAN NOVEL AKU MACAM BIASA!! DAMN!! ARGH!
The, bila part ke tiga. Its talent, kau tau, aku dengan May Ling sempat mengata, haha
Aku: I wish he will not do something jerk..
May Ling: Maybe he playing gasing.
Aku: Nayy.. Syaz said he will ask about animal, its might be an animal
May: A snake
Aku: Cant be.(dengan berkerut)
May: Yeah la..

Dan, pop... Ambik kau, tercengang aku! Dah la masa aku tulis dekat borang benda yang aku benci tu ular, Hahaha! Ok! Pengakuan! Aku tak benci ular, dan time itu aku tengah tak tahu benda apa yang aku tak suka, sebab aku tak rasa aku tengah benci kan sesuatu or seseorang. So aku just main write je apa yang keluar, time tu keluar pula ular, just buat je la. Maaf guys! Haha
Then, memang dia bawa ular, my 1st imperssion. OMG! Tak akan lah! Sambil berdiri sebelah May Ling. Closer. Hahaha!
Then, Aku cuba tenangkan diri, hahaha Lepas tu, aku tengok dia takutkan the ladies, aku jadi suka, rasa macam dia ni unik, lain dari yang lain, yela. Bukan ular saja, labah-labah dia bela juga. Unik. And I love it. :)
Lepas tu, sesi mengutuk pun terjadi lagi.
May: Dia mesti pilih you punya lah.
Aku: Tak akan la, tengok la, 4 light still on, maybe he will choice Ati, but its ok la, let him turn off mine.
May: No la, dia akan turn off yang cina dan pilih you.
Aku: Then tinggal i dengan Ati?

Then Naz(pengacara, HE'S SO CUTE IN FACE TO FACE OK!!!) pun bersuara.. tanya turn on or turn off. Aku tak tekan, aku tak rasa nak tekan, aku dapat rasa yang reaksi May Ling ternganga pandang aku. Hahaha! Memang gila ok! Gila sangat sangat!! Argghh!!! Aku jadi malu, lepas tu macam tersedar dari mimpi dan berkata, What had i done! OMG4!! Hahaha
Lepas tu, ada pula sesi temu ramah jadah, dah la aku tak reti nak puji puji orang lagi lagi bila orang tu akan tau dan 1 dunia yang tonton akan tau, memang sangat gelabah ok! Dah la baju aku sendat! Terjojol segala bonggol! Aku salahkan stylish! Dan kau orang pun sila salahkan stylish! Dia yang suruh! Haha

Dan kau tau mana aku akan pergi for a date? Buat CAKE! argh! Mula mula aku cakap la aku tak suka masak, then dia kata ini masa untuk belajar masak, tapi the cameraman said kena buat macam xsaited sikit, bila dia tanya, 'betul ke awak tak suka masak.' Dengan cepat cepat aku cakap. "Siapa kata, i la masak.' Hahahahahahahaha
Keluar je dari set shoot tu, aku gelak gila gila and said tu him .. 'What a big lie!!' HAHAHAHA!

Lepas tu, dah habis semua, aku tertinggal bas, aku balik dengan Mike(crew Prime apa tah, orang TV la), sementara tunggu dia, aku dengan mamat tu, lepak la dekat depan KRU Studio tu, lepas tu aku saja la nak borak dengan dia, yang dia benci rambut aku kena spray, yela, nak kekalkan curl aku tu. Aku suka rambut macam tu! Haha! Lepas tu, dia cakap, ini pun gua tak bagi dia sentuh rambut gua.
And my impression, Wow.. Cool. Depan cam saya, awak. Tak ada cam, Gua Lu. Hebat! Aku suka. Hahaha
Serius lah, kan aku dah cakap aku suka dengan lelaki yang tak suka aku dan cakap aku kau or gua lu. Sebab aku jadi selesa. Hahaha

The content has been removed 

The content has been removed 

Saturday, November 5, 2011

M.E.N.G.E.L.A.B.A.H ~

Ayat ini lah yang kawan aku selalu sebut bila aku mula perasan, berlagak dan juga tengah ter'jatuh' .. :)
Ya, aku memang mengelabah, tak dinafikan, tapi nak buat macam mana, dah memang jenis aku macam tu, dalam kata baiknya, over-nervous, haha ok, aku tahu itu pun mengelabah.. haha

Next topic,
Hahahaha!
Mungkin bila baca ni ada yang beranggapan macam macam terhadap aku,
so, aku dah tak kisah, aku nak jadi hati bata dah, well.. Apa yang aku nak coret kali ini,
Just apa yang aku rasa, pendapat aku sahaja.. Kalau tak suka sila cuba benda ni, tekan "Ctrl+W" sekarang.
Terima kasih, kejap, jangan tekan dulu, nanti kau orang tak tahu yang aku nak cakap thanks.
Baik, Terima Kasih~ :) (Sila tekan sekarang)

Ok, FYI,
Aku penulis independent bergenre basic, which is, romantic, horror or combination. Dan aku bergerak berseorangan, aku tiada pengkritik tetap, aku tak ada reviewer, aku tak ada rakan seperjuangan, dan bila jumpa mereka mereka ini, penulis penulis lain, membuatkan aku terfikir yang kami berbeza, tapi sama. Pada mulanya, aku terjumpa satu page ini, Kontrol Histeria(KH) yang mengambungkan karya karya anak seni seperti aku, cuma penulisan mereka lebih kepada fiksi, dan bacaannya cuma untuk 18 tahun ke atas, dan pada pandangan pertama aku bertemu KH, bagi aku sesuatu yang bagus, dan hati aku melonjak keriangan yang akhirnya aku jumpa juga rakan sepejuangan dengan aku, tapi disebabkan aku ni tak ada bakat dalam seksa orang yang betul betul punya seksa, aku tak layak join KH, bak kata bos KH sendiri, sebab aku tak cukup kejam sebab tu tak layak, ok, aku terima. Kemudian aku bertemu dengan ZineSatuMalam (ZSM), yang ini pengaruh mereka lagi besar sebab mereka bergabung dengan mana-mana penulis yang ada pada satu malam mereka ada kan untuk membuat zine. Bagi yang tak tahu, Zine adalah singkatan daripada Magazine, dimana penulis akan mencipta karya sendiri atau gabungan rakan-rakan, kemudian diprint dan seterusnya disebarkan untuk dijual. Dengan hanya mengunakan kos yang rendah. Itu yang dinamakan Zine. Berbeza dengan zine lain, ZSM bukan untuk dijual, tapi hanya untuk suka suka, dan boleh diupload dan dibaca. Ok, penemuan aku denagn ZSM, bagi aku satu peluang untuk aku tingkatkan penulisan aku, bak kata bos ZSM sendiri (yang aku kagum dengan beliau sebab dapat buat zine ni dengan successnya), yang penulisan aku mendatar, dan kena improve lebih supaya jalan cerita menarik. Ok.. Aku terima. Selain daripada mereka, ada juga zine-zine, blog-blog writer yang lain dan bagi aku mereka ni macam adik beradik sebab mereka saling menyokong antara satu sama lain, yang dalam masa yang sama membuatkan aku cemburu.

Ok, Aku tak kisah orang nak kata yang aku ni over nak naikkan nama Linda Zizan, sibuk nak ada page sendiri, bajet artis ada page sendiri dan tulisan aku ni tak layak pun untuk dibaca.
Aku post benda ni sebab aku just nak lepas apa yang aku rasa, dalam masa yang sama aku nak bagitahu writer writer lain yang ...

Bro/Sis.. Kita sekarang ni berdiri dalam satu landasan yang sama, yang kita ni berjalan ke satu arah yang sama cuba berbeza platform. Mungkin platform kau lain dari yang lain, dan platform aku lebih kepada genre basic, tapi yang basic itu yang ramai reader luar dari cyber ini yang nak baca, lagipun wahai writer terhormat, sebagai penulis yang berbeza platform dari penulis lain, anda tak layak untuk menjatuhkan writer lain dengan kata kata kamu, mungkin bagi kamu itu satu gurauan sebab konsep penulisan kamu pun lebih berat dari genre biasa. Mungkin. Mungkin kita tak serupa, mungkin pendapat kita tak sama, tapi platform kita masing masing punya penumpang yang tersendiri, mungkin bagi kamu, karya aku tak bagus, tak best, tak sehebat kamu, baik, saya mengaku, kalau nak dibandingkan dengan karya kamu itu, sebab genre kamu itu berbeza dari biasa. Baiklah, kalau betul penulis penulis genre kamu itu bagus sangat, berat sangat kalau nak dibandingkan dengan penulis genre basic ni. Kenapa penerbit beriktiraf seperti Buku Prima, Alaf 21, Kaki Novel yang buku buku mereka lebih banyak menjual genre basic? Dan bacaan kamu cuma untuk 18tahun ke atas. Atau mungkin tak sesuai untuk berada dipasaran dunia, hanya terdapat dipasaran gelap. Dan hanya orang orang tertentu sahaja yang boleh faham, boleh masuk dan boleh terima. Aku bukan nak kata aku ni bagus, tak! Kamu lagi hebat. Cuma situasi aku ni berada ditengah tengah, antara yang hebat beriktiraf dan hebat berkarya bebas, which is indie writer. Ingat senang ke nak jebakkan diri dengan kau orang, aku tau ramai yang mengutuk aku. Tapi aku pegang kata kawan kawan aku, dunia ini besar, bukan seribu dua penduduk dan kita punya banyak cara untuk lonjakkan diri, sebab kalau kita tak lonjolkan diri bagaimana orang nak kenal kita, bagaimana orang nak baca karya kita, kita akan jadi nobody with great artwork. Bukan ke jadi somebody with bad artwork lebih baik, sebab kita boleh perbaiki  tulisan dengan adanya rakan seperjuangan. Sebab itu perlunya pesaing. Tapi bersainglah dengan sihat. Bukankah itu lebih baik dari mengatakan yang karya aku tidak layak untuk dibaca? Sedangkan kita sebenarnya berada di platform berbeza, memang lah, mungkin karya aku antara terbaik dari karya lain dalam platform aku, dan karya kamu sebenarnya lebih teruk dari karya lain yang berada di platform kamu sendiri? Mungkin.
Aku lebih suka tulis sesuatu yang ada makna dan ada pengajaran, dan kamu tidak. Sebab ada antara kamu kata padaku kita menulis tidak bermakna kena ada pengajaran. Mungkin. Tapi bila reader aku baca, kenapa aku buat macam itu, macam ini dalam satu cerita aku ni, mereka kata aku memberi satu pengajaran yang buruk dan mungkin akan terikut ikut, kerana apa? Ya, kerana target audience kita berbeza, sebab genre basic ini juga untuk bacaan bawah 18 tahun yang banyak terikut ikut apa yang mereka baca. Manakala kamu pula adalah bacaan 18 tahun ke atas, yang sudah boleh berfikir dengan sendiri apa pengajaran disebalik yang tersirat.

Aku tak kata yang aku bagus, cuma aku nak kamu bezakan yang setiap penulis ada laluannya sendiri, pembaca tersendiri dan kehebatan yang tersendiri jua..
Tapi kita tetap berdiri atas satu nama yang sama iaitu PENULIS.

[ Google Image ]


Caption: Pukul 6.30 pagi 5hb Nov. 2011. Aku kena berada di Sri Pentas tepat pada masanya. Sekarang jam menunjukkan pukul 12.55 pagi. Dan aku tak tidur lagi. Adess. Aku ada shooting for Take Me Out Malaysia dimana aku telah terpilih menjadi salah seorang peserta reality show ini. Yang pada mulanya aku pergi casting just untuk suka suka! Damn!

P/S: Aku lagi suka melihat nama aku di credit story part penulis skrip dari jadi pelakon utama.

Thursday, October 20, 2011

When other self get down..

......
....
...
..
.



LieTrue love! True love!! 
       Apa kau tau pasal true love??!!!
       You just know NOTHING, BITCH!!!       
       Kau tak tahu ke jantan kau tu player?       
       Its that you call TRUE LOVE really is??       
       And you, FUCKER.
       Murah gila cinta kau, semua kau kata sayang,       
       It is what you call, LOVE??!!
       TRUE LOVE??!!!       
       Well!
       Lets me tell you what your true love for your spesies!

       Your both LOVE, just such like a
       F.U.C.K!
       You BITCH!!
Lynx: Wow..wow..wow.. Calm down !!
Lie: What are you want??!!
Lynx: What am I want?
Lie: Yeah?? What do you want??!!
Lynx: What that suppose mean??
Lie: Shut up, YOU BITCH!!
Lynx: Woow.. Relax yo.. Just try to take a deep breath ok..
Lie: ... (kawal perasaan)
Lynx: Just .. You know.. Take a rest.. You work too much..
Lie: I'm work too much??
Lynx: Yeah.. So, that why you look so stressful..
Lie: Am I look like I going work too much?? I cant even finish my novel yet!! Even 1st bab!!!
Lynx: Cool down.. You think too much.. Why not you take a rest.. Empty your mind.. Its OK..
Lie: There's have no time to relax.. Its NOT ok!! Look at calender! I waste my a month doing nothing!!! Its will be NOT ok!!
Lynx: Look, Lie.. You have been thinking too much.. Do it step by step..
Lie: What I suppose to do?? I dont even have imagination enough to wrote the story.. 
Lynx: Look, Listen here.. Things happen have a reason. You remember the word?
Lie: Which one??
Lynx: Er.. Lebih tekanan, akan lebih tindak balas??
Lie: ....
Lynx: Hmm.. Listen..Anything can happen.. Just stay focus, blow up you imagination back.. And start write, just like in pass.. You remember the feeling..
Lie: Yeah.. I feel like I'm acting in my own story..
Lynx: So??
Lie: I miss that moment.. I miss my idea cames when my finger dance in the keyboard.. Its drive my crazy!!
Lynx: Cool down, Liee!!!! Calm down.. Look.. Just wrote what you feel, dont think what other thinking.. You can do it!!
Lie: I can??
Lynx: Of course, YOU CAN!! Its your dream, dont you?
Lie: Yeah ..
Lynx: So, now .. Just take a deep breath, get enough rest, and then you can start to write again.. OK?
Lie: Ok.. Hmm.. Thanks..
Lynx: Its ok.. That what other self do.. Chill~



I'm sorry..
I'm just lil' bit emotion, now..
I'm full with stress,
I cant finish my novel on time,
My imagination not work too much..
I even feel the storyline..
How come I start the story??
Me SUCK!
Feel like want to quit, again and again..
But.. Look.. Its my dream..
I almost got it..
I wont let it go just like that..
I want it, I want to be novelist..
I want people read my story..
I want they feel what i felt!
I need improve more and more..

What a second..
Am I remind you something??
Yeah!! No ..

DONT TALK WITH ME when I get bullshit in my mind!!
You annoy me!! Stop disturb me, YOU BITCH!!
Ni lagi satu,
Yang Si abang dok minta the lappy,
Dear my beloved brother, the only one.. 
Please!!! I try get my mood, now! Hello, I'm working here!!
Yeah, I'm don't have a job, but I need to do my work!! My writing is my job now..
I need to write, write and write.. I need my lappy!
Cant you get it???!! If I have a lot of money, I will buy for you one, so then you can not disturb me anymore!
Ok?? Huarhhh!!!

P/S: Banyakkanya aku mencarut kan, kalau aku tengah panas memang macam ni. MAAF.

S.A.H.A.B.A.T


"Kawan,
Cuma menegur bila tersempak atau terjumpa..Sahabat,Tetap bersama biar sesenang mana kita,sesusah mana pun kita.. "


Di dalam kelas, kolej di tengah kota metropolitan.
Sekumpulan kawan sedang berbincang bagai di dalam makamah,
Seorang di kandang pesalah, dan lain bagai menjadi saksi, dan yang lain menjadi juri,
Tetapi semua menjadi hakim.
Tiba tiba, sedang asyik persidangan diadakan, seorang dari juri tersebut membuka bantahan.


Juri 1: Aku tak nak jadi kawan kau..


Semua yang berada di dalam makahmah berpandangan pada juri tersebut. Terkejut.


Juri 1: Aku tak nak jadi kawan kau...


Sekali lagi dia mengulang. Si pesalah dah mula gerun.


Sambil menghentak meja, si juri bersuara.


Juri 1: Betul, aku tak nak jadi kawan kau, tapi aku nak jadi sahabat kau. Kalau kawan, just kata 'Hi' je. 'Oh, Lynx.. Hai..' Lepas tu bla.. Macam tu je, tapi aku nak jadi sahabat kau.. Yang susah senang bersama.






Well,
aku lah pesalah tu, haha
Masa tu ada salah faham kami sekumpulan, sebab tu diadakan meeting makahmah tu,
hahaha
Masa tu, tengah ego, mesti la macam macam yang tak puas hati kan, sampai siap kata, bila dah habis study, dah tak akan tegur mereka dah.
But, time's changes.. 


Aku rasa menyesal pula bila aku nak jauhkan diri dari mereka..
Heh.. Manusia .. Bila dah rasa kehilang baru lah sedar..Ye tak?
aku rindu nak hang out mcm dulu, susah sama sama, siapkan assignment sama sama,
tension sama sama, cuci mata sama sama, makan sama sama, tidur sama sama, menangis sama sama.. Mungkinkah semua itu akan berulang kembali??


Tapi, masing masing dah bawa haluan masing masing, ada yang dah ada kerjaya sendiri, ada yang nak sambung study lagi, ada juga yang dah jadi artis, kawan aku penyanyi la wehh! Hahaha *poyo


Aku rindu kat kau orang.. Hope kau orang maafkan aku pasal benda yang lepas tu ..















Caption: Nampak tak perbezaan aku dari dulu sampai sekarang.. YA, MAKIN GEMUK. Terima kasih, haha


P/S : Mungkinkah kenangan itu boleh diulang kembali, atau hanya berlaku sekali seumur hidup. Tapi, yang penting. Semoga persahabatan itu tak akan pudar biar apa pun yang terjadi.. Kan??

Monday, October 17, 2011

Beriku sinar cahaya-Mu...

Allah itu Maha pengasih dan lagi Maha penyayang..

Entah kenapa, sejak kebelakangan ni, aku rasa aneh, tak berapa nak tenang, gelisah..
Dan tiba-tiba, hati ni tergerak nak pakai tudung..
Inikah yang dinamakan hidayah Allah?
Aku akui, aku bukan hamba yang baik, taat dan setia, aku hina disisinya..
Aku tak ikut apa yang disuruh, aku buat apa yang dilarang..
Aku penuh dek dosa..
Semenjak dua ni, bila terbuka hati membaca azab seksanya,
Ya Allah.. Aku tidak layak untuk syurga-Mu, tetapi tidak pula aku sanggup menanggung seksa neraka-Mu..
Ampunkanlah segala dosa-dosaku, Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

Jika benar, Kau telah memberi cahaya yang aku dambarkan ini,
Tetapkan hatiku ya Allah.. Tabahkan hatiku dengan segala dugaan yang akan Kau turunkan kelak..
Aku tidak mahu berjumpa dengan-Mu dalam keadaan yang terkutuk..
Aku takut dengan seksa neraka-Mu..
Bukakanlah hatiku, pintu hati ibu bapaku, keturunanku, sahabat andaiku, musuhku untuk terus bersujud pada-Mu,
berjalan ke arah yang benar, jalan yang Engkau redhai.. Berikanlah mereka cahaya-Mu, dan bukakanlah pintu taubat-Mu pada mereka, Amin..

Tadi dalam bas,
aku terfikir fasal masa hadapan aku, aku mahu serius dalam business kawan aku tu,
and insya-allah, kalau berjaya.. Aku nak selesaikan hutang aku pada Allah, kemudian hutang hutang ibu bapa aku, semua lah .. Sebab aku tak rasa aku perlukan duit sebanyak tu buat masa ni, aku cuma mahu duduk, rehatkan diri dan menulis..

Sampai ke satu tahap.. Aku boleh terfikir nak bagi duit untuk wan(nenek) aku..
Aku nak bagi dia duit untuk dia beli apa apa, dan ganti duit tudung periuk kaca yang aku pecahkan dulu, aku dah janji pada dia, kalau aku ada duit, aku akan belikan yang baru dan yang besar daripada itu..
Kemudian... Aku tersentap.. Wan dah tak ada..
Aku baru teringat, terbayang lihat dia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan.. Ya Allah.. Aku nak menangis je dalam bas tu, tapi aku tahan..
Sabar Linda.. Allah lebih sayangkan dia.. Aku cuma sempat bagi duit raya je pada dia, gaji pertama aku .. Dikucupnya 3 kali duit itu.. Cuma rm50..
Aku tak sempat nak gantikan duit tudung periuk nasi tu.. Maafkan alin...

Semoga Kau tempatkan dia ditempat orang orang yang beriman..
Al-Fatihah..

Saturday, October 15, 2011

Cinta

Cinta,
Kau INDAH..
Cinta,
Kau PALAT!
Cinta,
Aku perlukan kau terangi hidupku,
Cinta,
Aku tak perlukan kau langsung!
Cinta,
Hadir dalam hatiku, beriku seribu ketenangan,
Cinta,
Nyah kau dari hatiku, kau hanya beriku sejuta kedukaan!
Cinta...
Kenapa kau selalu membahagiakan dan kemudiannya membinasakan??

*Mengeluh

Friday, October 14, 2011

Selamat bangun dari terjatuh, Linda Zizan

Peh peh peh ..
Dah lama aku tak update entri,kan?
Hahaha
Bukan apa, bz kot, tak ada masa nak tengok blog sebab sibok berFB..
wahaha

So, perkembangan terbaru Linda Zizan?
Walaweh, apa kau bajet kau artis, hahaha
So, aku dah berhenti kerja sebagai salah seorang designer wedding card di sebuah company di Jalan Pudu ni,
Huhuhu
Aku sekarang boleh dikatakan fulltime writer,
kena siapkan 1st novel aku ni, sakit kepala aku nak panjangkan cerita yang ada isi macam ni,
kadang kala rasa tak yakin nak buat, rasa tak mampu nak jadi novelis, rasa nakj give up buat sekian kalinya, tapi apa boleh buatkan, bukan senang nak jadi senang kan? So, aku kena buat back up cerita lain, kalau kena rejek, at lest ada cerita lain.
7 tahun aku tunggu peluang ni, tak akan lah aku nak biarkan macam tu aja, walaupun memakan masa, ah!! Kau kena displinkan diri kau tu, Linda ! Ya! Huhuhu
Berbalik kepada kerja aku, aku kerja balik kat Mcd, ya tempat yang aku paling benci tu, tapi nak buat macam mana, siapa nak bayar bill internet ni kan, terpaksa lah carik kerja yang ada income tetap, yang boleh berkerja sambilan dalam masa yang sama?Fuhh.. Tolong lah, sakit tau tak kerja situ. Tapi aku benci benci pun dah setahun lebih aku kerja partime kat situ, wahahaha

So, else?
Tangan aku masih kaku dikeyboard sambil perhatikan MS word yang separa kosong,
Kadang kala boleh membuatkan aku rasa nak menjerit, meraung dan step seterusnya menangis..
Mampukah aku? Soalan klise aku. Mampukah aku jadi seorang novelis? Mampukah aku buat pembaca aku ketakutan, gembira, menangis bersama sepertimana aku sewaktu mengarang. Mampukah aku??
Hmm... Tak habis novel ni, idea lain pula yang keluar..

Aku nak buat zine, zine yang lain dari lain, zine yang seakan betul betul berada di pasaran luar..
Aku dah dapat beberapa orang yang nak join, dan aku berterima kasih sangat sangat, tapi aku nak yang terbaik untuk 'anak' baru aku ni.. Aku tak nak keciwakan pembaca pembaca zine ni, tapi zine tu lama lagi, sekarang aku cuma nak cari orang yang nak join je..
Ada beberapa fasa mengikut zone mereka. Tapi nanti aku bagitahu korang la, sekarang banyak lagi yang aku kena buat untuk jayakan zine ni.. Aku kena jebakkan diri buat kawan dalam bidang ni, yeah, i was alone.. Aku keseorangan dalam bidang penulisan ni, aku tak ada sesiapa.. Hope kau orang sudi jadi kawan aku... Hmm..

Ok lag, end up, sampai sini je la...
Apa apa pekembangan.. aku akan coretkan kat sini,
Sekarang aku cuma mahukan ketenangan,
aku kena siapkan novel aku dengan tenang, baru aku akan fikirkan fasal zine ni, banyak lagi aku kena belajar..

Belajar dari kesilapan,
Linda Zizan!!!

Jangan lari dari kesilapan yang kau buat!
Jangan putus asa!
Jangan mengaku kalah~

p/s: Aku perlu ke library ..