Tuesday, October 11, 2016

#JuwieParamita

Ditanya berulang kali. Usah kata seperinciannya. Sebesar bateria itu pun sudah diselidik dipersoal. Namun masih, bisu juga tubuh itu.

Aku sudah tidak tahan.

Kenapa tiada siapa dapat merungkai apa yang ada pada gadis; yang orang sekeliling memuja Dewi Paramita itu. Gelaran itu cuma milik aku!

Sunyi.

Gelap.

"Juwie"

Dia masih mendiam.

"Beritahu pada aku. Apa rahasianya"

Air matanya mengalir. Titis peluh sudah mengering. Mungkin sudah penat meronta, kebarangkalian.

"Dewi Paramita"

Senyum sinis. Pantas aku tarik kemas bucu mukanya. Kasar. "Rasanya kamu tahu, sebagai ahli baru di dalam intitusi magis ini, batas batas kuasanya seharusnya punya had"

Tuesday, July 26, 2016

Dari semalam

Dari semalam lagi,
aku asyik terfikir fikir

Dari semalam,
aku ternanti nanti walau tiada niat mahu menunggu

Dari semalam,
sebelum lelap mata ini, aku termenung walau masih banyak perkara harus difikirkan

Dari semalam lagi,
aku terfikirkan dia.

Dari semalam,
bilahan sabit panjang, jubah ber-hood hitam, orangnya kacak, berkulit putih, gigi rapi tersusun sedikit taring hanya sebelah kanan.

Dari semalam,
dia beri senyuman tak keluan pada aku; katanya aku ini seterusnya, lalu lesap.

Dari semalam lagi sebenarnya....
nafas aku pun tlah hilang--

Sunday, March 6, 2016

Penaklukan (2014)

"Sedia."

Busur diangkat. Talinya ditarik hingga ke bibir. Tumpuan diberi sepenuhnya. Dalam bilangan 10 jasad sebaris sama mengadap sasaran mereka. Lelaki dewasa yang memberi arahan; angkuh. Menunggu anak anak didiknya bersedia untuk melepaskan anak panah tepat ke sasaran. "Lepas"
Bunyi panah yang laju berdesum, seperti yang dijangka. Hanya satu; tersasar. Tangisan mangsa dihadapannya semakin kuat, yang lain disenyapkan dengan panah yang tepat di dahi dan dada masing masing. Darah mengalir di bahu tak henti henti.
Si pemanah kecil itu mula cuak, dia menelan air liur.
"Freud!! Jumpa di Gha," Jerit si pengajar bengis. Gha adalah kawasan latihan bagi pemanah pemanah cilik.
Satu set busur besi dan beberapa anak panah di susun rapi, dan beberapa budak perempuan dan lelaki yang sebagai sasarannya berdiri, diikat kaki dan tangan, dalam jarak yang berbeza menangis teresak ketakutan, ada yang merayu dilepaskan, menyumpah nyumpah puak mereka.
Freud tergamam melihat mangsanya; 10 budak!
Si pengajar bengis telah lama menanti di tempat busur.
"Kau antara yang terhandal," katanya sinis "Bagaimana?"
Freud terdiam.
"Freud Colvin Werzack"
"Saya."
"Aku tahu kau sengaja tersasar."
Dahi Freud berkedut. Bukan susah baginya dengan jarak 100 meter itu, senang. Tapi, harus ke gunakan kanak kanak seusianya.
"Puak Jhidert pasti kagum, jika pewarisnya sendiri menjadi pemanah utama untuk upacara itu."
Dia akui, sebagai anak ketua Puak Jhidert semestinya menjadi harapan untuk dia lakukan tugasan itu bagi meneruskan kepercayaan tok kaduk mereka.
"Jadi..." Si pengajar menghulurkan busurnya. "Jangan hampakan ayahmu"
Lama dia mendiamkan diri. Untuk meneruskan kepercayaan itu, baginya hanya mitos dan mendatangkan masalah bagi puaknya sendiri. Langsung tak mendatangkan manfaat.
"Cepat anak muda!!!" Jeritnya, sabarnya sudah lama dibunuh.
"Tidak!"
Sunyi. Si pengajar tergamam. Anak anak mangsa juga turut sama. Tangisan tak lagi menjadi rutin; hanya jeritan merayu dilepaskan.
Si pengajar semakin berang. "Kau pasti menyesal! Lakukan tugasmu!"
"Tidakk!" Tegasnya. "Kita tak patut teruskan kepercayaan itu lagi!"
Bulat mata si pengajar; terkedu.
"Aku pewaris Puak Jhidert, kau patut patuh dan ikut dengan arahan aku!" Freud cuba pertahankan hak sebenarnya.
Si pengajar sudah tak tahan. "Tuan Colvin Werzack harus tahu perkara ini!" Dicampaknya busur dan bergegas mendapatkan raja mereka

***.

"Kenapa??!!" Tengking ayahandanya.
"Kerana kepercayaan itu tak masuk akal!"
"Sudah berkurun lamanya, kita aman disebabkan upacara itu anakku!"
"Tidak! Kita aman sebab banyak puak telah kita hapuskan pewaris mereka!" Terangnya dalam takut. "Di kepulauan ini, cuma tinggal puak kita dan puak Krekal, ayah. Upacara itu hanya menghapuskan puak puak yang ada disini--" katanya lembut.
"Tak! Upacara itu harus dijalankan jua!"
"Tidak, ayah!"
"Demi Puak Jhidert! Fikirkan apa jadi jika kita tidak lakukan upacara itu!!
Freud diam. "Tak---" Dia mengeleng. "Kepercayaan ini harus dihapuskan. Ianya cuma mitos yang gilakan kuasa!"
Freud keluar dari markas bapanya.
Menurut kepercayaan tok kaduk Puak Jhidert, pada purnama ke 5 dalam setahun. Upacara yang digelar Upacara Java harus dilakukan, ianya membawa arti penaklukan. Kepercayaan yang bagi Freud tamakkan kuasa! Pada upacara itu, mereka harus membunuh anak anak dari puak puak yang terdapat di dalam kepulauan itu. Jika tidak, bala besar akan menimpa puak mereka. Dikatakan, sudah beribu tahun, mereka melakukan upacara ini, hingga terhapus puak puak upacara tersebut. Dan kini, hanya tinggal Puak Jhidert dan Puak Krekal.
Kepulauan Trata yang penguninya bertelinga tajam berjasad manusia sempurna, dan rupawan hanya akan menghasilkan anak pada purnama ke 5, ketumbuhbesarannya pantas, dan jangka hayat mereka juga singkat. Hanya dalam setahun tubuh mereka membesar seperti orang dewasa. Kerna itu upacara tersebut ditetapkan setiap purnama ke 5 setahun, kerna selepas purnama ke 5, yang kanak kanak menjadi dewasa, yang dewasa menjadi tua yang lemah.
Freud tak puas hati. Ianya harus dihentikan.
Harinya sudah tiba.
Sejam sebelum upacara tersebut. Orang ramai berkumpul di hadapan pentas; berasak asak. Bersorak demi upacara itu. Freud berdiri diatas pentas, satu set busur dan anak anak panah disatukan di dalam begnya.
"Puak Jhidert pasti berbangga" Ayahanda Freud memberi ucapan. Orang awam bersorak. "Pewaris Puak Jhidert; Freud Colvin Werzack! Akan menjadi ketua bagi melakukan upacara ini!"
Freud mula rimas, orang ramai seakan dirasuk, sorakkannya.
"Tidak--" Suara suara terkejut kaum hawa menambahkan gimik.
"Kepercayaan ini harus dihapuskan!"
Orang ramai berbisik bisik.
"Apa kau buat ni, Freud!" Bisik ayahandanya sambil menutup mic pembesar suara.
"Dengar sini. Selepas tamatnya, purnama ke 5, aku akan mengambil alih atas kematangan aku! Maka, aku isytiharkan, tiada lagi Upacara Java! Kita akan bersatu dengan Puak Krekal!! Bergabung tenaa---"
Anak panah tepat dikenakan di mulutnya. Rebah.
Anak anak panah yang entah dari mana, melulu mengena mangsa kecilnya. Berterabur Puak Jhidert menyelamatkan pewaris masing masing, seraya jeritan mereka, "Ini adalah bala!" "Selamatkan pewaris pewaris yang lain!!". Kurang dari 30 minit. Semua kanak kanak dari Puak Jhidert dinyahkan. Semua tergamam dan histeria.
Keluar seorang budak perempuan, berpakaian kemas dari Puak Krekal. Pakaiannya dari kulit yang menampakkan keagungannya. Busur besi berkilat yang canggih dari puaknya diletakkan di belakang, "Ini adalah penaklukan" katanya sinis.
Tak sempat kaum kaum gagah perkasa Puak Jhidert ingin membunuh kanak kanak itu, Purnama ke 5 hilang di langit. Budak pemanah menjadi dewasa, Puak Jhidert menjadi tua kereput, tak berdaya. Dengan senang, si gadis tersebut melupuskan mereka semua.

Maka, tiada lagi Puak Jhidert di Kepulauan Trata. Puak Krekal hidup aman dan damai selamanya.

Saturday, October 17, 2015

Al-Fatihah; Allah menyayangimu

Hari ini (semalam).

Aku terima berita tentang kematian seorang rakan sekolah. Walaupun tak rapat, atau tak pernah berborak mesra, tapi bila lihat gambarnya; buat aku sebak. 'Budak satu sekolah dengan aku. Aku kenal dia. '

Pada usia kami ni, terasa begitu awal. Tapi, iyalah. Ajal maut semua tlah tertulis. Sekurang kurangnya, manusia yang pergi disebabkan penyakit yang dihadapi itu; bertuah. Kerna sakit itu pengampus dosa. Dan mereka bersedia dengan ajal yang mendatang. Tapi, kita ni yang masih sihat bernyawa, cergas kemana saja. Entah kapan. Entah la gimana kematian kita nanti.

Yang bikin aku bertambah sebak. Aku baru dapat tahu tentang kematian seseorang rakan ni yang baru sahaja 'pulang', walaupun tak rapat tapi pernah la bertegur sapa di FB, Kira kenal la juga. Hm. Aku punya excited wish birthday dia sebab sama dengan aku, bila aku usha FB dia, semua ucapkan takziah dan alfatihah. Terkilan aku. Bodoh kan, tak tahu langsung bila pemergian dia, cuma beberapa hari sahaja sebelum tarikh kelahiran kami. Sudah sebulan lebih baru aku tahu.

Al-fatihah buat kedua sahabat aku ini. Al- Fatihah buat Sakinah, Al-Fatihah buat Bob (Gundah Gulana). Dan mereka mereka yang telah terdahulu meninggalkan kita. Moga tergolong dalam golongan yang beriman, dan aman hendaknya. Allah lebih mencintai kalian.

Sementara kita yang masih bernyawa. Teruskanlah beramal. 

Kerna entah bila, tuhan akan menyuruh kita berhenti bermain, dan tiba masa untuk kita pulang.

Monday, June 8, 2015

Pertunangan bukan medan bergembira !

Pergaduhan dalam pertunangan itu bukan jaminan tidak akan bergaduh dalam alam perkahwinan.

Tapi, ianya adalah pratikal. 

Dimana kita akan belajar, bagaimana hendak mengawal emosi. Apa yang perlu kau buat bila dia tempe, apa perlu kau lakukan bila dia datang bulan. Haruslah ambil tahu segala ini, supaya fasa yang akan datang, sekurang kurangnya kau sudah sedia maklum. Sebab itu ada sesetengah ustaz (mungkin semua waallahualam) mengalakan pertunangan (tapi haruslah senyap senyap bak kata ustaz), sebab dalam sesi perkenalan itu, kita mengenai pasangan masing masing, which is sifat sebenar dia. Bukan nak kata yang dalam alam percintaan tak mengenali sifat dan perangai, cuma bila kau berada dalam alam pertunangan itu; adalah lain sama sekali; lain!

Kalau kau nak tunang, sebab mahukan status, kau akan menderita. Percayalah. Sebab dalam fasa pertunangan ini lah kita kena pandai kawal segala galanya; baik dari emosi, kewangan, dan menjaga perasaan keluarga kedua dua belah pihak.

Lagi satu, sebab apa banyak dugaan dalam pertunagan ini, sebab syaitan bengang, korang kan nak bina masjid. Sebab itulah mereka mereka cuba hancurkan. Dan tak dinafikan banyak putus di tepi jalan (jangan tengah jalan ya, nanti mati kena langgar). Tapi itu bukan perkara memalukan, dan putus tunang tidak lah menjatuhkan maruah mana mana belah pihak, nama pun sesi perkenalan, ye dak? Kalau dah kun fayakun, tidak serasi, macam mana nak bina keluarga bahagia?

Apa pun, segalanya pun bergantung pada takdir dan ketentuan Allah. Dah kun fayakun, kau nak buat apa pun tak boleh.

Tapi, kalau sebesar mana pun pergaduhan itu, sejauh mana kau rasa kelak. Ingat kembali, sebab apa kau ingin mengahwini dia. 

Hidup ini sendiri pun sudah dugaan. Apatah lagi mahu berkongsi hidup dengan manusia yang bukan kau kenal sejak lahir. Orang asing yang bikin kau jatuh hati dan mencintainya; sanggup sehidup semati.

Cuma satu, yang aku mampu ingatkan kau agar kau tak terasa kehilangan bila sesuatu buruk terjadi; yang hidup kita ini pinjaman cuma. Suami kau, tunang kau, anak anak kau, ibu bapa kau, malah jasad kau. Sekelip mata Allah nak ambil. Dia ambil. Tapi dia beri kau peluang; untuk apa? Untuk kecapi janji sebelum ruh kau ditiup dalam rahim mak kau; bertakwa padaNya. Tahu, aku bukan alim mana, tapi aku cuba. Sampai bila kita nak hidup hanyut macam ni kan? Ingkar arahan Dia... 

Tiba masanya, kita kena berubah sendiri.

Hanya untuk kehidupan Akhirat.

Monday, June 1, 2015

Juni Juli

Hi, juni.

Jangan cepat cepat ketemu Juli ya.
Biar aku hayati kau sepenuhnya.
Jangan jadi cilaka ya.
Jika tidak, aku bisa tidur selamanya.

Hi, juni.
Jangan cepat cepat ketemu Juli.
Nanti aku binasa.

Sunday, May 31, 2015

Take it serious, lets get marry!


Ok, ini review kursus pra perkahwinan yang aku hadiri dua hari ni; 30hb & 31hb Mei 2015
Hai. Maaf kalau apa aku coret coret ni menyenggong perasaan kebanyakan mahupun indiviual.
Aku tak rasa kursus kahwin ni membosankan seperti kebanyakan kata. Aku suka majlis ilmu macam ni. Dia ajar kita macam macam termasuk penggunaan kondom (kahkahkah).

Dan kenapa pic yang ni aku ambik bukan buku buku klise orang snap masa kursus? Sebab ini adalah salah satu KETAKUTAN aku masa sebelum decide nak take it serious lets marry. 

Aku masih tak faham, semua keterangan yang diberi adalah solusi penyelesaian. Apa yang perlu apa yang tidak kenapa perempuan LEMBAB kenapa lelaki TAK MENYABAR. Itu adalah fitrah yang manusia dah melupainya dan tugas mereka adalah mengingati kita semula. Tapi biasanya itu yang menjadi punca punca penceraian. Betul. Tiada jodoh. Tapi bukan kah Allah dah kata, usaha utk dapatkn apa kamu mau. USAHA dapatkan hati suami balik, hati isteri balik. Kenapa kau bercinta dengan dia. Terdesak nak kahwin buat loan bagai. Duit habis masa membazir dan ianya berakhir perceraian. Betul. Boleh bercerai, Allah bagi tapi itu yang dibenci sebenci bencinya walaupun dibenarkan (halal).

Dan ustaz ada kata; sebelum mendirikan rumahtangga bertunang dulu, 50% perangai sebenar akan keluar dalam producer ni. Aku alaminya sendiri dan betul. Tepat. Maka aku faham kenapa ramai bercerai tunang ni. Tak nafikan takut tu memang ada, tapi sayang itu masih kuat.
Dan duit. Kebanyakkan perceraian terjadi sebab duit. Duit banyak sungguh menyebabkan kita berbelah. Duit duit duit. Hilang kasih hilang sayang. Tak dinafikan, aku rasainya memang betul. Seksa, tapi kalau kehilangan dia lagi menyeksa (jiwang la pulak. Kahkah)

Apa pun, huraian macam mana aku lakukan ini. Segalanya berbalik pada Allah. Kenapa duit kita tak cukup, kenapa kurang keserasian rumahtangga. Kenapa bergaduh bertengkar. Segalanya. Semuanya sebab kita tak jaga hubungan dengan Allah. Semuanya berbalik pada Allah. Kalau ada masalah rumahtangga mengadu pada Allah, kalau nak luahkan perasaan pada jasad, jumpa ustaz ustazah bertauliah di pejabat agama. JANGAN MENGADU PADA IBUBAPA KAWAN KAWAN DAN FACEBOOK!! Kita adalah pakaian pada suami dan suami adalah pakaian kepada kita. JAGA AIB MASING MASING. Sebab walaupun pada kawan baik kau sekalipun kau bercerita perihal suami kau, kau sedang membuka aibnya.

Aku sokong tentang kahwin menutup aib kita. Sebab cuba kau fikir lelaki perempuan berdua duan. Apa kau rasa? Aib kan? Cuba kalau dah kahwin. Tak kan? Sebab dah halal? Nampak tak ke-halal-an itu menutup aib?

Aku suka ayat akhir dalam topic komunikasi suami isteri; tugas seorang isteri adalah mengoda dan menrangsang suami. Kahkahkah.

Malangnya, kursus aku pergi ni sekali dengan rombongan cikkiyah bebudak hingusan yang ditaja kolej mereka yang sedetik pun tak terfikir mengenai perkahwinan.
Aku sarankan pada yang belum sedia nak kahwin tolong jangan mengedik pergi kursus kahwin. Sebab kehadiran korang ni menganggu focus kami yang memang nak kahwin ni dengan soalan soalan super duper bodoh nak mampus!!

Semoga pihak Jais atau jabatan jabatan agama atau agensi agensi, lakukan kursus kahwin ni ada expired date 6bulan sebelum kahwin atau setahun sebelum kahwin bagi mengelakan budak budak tak cukup umur ni mempelajari cara cara memakai kondom. 

Sekian, terima kasih.