Wednesday, January 29, 2020

Cashzine - cara buat duit tanpa modal

Pemandu Ford Ranger yang dirakam memandu secara berbahaya sehingga merempuh penunggang motosikal di lebuhraya PLUS Kuala Lumpur - Seremban tempoh hari telah ditahan.

https://helloworld-i4ln6sgakq-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRjh4NGp0Yy5jbiUyRkw2RG5COXloMTY1ag%3D%3D

Saturday, January 18, 2020

Bas ikut highway TM-KL

Hai,

Ya. Ini entri pertama setelah sekian lama. 

Ini pun kerna aku nak bagi peringatan pada diri sendiri, sudah acap kali terlupa akan waktu bas. 

Supaya senang lain kali tak payah tengah malam pukul 1 pagi begini nak snap gambar, dan tengok bas berangkat pukul berapa dan berapa..

Bas Tanjung Malim - Bukit Sentosa - Kuala Lumpur

Mengenai tajuk entri ni, aku tak tau nama bas ni apa pada mulanya, yang aku tahu bas ni terus ikut highway dan tak lalu pekan rawang, so sampai ke sudah aku panggil die bas rawang ikut highway.. Haha



With 💟, 
LZ

Sunday, June 30, 2019

Bye Juni 2019

Begitu cepat masa berlalu,
pejam celik sudah 2019.

Aku check stat dan masih lagi punya trafik, terima kasih pada yang singgah dan membaca cerpen cerpen lama aku. 

Bila dibaca semula semua, begitu liar dan kesatnya pengunaan bahasa.. haha

tapi itulah diri aku dulu, apa yang dah tertulis, aku biarkan saja. Anggap saja jiwa remaja aku punya angkara. 

Mengenai minat menulisku, anggan novelisku, menjadi blogger terkenal Linda Zizan... segala tergendala.. aku sedar semua punca dari diri sendiri.. Semua impian punah angkara sifat sendiri, cepat putus asa, cepat mengalah, takut pada kritikan, dan sudah tentu, terlalu sibuk urus hidup diluar laman sesawang.

Tapi at the end, menulis masih passion ku, dan doaku kan tetap terus menulis walaupun tidak dipamerkan, bakal dicerca atau segala. 

Jika anda membaca ini, terima kasih sekali lagi.. 

Semoga aku kembali ke landasan keghairahanku ini.

With love, 
LZ. 

Tuesday, November 7, 2017

Lamanya tak update

Rasa nak menulis balik...

tapi....

Hmm...

Entah mana hilangnya confident nak menulis semula

😔😔😔

Wednesday, May 31, 2017

Wednesday, April 19, 2017

#cerpenlindazizan : Drama Mia Rania - Part 1 (2011)



    Nyaringan siren ambulan itu memecahkan sunyi jalan raya. Dengan laju, ia ke hospital berhampiran. Rania terbaring di dalam ambulan tersebut. Adik perempuannya, Gina menangis melihat tubuh kakaknya yang telah kaku. Dhani cuba menenangkan tunangnya, dipeluk seeratnya tubuh Gina.

"Insya-allah, akak tak apa-apa, sayang." Dhani bersuara. Gina menangis di dada Dhani. Deras air jernih itu membasahi pipi gebunya.

Sebaik sahaja tiba di hospital. Rania disorong ke bilik kecemasan. Kepalanya penuh dek darah. Gina dan Dhani hanya tunggu di luar bilik itu. Tak lama lepas itu, kekasih Rania tiba, keadaannya serabut. Risau dan resah.

"Kak Nia macam mana?" Dia menyoal.

Tuesday, April 18, 2017

Pecah Tabung Sebelum Kahwin

Hello guys.

Assalamualaikum.

Good morning guys, aku tak tidur lagi ni, dok korek tabung tengah tengah malam..😂😂

Hahaha. (Gelak dulu). Tabung ni since tahun lepas lagi. Akhir tahun lepas. Masa beli tu, acah acah nak imbau kenangan jaman kecik kecik dulu. 

Tabung jenis apatahnamanya ni yang kena pecah baru boleh ambil duit tu, jenis tanah liat yg dikeraskan, err jenis kaca? Eh tah..kahkah korang tau la kan.. memang tabung anti korek korek lah ni. Hahaha

Masa kecik kecik, abah ada 1 jenis ni bentuk Donald Duck, tabung tu memang dah padat, then abah pecahkan guna tukul, habis berderai sekali duit berterabur.. memang sangat sangat memuaskan! Wakaka

So, aku pun beli la dengan penuh keazaman ni, mahu menabung. Dan merasai keseronokan duit berterabur tu... Wakaka. Dengan niat nak pecahkan sebelum nikah. 

Tapi, next week nak nikah ni, dengan ajam hot hot poop chiken aku, tabung pun separuh penuh.. tapi boleh tahan la beratnya.

Memandangkan sekarang ni darurat sikit, biasalah nak kahwin kan banyak pakai duit. So, aku pun korek la tabung ni. Lagipun memang dah niat pecah tabung ni sebelum kahwin. So why not. Hahaa.

Dengan penuh kegigihan mengorek dan menarik segala yang ada menggunakan ini!! Wahahahtahaha