Thursday, December 1, 2011

"Bad ideas can be great idea ever!" Just believe it.

Semalam dan kemarin,
Jemari ini laju menaip,
Tanpa dilihat keypad pun tidak typo,
Tapi hari ini..
Aku menjadi kosong.

Idea..
Mana kau?? huhuhu

Perkara lalu terjadi lagi, sibuk nak fikirkan idea yang satu ni, idea lain yang muncul. Tapi aku tak ada masa nak menulis cerita lain, maksud aku. Aku tak boleh menulis cerita lain dengan menulis cerita panjang berjeler ni. Takut bercampur baur nanti, dah satu hal yang perlu diselesaikan. Huhu!

Sebenarnya tak ada apa yang aku nak update pun, just aku nak update blog ni saja, huhuhu

Tapi,
semenjak kebelakangan ni,
Aku jadi kurang keyakinan, lagi lagi dengan komitmen yang banyak ni, tapi memang ini yang aku mahukan selama ini. Bertype mengenai komitmen, aku masih mencari penulis, wartawan, fotografer dan juga pelukis yang boleh beri komitmen. Itu yang aku mahukan, karya yang teruk pun boleh jadi terhebat jika ada komitmen pada minat itu. Aku percaya, idea yang teruk, mampu jadi idea yang terhebat. Apa yang kita perlu lakukan hanya berusaha sekuat hati, practice, practice, practice.

Dan aku rasa projek tu tak akan dilancarkan pada awal tahun hadapan, tapi tidak bererti aku tak buat, cuma lambat! Kalau kau orang ada yang berminat, sila tinggalkan email disini, nanti aku emailkan term dan syaratnya. Tolong jangan malu, aku juga masih baru..Huhuhu


" Google Image "
Caption: Aku pernah stand one night long dengan minum coffee sambil menulis, segar bugar aku dibuatnya, dengan idea yang mencurah-curah, sampai ke pagi, tapi memandangkan aku dah kerja dengan mak aku sendiri di Izan Stall, kedai bapak aku. Aku dah tak boleh berjaga tengah malam, dan waktu tidur aku semakin teratur.

P/S: Displinkan diri dengan 1 bab 1 hari, selagi tak siap, jangan harap boleh tidur. Hahahaha
Aku kena tegas sikit, baru kau buat kerja kan! Haha! Padan muka! Malas lagi.

No comments:

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...