Sunday, March 22, 2015
senyum termampu
terikat satu tali berunsur besi
di kaki ditambah bebanan
diherit herit
tatap sepi; termampu
mulut dikunci; bisu
senyum dibalik besi
senyum termampu; masih jua tak terlihat.
senyum masih senyum
bukan sengsara tapi tahu kamu sedang bahagia juga.
Thursday, January 29, 2015
Penunggu mewah
"Bagaimana? Berminat?"
Aku mengelamun tengok rumah idaman aku ni. Tak beri tumpuan pun pada detail detail condo tersebut. Dalam keasyikan, sejenak aku fikirkan baki bank yang akan tinggal bila condo kecil di balik kaca ni jadi milik aku.
"Ianya fully furnished " sambungnya
Aku tak ambil kira sangat dengan keluasan semua jadah tu. Yang penting rumah ni jadi milik aku. Tapi, bila dia dah kata rumah itu lengkap segala, aku pun; "Ok. Saya berminat"
Dua tahun aku tunggu.
Dua tahun. Dengan gaji empat tahun aku simpan, semata nak dapatkan rumah ni. Akhirnya. Akhirnya.. Keluhan puas aku hela dikit. Aku pandang dari bawah. Rumah yang baru siap dibina dan dalam beberapa hari lagi dibuka dan diduduki. Segaja aku pandu sendiri kemari, tak menyempat. Sebuah condominium baru dibina dipertengah puncak bukit; dikelilingi hutan menghijau dan kabus kabus ala ala kat overseas. Pendalaman dan terpencil. Orang (penjual) tu kata, waktu malam akan nampak cahaya kotaraya dari jendela aku. Ah! Tak sabarnya nak hayati semua ini. Teruja ok! Walaupun pada mulanya semua membangkang, iya lah, aku bukan orang berada. Kendian beli rumah atas bukit dengan risiko risiko runtuhan tanah tinggi. Aku persetankan. Yang pasti, aku mampu milikinya dengan usaha aku sendiri.
...
Harinya dah tiba.
"Ini kuncinya.. Segala...."
Aku terpaku dengan kemewahannya. Colour favorite aku; whhhiiteett !! Aku hiraukan apa yang saler katakan mengenai rumah satu ni. Senyuman tak henti henti. Rasa macam dah mengeras kat bibir ni . Sofanya, langir putihnya. Kemewahan idaman aku.
Puas.
"Cik... Cik..."
"Aa.. Ya?" Aku tersedar bila dicuit dia. "Ini kuncinya. Terima kasih kerna berurusan dengan kami. Apa apa boleh hubungi saya"
"Ya.. Sudah tentu. Sudah tentu."
Klak- bunyi pintu ditutup. Keseorangan. Senyum. Aku ke jendela yang berbentuk melengkuk separa bulat. Hutan belukar diselitupi kabus kabus pagi. Nyaman dan selesa. Aku peluk tubuh, usap usap lengan; kesejukannya mencenggam. Tawa kecil terlepas. Bagai orang gila. Peduli apa, bukan ada siapa. Aku seorang disini. Hanya sendiri!
Tapp-- segera aku memaling kebelakang. Baru aku nak menari keriangan di beranda. Diganggu pula dengan bunyi kunci yang jatuh ke lantai. Potong stem! Aku kutip. Memaling sekali dan di sambut dengan penuh lagak. Aku sangkut di tempat kunci yang disediakan. Kendian aku masuk ke bilik utama. Ya allah. Luasnya.. aku terus hempas badan kat tilam queen. Empuk. Sekali lagi tawa kecil terkeluar.
Sejenak. Aku terfikir mengenai uwang yang tinggal. Sunyi. Tiba tiba aku rasa sunyi pula rumah ni. Kerja gila. Aku letak tangan takap muka. Mengeluh dan terus mengeluh deras.
Aku ambil telefon, tiada bar. Cuma sekejap kejap; satu dua bar yang keluar. Kemudian hilang; "ku bersamamu la sangatt". Dah sedia maklum yang line telefon di kawasan bukit ni memang macam cilaka. Tapi, persetankan. 30 tahun hidup dengan gajet, tiba masa untuk tak ketagihkan padanya lagi. Say NO to internet! Yes! You can do it!
Aku bangun dari tilam, ke ruang tamu dan capai beg sandang warna navy. Beg dompet dikeluarkan dan aku duduk di sofa putih. Aku kira kira puluhan helai uwang rm50 dan rm100 yang telah siap siap aku keluarkan dari bank, disini memang belum ada atm dan kedai kedai segala. Heh. Banyak? Ini sahaja lah yang tinggal lepas dapat rumah ni; aku tinggalkan pekerjaan aku dan memilih untuk membeli condo mewah yang jauh ke pendalaman dan di puncak bukit. Bosan dengan kota, maka aku memilih perumahan kawasan ini.
Malam pertama.
Hari kedua.
Bulan ketiga.
Aku mula bosan.
Baiklah. Baiklah. Aku selongkar kabinet dapur. Dah tak banyak stok makan ringan yang tinggal, kena tambah stok ni. Hm..Kotak snek aku capai, mangkuk dan peti ais dibuka, susu diambil. Dituang, diambil pula sudu. Aku duduk di sofa. Televisyen dinyala. Bosan juga. Bosan juga ye dak keseorangan macam ni. Aih..
Air melimpah dari bilik air kedengaran. Anak mata aku memaling ke atas, bukan memandang siling tapi memikirkan. Aku memang lupa tutup air ke apa tadi? Aku bangun dan ke bilik air. Air tab melimpah. Ahh. Pembaziran! Pelupa betul aku ni.
Dah siap tutup lampu kamar air. Aku ke sofa semula. Eh. Siapa tutup tv? Hish. Tak kan la desperate sangat kot nak jimat api air pergi tandas pun aku nak tutup tv? Ah. Lantak. Aku sambung makan snek dan tonton drama waktu malam. 2am. Cerita apa je yang ada dekat tv kalau bukan siaran ulangan saja. Tonton sahaja lah.
Dah habis makan. Aku tonton sambil sambil terbaring, terduduk, mengunyak snek yang lain pula. Sampai la terlena.
Tokk tokk tokk--! Bunyi pintu di ketuk.
Dokk dook dok dokkkk--! Bertambah kuat.
Aku tersedar, tak sampai lima minit aku nak dibuai mimpi, ada orang ketuk pintu. Tanpa perduli waktu sekarang pukul berapa, aku terus ke daun pintu; membuka. Seorang wanita rambut pendek paras bahu, baju congsam merah bersulam kekuningan, gaun skirt paras atas lutut. Kulit kaki putih mulus. Dan seakan pusat tak berkasut. Menunduk depan rumah aku. Dalam mamai mamai aku menyapa; 'ya cari siapa?'
Masih menunduk. Rambut pendek menutup muka. "Cikk. Cari siapa??" Tanya aku lagi. Badannya sedikit tergerak. Menangis pelahan dan sayup. Pelik. Aku mula sedar dari mamai sikit. Cuak pulak. Perempuan cina depan aku ni tah dari mana terus menangis. Mana tahu diragut ke apa. Aku keluarkan badan sedikit meninjau koridor. Sunyi. Tiada siapa. "Mari masuk cik."Aku jemput dia masuk, dalam tengah malam sejuk macam ni dengan pakaian seksi tu, kesian pula lahai aku tengok. Dia pelahan masuk, masih lagi menunduk.
Aku membelakangkan dia dan menutup pintu; "Cik duduk di sofa, saya ambilkan tuala" sebaik aku toleh mengadap dia; ya Allah!! Aku terpingga. Mana dia?? Aku cari seluruh rumah, bilik.. Hilang? Punya la lembab masuk tadi, terus hilang? Tak kan pergi tandas, pantas betei. Aku nak jengok bilik air, terpandang jendela. Langir menari nari bersama angin. Dekat beranda kot perempuan ni.
"Cik?"
Aku jenguk ke beranda. Tiada. Aku keluar dan memegang besi berandar. Mana amoi ni pergi ya. Aku memandang suasana malam. Mengeluh. Kepala aku lemahkan dan memandang ke bawah. Aku mimpi je kot ni. Mengantok betul. Kabur kabur aku nampak sesuatu merah dari tingkat 7 rumah aku. Macam orang. Aku zoom betul betul anak mata aku, berkeredut muka nak pastikan benda apa yang kat bawah tu. Terlentang warna merah. Terbeliak mata aku. Ya Allah!! Berderau darah naik terus sampai ke kepala. Amoi tadi! Dia terjun?! Cepat cepat aku menarik pandangan; istifar panjang. Pejam mata sekuatnya. Jantung berdegup tak henti. Aku memusing badan dan terus bersandar ke besi beranda. Tenang. Tenang. Allah.. Allah.. Aku buka mata pelahan. Depan aku ternampak kaki pucat dan mulus yang tadi. Mau terhenti jantung aku dengar dia menangis macam tadi. Aku tak segera toleh memandang muka. Takut punya pasal. Tapi naluri ingin tahu aku nak sangat tengok wajahnya. Pelahan lahan aku cuma menoleh.
"Aahhh!!!!"
Aku terjaga serentak menjerit. Mengelabah lihat sekeliling. Tv terbuka, mangkuk dan plastik plastik keropok. Botol air kosong semua masih atas meja. Bersepah macam tadi. Keadaan sebelum aku terlena. Gerunnya. Aku nampak amoi tadi senyum dan jerit depan muka aku. Istifar berulang kali. Aku tarik nafas panjang..
Takkk-- tak- taakk-- ! Bunyi pintu yang sama. Mengelabah. Takut. Seram. Semua ada. Aku tengok jam. 3.45 pagi. Aku biarkan. Biarkan. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Ulang ulang aku ulang ayat tu. Sampai terhenti. Lega. Aku capai remote control. Nak tutup tv dan masuk tidur. Sebaik aku mengangkat tangan dan menoleh ke television. Benda tu depan aku. Wajah pucat, penuh darah. Otak kepala bersepai sedikit diubun ubun kepala, rambut pendek kusut dan basah darah. Dia mengeluarkan bunyi menyeramkan; aarkkk-- ---
Aku jerit sekuat hati dan tersedar. Sudah pagi. Mengelabah aku memandang sekeliling; sampailah tenang. Dan tarik nafas lega. Dah pagi. Ok. Aku lega sikit. Tak sempat aku nak bangun ke tandas. Kedengaran bunyi bunyi bising dan siren siren pasukan kerajaan. Aku tinjau dari beranda. Kecoh dekat bawah, ramai orang berkumpul.
Terbeliak mata aku, berderau darah sederasnya... Ya Allah!! Amoi tuu!!
-bersambung-
Wednesday, January 28, 2015
Seimbang
Hidup ni dah cukup seimbang sebenarnya, tapi masih dipertikaikan dengan kelebihan kelebihan yang ada, walhal jumlah kelemahanya berada dalam kuantiti jisim yang setimpal.
Ayuh kata;
Apa suka akan kerja kau?
Kekasih kau?
Keluarga kau?
Kehidupan kau?
Personaliti kau?
Skala 1-5 beri aku setiap satu.
Renung dan tanya sendiri pada diri kau tanpa libat tuhan. Bukan (capital). Bukan mau membelakangi dan tidak bersyukur. Tapi (tanda seru), apa titik yang mau aku sampai kan adalah;
Bukan kah ianya seimbang? Kurangnya itu. Sama la lebihnya itu. Misal kata; pandang sahaja pada sekeliling. Aset berjuta ribu tapi bunuh diri kerna cinta. Lemahnya pada cinta, lebihnya pada matawang. Seimbang, bukan? Tuhan jadi kita ini?
Apa maksud aku semua ini; jangan sebab kelemahan buat kita ulang kesilapa yang sama kat alam di satu lagi; berulang kali. Sedang kita sendiri tau, kelebihan itu adalah segalanya dan penutup pada kelemahan.
Tolong jangan bunuh diri.
Sunday, January 25, 2015
Tunangan orang dah, noks.
Saturday, April 5, 2014
Mati dalam kenangan
Aku mengadu kat Bedah, yang bekas teman wanita aku dok kata aku ni peminat keliling pinggang. Bersepah, tak macam dia tak lawa, dok merendah diri serupa cilaka, tapi baru baru ni, sudah ada penganti; teman lelaki dia kacaknya melebih lebih..
Bedah pandang aku "Dia nak lupa kan kau lah tu, Ad"
Aku diam.
Nak lupa kan aku? Aku soal dalam hati, lantas Bedah kata, "Salah satu cara nak lupakan kenangan lampau, atau seseorang; adalah dengan cipta kenangan baru" Bedah pegang bahu aku, usap pelahan, perhati yang serupa cilaka tapi sedikit meredakan amarah aku.
Kenapa?
"Mungkin kau ada buat benda yang dia tak suka, tak pun dia tak nak tipu kau lagi" Si minah yang gemar berbaju kebaya ni macam tahu apa yang aku fikir. Cilaka betul. (Eh. Kekadang aku terfikir juga, dengan zaman abad ke 20, mana ada orang puak Malay pakai baju begitu.)
"Tapi, aku boleh berubah, Bedah."
"Kekadang kan, Ad..." Diam sekejap.. Macam nak cari cara sedarkan aku tanpa rasa sakit atau hina.
"Manusia tak sedar yang dia terlebih dahulu berubah sebelum orang sekeliling yang berubah, sebab kita ni manusia, Ad.. Mana nampak apa kita sendiri buat pada orang; kita je nampak apa orang buat pada kita.."
Ada benarnya. Aku diam, tanda setuju tanpa bantahan walaupun hati meronta.
"Aku faham, Ad. Kalau kau tak nak cipta kenangan baru; sebab nak terus hidup dengan bayangan dia. Tapi, Ad.. Kau mesti tak nak mati dalam kenangan kan, sedangkan kau tahu yang terus kan hidup, lupakan benda yang dah lepas, adalah kebahagiaan maksimal dari cari penganti baru" Bedah bangun dari kursi dan bersedia untuk turun di perhentian bas dihadapan, dia sempat tepuk bahu aku dua kali dengan kelajuan agak laju dan kuat sebelum kata;
"Lepaskan lah dia, Ad.. Hidup memang kejam dengan kita dari dulu lagi"
#cerpen #coretanlindazizan #shortstory #puisi #heartbreak #patahhati #putuscinta #Allahalwayswithusnoworrybabe
Thursday, April 3, 2014
Ocean
Dear ocean,
meet again,
how are you?
(silent)
I'm doing great lately..
So many things came and gone,
so many memories make and forgetten.
Dear deep deep ocean,
I'm okay now,
more than okay..
I love my routine,
I love my job,
I love my part time job,
I love all people around me,
my bf, bff, them, him, her..
I love my life more than before..
Dear beauty ocean,
thanks for being here,
always here when i needed.
When I need someplace to put my tears..
Dear ocean, my love..
meet again,
I will come..
Farewell...
Sunday, March 30, 2014
Apa perlu dibuat jika rindu pada seseorang bukan milik kita?
-
Kenapa? Sebab kita dah dapat agak pada mulanya si watak utama akan derita, then baru lah mengkecapi kebahagiaan, bukan?? Well, Jangan angg...
-
Time: Malam, keluar dinner dengan my mak and abah... Location: Area Bukit sentosa. Entah kenapa tiba tiba aku berani tanya soalan yang se...
-
Awak tahu, Hari itu, 14hb Dec 2011, Masa birtday mak saya. Saya terjumpa video awak dekat youtube. Awak tahu, suara awak sedap sangat! ...

