Sunday, March 27, 2011

I'M SINGLE, but my heart is taken by someone i can't call as MY OWN..



Tak tahu kenapa suka dengan ayat tu, kkkkk
Tapi itulah keyataannya :)
I'm single, but my heart is taken by someone i can't call as my own,
FYI, not my ex ok... He's dead..
And about him, memang banyak dalam blog ni, termasuklah dalam cover 1st story aku,
deemmmmmmm..
Kalau aku tahu, memang aku takkan terima dia, takkan pinjamkan duit kat dia, takkan date dengan dia, takkan tinggalkan coffe sebab dia, takkan bawak dia jumpa mak, abah, abang, takkan topupkan dia, takkan pegang tangan dia sepanjang hidup ni, takkan berangan dengan dia, takkan berangan naik pelamin dengan dia, takkan ada anak nama 'arrysa', batrisya' and 'thania', takkan semuanya dengan dia..
Tapi kita hanya mampu merancang je kan, ALLAH yang tentukan, dan takdir hanya jalankan tugasnya, takkan nak lawan suratan takdir yang dah tertulis.. Kalau ikutkan, memang aku ungkit semua yang dia dah buat kat aku, tapi buat apa? Perlu ke?? Dia bukan jodoh aku,dan aku akan dapat yang lebih baik dari dia..
YUP!! LEBIH BAIK DARI DIA!!

Salah aku juga dulu, sebab sangkut dengan dia sebab 'kecomelan' dia,
baik! Fikir buruk dia? Rambut botak.. memang sangat kelakar kalau pandang belakang dia bila rambut panjang, tapi aku tanak lah sakitkan hati dia, tengah sayang katakan, mestilah diamkan aja...
Jap, tu je lah .. HAHAHAHA
Baik, itu sangat tak membantu.
Ok, cuba lagi, dia ni, tak adalah handsome mana pun kalau nak dibandingkan dengan Rosyam Nor masa muda dulu..
Hah! Pastu, dia suka mungkir janji, ya! sangat! Kata nak gantikan duit yang pinjam at aku dulu, tapi, tak ada pun, tau-tau terus mintak putus.
Sangat tak menepati janji! My mom really hate that! She told me,
tapi macam biasa, orang dah sayang, jaga hati lah, aku diamkan, and cakap tak apa.. Padahan telinga ni binggit dengar mak membebel suruh dia gantikan duit aku tu..
Tapi biarlah, semua barang dia aku dah buang pun, anggap jelah duit aku at dia tu, topup semua tu kira aku beli barang-barang dia tu lah.. Adilkan? Baik! ZIP MULUT!

Ok, apa lagi? OMG! My Nokia x5 !
Dia kata nak belikan.. Rugiinya aku!!!:D:D:D
(kan! aku dah cakap, sangat tak menepati janji! Kau percaya jelah dia, miss 'his new girlfriend' ..
Awak akan terima padah macam saya.. Tak percaya, tunggu jelah)

Baiklah, lylie! Thats bad!
Tak baik mengaibkan orang! Apa lagi memburukkan orang,
Kejap! Bukan sama ke tu .. kkkkkkkk
Tak kisahlah, tapi sangat tak baik,ok lyy!
And jangan sesekali ungkit benda yang dah lepas,
biarkan dia berlalu bersama angin lalu..
Wah! Berpuitis pulla!

Cakap pasal berpuitis,
YA! aku kan writer, kenapa aku perlu fikirkan dia lagi, banyak lagi aku kena fikir, ending Seruan!!
Cam mana??? Hahaha
Ok, lepas habis study, aku akan cuba buat manuskrip dan hantar pada buku prima atau fajar pakeer,
Ya!! Aku akan jadi famous!! (sangat tamak halober!:p)
Tapi tak rasa macam muda lagi ke nak jadi novelis pada umur 21tahun ni??
aku tengok semua novel yang laris pun semua novelis dia dah 30 ke atas...
a.k.a berpengalaman.. Hmmmm..
Aku ada cakap camtu dekat penasihat a.k.a besti saya.. and dia cakap..
'Nak jadi novelis bukan kena ikut umur, tapi dia ikut pengalam yang mereka ada'
Lebih kurang macam tulah, kira macam banyak pengalaman yang pahit sekaligus membolehkan dia menulis dengan hati yang ikhlas..
Wait! Aku memang macam tu, kebanyakan dia cerita aku adalah impian yang tak mungkin aku capai,
wow~ pencapaian yang baik ni, :)
Sangat bagus cik Linda Zizan! Hope kau dapat jadi novelis yang terkenal satu hari nanti dan buktikan yang kau boleh teruskan hidup tanpa dia,
kejap cik lylie!
Can you stop talk about him?? ANNOYING LHA!!
bukan kau dah ada 'secret admire' ke?

WOW~
A'ahlah, siapa si dia ya??
Adalah, budak MIM jugga, sangatsangat taste saya,
Hari tu, mak cakap, suruh cari BF yang tua sikit, and tinggalkan mika,
time tu memang aku dengan jantan tu, aku pun marah lah mak aku sebab suruh tinggalkan dia, mak aku pun dengan sporthing berkata.. 'dah dia buat kau macam tu! Kau nak dia lagi'
Baik~ aku memang terdiam! tak pepasal kena tempik pula, hahaha
Pastu mak kata suruh cari yang 5 tahun lebih tua, lagi tua lagi bagus, tapi duit mesti banyak,
aku pun cakap lah, si jantan tu lagi.. aku nak dia sebab dia handsome!
And mak aku cakap...
"Duit ke rupa paras yang dapat jamin masa depan kau?! Setakat muka handsome, tapi duit tak ada, buat apa, kau cari je yang tak handsome ni, lagi handsome, lagi buat sakit hati je, sebab semua perempuan nak dekat dia.. Lagi satu, tak payah carik yang sebaya, sebab lelaki ni akan nampak lebih muda dari perempuan 5 tahun, dan time kita dah tua, mesti dia akan cari lain...."
macam biasa, aku akan lawan cakap mak, pertahankan mr. Just tu..
"Tapi pak** dan mak** tu.. sebaya je..ok je.."
Mak aku pun bercakap dengan nada yang kuat..
"Macam kau tak tahu pulak kan kes diorang!! Lagi satu, lelaki memang akan curang, mana ada orang tak curang..."
Ok.. aku terdiam lagii.....
Time tu pula, aku tengah on9 kat bilik abang aku, aku tengah layan MIM,
aku tunjuk cam si 'dia' ni, aku bagitahu detail dia at mak aku, and mak aku kata, ok ..
Pas tu aku tunjuk pic dia kat FB dia, mak aku pun berkata sambil mengeleng kepala..
"Tak payahlah, handsome.."
Pulakk .. Aku terdiam lagi.. Hahahahaha

Aku ada tanya dia kenapa dia tak ada GF,
dia cakap tak suka terkongkong,
OK, baiklah...
Dia memang tak berminat kan dengan couple-couple ni,
Disappointed lah juga, nak je aku cakap kat dia..
'Saya suka kat awak, kalau awak tak suka couple tak apa, awak masuk je minang, kompom, lyy terima!!!'
Hahahahahaha!! Aku ni memang kuat berangan, bukan?! :D
Tapi bila difikir balik, nak buat apa couple-couple ni, bak kata dia, aku masih muda..
Panjang lagi perjalanan..
Ya! Memang betul,
Jadi aku pun ambil keputusan:

Saya tetap suka kat awak, dan tak sabar tunggu waktu malam dan dengar awak TM, skod awak.. Saya tak nak awak tahu yang saya suka awak, (even si Jalak tu buat kecoh.. Dia memang sawan!!)
Cukuplah saya tengok awak dari jauh, ianya cukup buat saya tersenyum panjang...
Dan saya rasa, hati ni pun tersenyum lebih bahagia dari masa bersama dengan ex saya tu .. :)
Kalau ada jodoh, adalah, kalau tak ada, nak buat macam mana kan .. Terima jelah .. :))

Aku akan berhenti merokok, jaga perangai, tak nak couple-couple yang belum menjanjikan kebahagian kekal ni..
Aku nak baiki diri, sayangi diri sebelum terima orang lain..
Kalau awak suka saya .. Masuk minang je lah, dah malas nak couple!
heee

Sekarang,

Aku masih ada ramai kawan-kawan yang boleh bagi aku kasih sayang, yang ambil berat sal aku..
Lebih dari teman lelaki bagi kat aku..
Dan,
Aku sudah mampu untuk tersenyum panjang lagi ..
Yang lebih bahagia dari sebelum ni ....... :)

Lebih2 lagi, bila terfikirkan si 'dia' !!:D:D:D:D

00_MADE_IN_MALAYSIA_00

Kau orang pernah dengar CAMFROG??
Tak??!! Better you click here now .. CF
and download just right now, ok buddy!

Ok, sebenarnya saya tak adalah lama mana pun dalam camfrog(CF) ni,
tapi dalam masa yang singkat ni, saya jumpa ramai kawan yang sekepala,
yang melupakan diri yang tepu dek masalah, sekaligus lupa pada masa.
Yeah! That's bad!

Ok,
Pasal made in malaysia(MIM),
Antara room yang agak lama lah,
Apa yang menarik tentang room ni, adalah ke'sporting'an mereka yang amat tak terbatas,
pada yang takk 'open-minded' mesti akan anggap room ni 18sx..
NOPE! They're not,ok..
Tolong jangan pandang tak ada mata dan minda,
itu cuba hanya guranan, kamu tak kenal lagi, memang lah akan anggap benda itu sesuatu yang teruk, dan tak senonoh..
Well, saya pun anggap macam tu juga, tapi bila dah kenal dengan rapat, saya suka kawan dengan mereka,
hingga tanak out langsung! Kalau boleh nak park id jerk...
kkkkkkkkkkkkkk


"anyway, friendship till the end..jadikan room untuk mengeratkan silaturahim & bkn tuk mncari kesalahan kwn2 yang lain...:) " - nurkumalasari


"warna itu tak penting, yang penting adalah persahabatan yang terjalin" - JALAKLENTENGPUTUS




Ok lah, marilah kita senarai pendekkan owner2, op2, dgn member saya...:D


Jalaklentengputus: dia ni gay, kkkkk.. tak adalah, dia antara owner yang saya suka bkawanlah, gurau-gurau jugak, tapi dia ni caring juga pasal member2 dia.. :)
giler dia bertambaah bila si bumblebee ada, dia pun famous dengan gelaran raja jilat, tak percaya? skod lah dia.. :D:D:D


nurkumalasari: tersangat-sangatlah always perasan, cuma dia sahaja kawan perempuan yang rapat dengan saya

zaroll85: Saya, saya.. suka dia.. main gitar .. Hahahaha dia ni lebih kurang macam abang angakt sayalah.. :)


raga87: Dia ni boleh tahan babun dia juga, lagi2 kalau ada si zaroll, main block2 mic, dah macam main walki tokie..:)


bumblebee: Pasangan dia si jalak tulah, kalau jalak dengan lidah, si bee bagi sokongan kuat dengan sound dia.. :D


ryan_playboy: Si player terkenal, time keje pun blh on9.. jeles ni!hax


pakd3n: Dia lah 1st DJ, yg wt saya tersangkut dalm MIM, tanggapan pertama saya yang bdk2 MIM, mmg cool, mane taknya.. pukul4 lebih dok tm, dgn kepala goyang2.. kkkkkkkk


and tak lupa jugga pada member2 lain, kecik, weng, efa, aisya, amy_fiza, dan ramai lagi yang saya terlupa nk mention .. :) 




Terima kasih kerana sudi layan kerenah saya, time saya sedih, gila dan sawan, koranglah kawan yang paling best!!! yang saya pernah ada .. :))




Tuesday, March 8, 2011

Esok saya akan di operat .. :(

Hari ni sja aku dah buat tweet akaun, youtube akaun, bukan apa, saja je..
Boring mengadap FB je keje ..
hahaha

Pada sesiapa yang ada youtube akaun, boleh lah add as friend kalau mahu..
Kat situ, aku akan upload story-story, vid-vid assignment lepas, selain tu..
vlogging.. mungkin .. Tapi tak tahu lah, aku tak boleh jadi macam mereka-mereka,
si vlogger-vlogger hebat macam anwar hadi, matluthfi90, meekakitty tu..
Kenapa?
Sebab bila berdepan dengan kamera, aku akan jadi.... SPEECHLESS !
Hahaha tapi, kalau berlakon boleh pulak .. Aku suka ..
hahaha Funny hah?

And, twitter, aku saja je buat.. Sebab apa? Saja jep, inform my next story uploaded, and my felling ..
Not more than that... :)

Well, Esok, tepat pukul 10 kena ada dekat klinik.
Ada pemedahan dijalankan ke atas aku!!
wHAT??!
Yup ..
Gusi ni hah, halang gigi gahang aku untuk tumbuh dengan sihat, so, kena lah buang sikit ..
Tapi bukan apalah, bukannya pemedahan hati yang aku kelentong friend at facebook ak tu ..
Buat masa ni, alhamdulillah, hati aku ok lagi..
Tak ada heartbroken lagi dah .. Hahaha
So, esok.. Doakan aku tahan sakit kena bius dekat gusi ni ..
YA ALLAH!
Honestly to say, i hate operation !!
Wish me save ! hahahahaha

Sebenarnya aku malas nak update, tak tahu nak update apa,
tapi rasa kesian la pulak at blog ni, sunyi je nanti ..
huhu
Sebab tu la aku update, dan melalut ..
Ok, baiklah ..
Tak nak melalut dah ... See you soon ... :D

Friday, March 4, 2011

please like my story ... :D

Location: Cyber Cafe
Time: Kat atas dah ada tu ..
Mood: Aku sendiri pun tak tahu..

4 March '11,
551 people likes THIS,
i'm so appreciate for those who follow and like my story..


Luna: Tapi yang like and follow setiap cerita kau tu tak sampai pun 50 orang, hahaha
Lynx: Luna, stop it!
Luna: What?? I telling the truth.. Paling ramai lah kan, berapa orang yang like every episod?
Lynx: Errr... tak sampai 30..
Luna: Look, told yah!
Lynx: Ermm ... 
Luna: Page kau tu since bila?
Lynx: 20th Aug. 2010..
Luna: Hahahahah Since last years, till now, baru 551 likes?? Wack! Kau tengok inianwarhadi, 29 ribu likes tau, dia baru join awal tahun ni..
Lynx: Please lah.. Jangan nak jatuhkan aku lagi, kira bersyukur lah tu ada orang nak like and jadi follower kita. Lagipun, dia tu vlogger, aku ni writer, mana nak sama.. Memanglah ramai orang yang suka. So, please. Jangan sesekali buat aku lemah hati lagi dengan fan-fan semua ni. Just jaga attitude kau tu. Nanti hilang mood aku nak mengarang lagi kunk..
Luna:Ada ke yang nak baca cerita-cerita mengarut kau tu? Ada ke hantu jatuh hati pada manusia. Nonsense! 
Lynx: Miss Luna, kau tak tahu apa pun, salah ke aku guna benda-benda 'mengarut' tu sebagai satu penghiburan untuk pembaca aku? Whatever! Lebih baik aku terus mengarang dari melayan kau .. Bye!
Luna: "Whatever~" (mengejek)


Hurmm, ada lagi dua jam untuk saya call mak saya untuk ambil saya dari cc ni. Damn! Kenapa aku rasa down sangat eh? Esok dah mula shooting, ketidakyakinan ini kot yang membuatkan aku rasa down? Takut untuk kalah, kecewa, sakit, merana. Aku takut, tapi itu lah yang kita kena lalui, setiap detik, tak akan nak happy all the time kan? Tapi, otak ni..


Perkara-perkara yang tak akan jadilah yang selalu keluar untuk menjatuhkan diri ini. Walaupun saya tahu benda itu tak adalah penting asangat pun, tapi....keyakinan ini... Huargh!!! Teruknya. Betul-betul membuatkan aku rasa orang yang paling teruk, walau pun saya tahu ada orang lagi teruk dari aku.. Hahaha! Apa yang aku merepek ni? Jerk!


Tadi open profile si dia, damn! Aku ternampak perempuan tu punya profile lagi, and aku yang penuh kesengalan ni pergilah open(jom kata bodoh dekat aku reramai!), kenapa aku sakit hati sangat dengan perempuan gemuk tu. Kenapa aku ni??!!! 


p/s: Aku check page aku tadi, turun 550 likes, hahaha suka main-main kan .. sabar jelah ....


misi bulan March!

  • Nak kurus! (maaf ya, saya tak percaya ubat-ubat pill ni)
  • tingkatkan cara penulisan
  • setelkan project, setel short terus buat semua.
  • kerja dengan rajin untuk beli hadiah untuk si pengarang jantung.(berapa byk untuk dahh~)
Ok, sampai di sini sahaja, mungkin buat masa ni agak bz, xdapt nak on9 and update status, and blog. 



Wow, wait ! He getting famous! Hahaha baru nak publish blog ni, terdengar pulak ada mamat depan ni cakap pasal inianwarhadi. Hahaha, well tak dinafikan, dia memang bagus, kelakar, and good in english. I'm so jealous with him. Sorry, bro! :D
For those who want to see his vid, just click here. 


Selain dia, meekakitty pun aku ada layan vid dia juga, vlogger yang sangat kelakar, cute, comel, semuanya, BTW, dia juga model tao. 
For those who want to see her vid, just click here!

OMG!! I LOVE THEY BOTH!!

Err, bukankah saya kata nak out tadi? haha ok, BYE!!

Sunday, February 27, 2011

Jangan harap semua orang sukakan kita, sebab kita sendiri pun tak suka kan orang lain sangat." - Hanis Zalikha

Er, lebih kurang macam tu la juga ayat si hotest model Hanis Zalikha tu.
Apa yang aku suka dengan ayat tu? Kebenaran! Yup! Memang betul pun .. Hahaha
Memang lah kita tak boleh harapkan sangat untuk orang sukakan kita, semua orang. Yela. In fact, kita pun tak sukakan se'part' se'part' orang. Betul la kan? Tak betul? Ok! Kita tengok. Kau suka kawan kau tikam belakang? Hipopotamus  Hipokrit? Dan lain-lain?? Well, tak dinafikanlah. Kalau ada kawan kau yang macam tu, mesti kau tak suka.Hahaha!

Well, The point yang aku nak cakap ni, not too improt important pun. Hahahaha
Ok, so abaikan. Tak penting, saja ja nak panjangkan entri ni. Boleh tak? hahaha
The moral of the mengarut, just be yourself, tapayah harapkan orang nak sukakan kita, betul lah apa yang Hanis tu cakap. Just jadi diri sendiri. Even how suck you are... :D




Perkembangan terbaru cik Linda Zizan kita ni?
Baru je upload cerita baru. Seruan. Pasal hantu yang jatuh hati pada manusia. Macam mana tu eh?? Hahahaha Aku baru upload part 1, alhamdulillah,banyak lah sokongan dari sebelum ni.. So now, dah ada 6 story. Lagi satu cerita jer yang tak upload dekat sini, Takdir Arrysa. (sebab aku malas nak upload and edit! Semua ada 17 part!)

Saturday, February 26, 2011

Hye you! Yeh YOU !! cheak out my new story ... -Seruan

Seruan
Akibat terikut ajakkan sahabatnya untuk bermain mainan seruan hantu atau lebih popular dengan "Spirit of the coin".
Setiap malam Danisya diganggu oleh hantu lelaki yang mahu bersahabat, 
apa yang bakal terjadi?? Apabila sang hantu jatuh hati pada manusia?




Cuba teka gambar sapa aku edit ni .. 
What the soooo handsome ghost!!
Be my BF please!! hahaha 

Thursday, February 24, 2011

Cinta Seiras (2011)

Bertahun menjalinkan hubungan dengannya, akhirnya hubungan Fadzil dan Tania melangkah terus kehadapan, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung tak lama lagi, boleh dikatakan Fadzil lah orang yang paling bahagia saat itu, tapi sayang .. Tania pergi meninggalkan Fadzil, disaat mereka hendak diijabkabulkan, Fadzil murung selama setahun, tapi atas supporting kekawan, Fadzil kmbali bertenaga.. dan dia yakin dia akan bertemu dengan insan yang sama seperti Tania.. Dalam masa yang sama, Eriana datang dalam hidupnya, mengubat hatinya, memulihkan lukanya. Tapi dapatkah dia jumpa apa yang dia cari, cinta seiras Tania?







Cinta Seiras (part 1)


Cinta Seiras (part 2)


Cinta Seiras (part 3)


Cinta Seiras (part 4)


Cinta Seiras (part 5)


Cinta Seiras (part 6 - END )




click on image for the better reading

http://www.facebook.com/album.php?aid=48029&id=152997938047460