Monday, October 17, 2011

Beriku sinar cahaya-Mu...

Allah itu Maha pengasih dan lagi Maha penyayang..

Entah kenapa, sejak kebelakangan ni, aku rasa aneh, tak berapa nak tenang, gelisah..
Dan tiba-tiba, hati ni tergerak nak pakai tudung..
Inikah yang dinamakan hidayah Allah?
Aku akui, aku bukan hamba yang baik, taat dan setia, aku hina disisinya..
Aku tak ikut apa yang disuruh, aku buat apa yang dilarang..
Aku penuh dek dosa..
Semenjak dua ni, bila terbuka hati membaca azab seksanya,
Ya Allah.. Aku tidak layak untuk syurga-Mu, tetapi tidak pula aku sanggup menanggung seksa neraka-Mu..
Ampunkanlah segala dosa-dosaku, Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

Jika benar, Kau telah memberi cahaya yang aku dambarkan ini,
Tetapkan hatiku ya Allah.. Tabahkan hatiku dengan segala dugaan yang akan Kau turunkan kelak..
Aku tidak mahu berjumpa dengan-Mu dalam keadaan yang terkutuk..
Aku takut dengan seksa neraka-Mu..
Bukakanlah hatiku, pintu hati ibu bapaku, keturunanku, sahabat andaiku, musuhku untuk terus bersujud pada-Mu,
berjalan ke arah yang benar, jalan yang Engkau redhai.. Berikanlah mereka cahaya-Mu, dan bukakanlah pintu taubat-Mu pada mereka, Amin..

Tadi dalam bas,
aku terfikir fasal masa hadapan aku, aku mahu serius dalam business kawan aku tu,
and insya-allah, kalau berjaya.. Aku nak selesaikan hutang aku pada Allah, kemudian hutang hutang ibu bapa aku, semua lah .. Sebab aku tak rasa aku perlukan duit sebanyak tu buat masa ni, aku cuma mahu duduk, rehatkan diri dan menulis..

Sampai ke satu tahap.. Aku boleh terfikir nak bagi duit untuk wan(nenek) aku..
Aku nak bagi dia duit untuk dia beli apa apa, dan ganti duit tudung periuk kaca yang aku pecahkan dulu, aku dah janji pada dia, kalau aku ada duit, aku akan belikan yang baru dan yang besar daripada itu..
Kemudian... Aku tersentap.. Wan dah tak ada..
Aku baru teringat, terbayang lihat dia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan.. Ya Allah.. Aku nak menangis je dalam bas tu, tapi aku tahan..
Sabar Linda.. Allah lebih sayangkan dia.. Aku cuma sempat bagi duit raya je pada dia, gaji pertama aku .. Dikucupnya 3 kali duit itu.. Cuma rm50..
Aku tak sempat nak gantikan duit tudung periuk nasi tu.. Maafkan alin...

Semoga Kau tempatkan dia ditempat orang orang yang beriman..
Al-Fatihah..

No comments:

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...