Friday, November 11, 2011

Exclusive Dating.. Kau hado?

Done~
Hahaha, setel satu kerja.
Semalam date, balik balik shooting, aku terus tidur.
Apa kita orang buat? Kita orang buat cupcake at Cake Connection, Jaya One! Mana pic dia?
Damn! Finish oredi before capture it! Haha
Aku ingat buat cupcake tu, tapi sebenarnya just design je, damn!
Huhuhu
Tapi tak apa, I'm join it.. Lupa nak design tagline aku! Hahaha
Lepas itu, kami pergi Tamarind Hill, makan makan disana. First time gua makan tempat macam itu sial!! Makanan pun sodap sodap, nak lagi!! Hahaha But without camera~ LOL
Lepas tu, jalan jalan dekat restoran tu, banyak monkey woo, kura kura pun banyak,serius banyak, aku ingatkan patung yang bertenggek atas batu, sekali tengok betul betul, terpegun gua.. Huhu
Teringat kat kura kura aku yang hilang tu. Nak bela lagi seekor la.. Huhuhu
Lepas setel tu, aku pun balik, best pula rasanya naik van NTV7, (batak kejap).
BTW, I dont feel that i really having a date time tu. Yeah la, dengan camera, ikut arahan. That's it call a date? For me, NO. Its just a shooting, aku dan dia hanya pelakon yang kena berlakon untuk scene dating pasangan bahagia of the years. Interview lagi, what the heck. Huhu Tapi untuk reality program memang macam itu kan? So, just it. Its just a shooting. (Tapi entah apa yang dia kutuk kan fasal aku time interview dia .. huh)

Tapi, aku sebenarnya lagi suka jadi crew dia dari jadi 'pelakon'nya. Entah. Mungkin dah memang minat aku kot dari dulu nak kerja dengan TV TV Show macam ni. Tapi one of them kata, masa tak tentu, dan aku rasa macam 'teeett' pula part tu, hahaha Tapi, memang pengalaman yang best sangat! Rasa macam nak lagi..
Tapi .. ._. < Sila pandang dengan pandangan mata ini terkebil kebil :P

Hmm.. Aku tak sanggup nak tengok episod 7 dan 8, aku rasa macam aku sengaja memalukan diri depan orang ramai, but the 1st episod sudah start hari ini, pukul 8.30pm di NTV7. Kalau tak silap aku lah, huhu
Tapi kalau kau orang nak tengok part aku, sila kira sendiri 7 minggu dari sekarang. Episod ke8 aku dapat date. Jangan lupa tengok Take Me Out Extra, ahad, 7.30pm (tak silap aku) di NTV7 untuk tengok apa kami buat time date, yang itu aku punya episod 8.

So, any casting?? Kalau berpeluang, mungkin aku akan join any cast. Cuma secara jujurlah, aku lebih suka buat skrip dari jadi pelakonnya, tapi tak salah kan kalau kita cuba benda yang kita tak suka dulu baru kita dapat apa yang kita suka. Always like that what? Kan? Huhuhu

And, bila orang bertanya tentang kerjaya aku. Pekerjaan? Secara jujur aku cakap aku tak tahu nak jawap apa, dan time itu aku akan terdiam untuk beberapa saat, dan aku akan cakap ' Tak kerja' walaupun sebenarnya partime kat Mcd. Nak tau kenapa? Sebab aku just partime je, nothing should be proud with that. And nothing that i should said about it. I hate the job, and I hate 'all friend' on it. Aku cuma perlukan duit untuk membayar internet aku. Dan kenapa tak kerja saja? Sebab aku tak rasa yang aku nak kerja. Aku nak siapkan novel aku, lancarkan zine pertama aku. Aku bukan seseorang yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Itu saja. Nanti next entri, aku upload apa sebenarnya plan aku. Harharhar.
Doakan aku berjaya. *kenyit mata.


[ Google Image ]


P/S: Dating without camera is more fun. :)


Note: Kita tak perlu harapkan yang semua orang akan sukakan kita, sebab kita sendiri pun tak suka dengan semua orang. Tapi bila talk about feeling and relationship ni. Aku rasa, dengan pantas aku akan angkat tangan aku paras bahu, buka seluas luasnya and never to touch it. Mahupun gengam buat ke sekian kalinya.
Sambil berkata 'Woww.. Get that 'things' far from me! FUCKk!'

1 comment:

sHaZWaNi said...

haha...post sume cool...dr fb page ke blog...kinda so cool..like it..keep it up..haha... :P

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...