Wednesday, November 23, 2011

Aku bangga digelar BOHSIA

Akhirnya!!! Setelah 2 jam aku mengadap blog ini,
siap jua akhirnya,
Hahaha! Suka lah,
Dan aku rasa berbaloi sebab aku belajar HTML kat kolej dulu, walaupun tak banyak guna HTML pun, sekurang kurangnya aku tahu juga apa basic basic dia. Haha!
Amacam? Ok tak blog pinky aku? Siap Nuffnang lagi kan?
Hahaha Kau orang jangan lupa klik, boleh dapat pahala sebab membantu aku menjana pendapatan,
Hahahaha! Aku rasa lepas ni aku akan aktif dalam blog ini kot.
Dari fan page ke blog? Hahaha Agak gila disitu.
Dan fasal Nuffnang, aku akan buat satu entri untuk cara-cara nak letak kat blog kau orang ya.

Ok, mengenai blog baru ini, meh aku terangkan serba sedikit untuk kau orang lebih faham la ye, haha
Berikut adalah arah tuju setiap tab bar diatas :P

NEW!- Ini just entri terbaru je. A.K.A link blog aku. haha
Linda Zizan - Ini fasal diri aku, boleh klik dan baca pada kali pertama menapak blog ini.
CER-PEN - Lepas dah baca link fasal aku tu, kau orang mesti kau kenapa ada cerpen ini. Dan ini adalah antara koleksi aku.
P.I.L Hati - Mesti ada yang tertanya tanya, apa itu PIL Hati, bukan? Pil hati ini singkatan pada Puitis Itu Luahan Hati. So, puitis puisi semua akan dilabelkan disana.
Twitter -Anda akan dibawa ke dimensi yang berbeza, iaitu my Twitter.
Formspring -Pun anda akan dibawa ke dimensi berwarna biru. Alang alang dah tekan, sila tanyakan seoalan, tapi jangan sesekali tanya soalan yang melibatkan berat badan, dan juga jumlah lemak yang ada. Thanks!
Penulisan2u - Kat sini kau orang boleh membaca cerpen yang aku hantar pada mereka. Jangan lupa komen sekali! Haha!

Ok, just it. Dan terima kasih daun keladi sebab sudi baca dan singgah blog ini.
Kau orang nampak Chataholic sebelah kanan kau orang tu kan, alang alang dah singgah sini, tinggalkan link di situ, nanti aku boleh singgah blog kau orang pula. Huhu

.  .  .

Dan mengenai tajuk diatas,
Hahaha! Aku suka, dan aku akan buat satu cerpen or novel berdasarkan tajuk/kata buka tajuk blog ini. Mungkin tahun depan. Kontrol besi betul tajuk dia kan, harap harap idea pun sama.. Aduii =.=

Tolonglah doakan aku dapat siapkan novel pertama aku ini!! Banyak sungguh dugaan aku rasa, dah banyak kali aku rasa nak give up, tapi dah sampai ke tahap ini, tak akan lah nak putus asa kan? Go! Linda! Go!!


<3 Google Image <3

P/S ~ Aku kena tidur dulu, abang aku ni duk dah sasau nak skype dengan awek dia. Penangan cinta selama 5 tahun membujang. Aku pelik la, lelaki kan yang sepatutnya mencari perempuan, maksud aku mereka tak akan digelar perigi cari timba jika mengayat seseorang perempuan, tapi kenapa perlu single dalam jangka masa yang lama??

Note ~ Single adalah satu jalan terbaik bagi mereka yang takut pada komitmen.

No comments:

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...