Sunday, May 31, 2015

Take it serious, lets get marry!


Ok, ini review kursus pra perkahwinan yang aku hadiri dua hari ni; 30hb & 31hb Mei 2015
Hai. Maaf kalau apa aku coret coret ni menyenggong perasaan kebanyakan mahupun indiviual.
Aku tak rasa kursus kahwin ni membosankan seperti kebanyakan kata. Aku suka majlis ilmu macam ni. Dia ajar kita macam macam termasuk penggunaan kondom (kahkahkah).

Dan kenapa pic yang ni aku ambik bukan buku buku klise orang snap masa kursus? Sebab ini adalah salah satu KETAKUTAN aku masa sebelum decide nak take it serious lets marry. 

Aku masih tak faham, semua keterangan yang diberi adalah solusi penyelesaian. Apa yang perlu apa yang tidak kenapa perempuan LEMBAB kenapa lelaki TAK MENYABAR. Itu adalah fitrah yang manusia dah melupainya dan tugas mereka adalah mengingati kita semula. Tapi biasanya itu yang menjadi punca punca penceraian. Betul. Tiada jodoh. Tapi bukan kah Allah dah kata, usaha utk dapatkn apa kamu mau. USAHA dapatkan hati suami balik, hati isteri balik. Kenapa kau bercinta dengan dia. Terdesak nak kahwin buat loan bagai. Duit habis masa membazir dan ianya berakhir perceraian. Betul. Boleh bercerai, Allah bagi tapi itu yang dibenci sebenci bencinya walaupun dibenarkan (halal).

Dan ustaz ada kata; sebelum mendirikan rumahtangga bertunang dulu, 50% perangai sebenar akan keluar dalam producer ni. Aku alaminya sendiri dan betul. Tepat. Maka aku faham kenapa ramai bercerai tunang ni. Tak nafikan takut tu memang ada, tapi sayang itu masih kuat.
Dan duit. Kebanyakkan perceraian terjadi sebab duit. Duit banyak sungguh menyebabkan kita berbelah. Duit duit duit. Hilang kasih hilang sayang. Tak dinafikan, aku rasainya memang betul. Seksa, tapi kalau kehilangan dia lagi menyeksa (jiwang la pulak. Kahkah)

Apa pun, huraian macam mana aku lakukan ini. Segalanya berbalik pada Allah. Kenapa duit kita tak cukup, kenapa kurang keserasian rumahtangga. Kenapa bergaduh bertengkar. Segalanya. Semuanya sebab kita tak jaga hubungan dengan Allah. Semuanya berbalik pada Allah. Kalau ada masalah rumahtangga mengadu pada Allah, kalau nak luahkan perasaan pada jasad, jumpa ustaz ustazah bertauliah di pejabat agama. JANGAN MENGADU PADA IBUBAPA KAWAN KAWAN DAN FACEBOOK!! Kita adalah pakaian pada suami dan suami adalah pakaian kepada kita. JAGA AIB MASING MASING. Sebab walaupun pada kawan baik kau sekalipun kau bercerita perihal suami kau, kau sedang membuka aibnya.

Aku sokong tentang kahwin menutup aib kita. Sebab cuba kau fikir lelaki perempuan berdua duan. Apa kau rasa? Aib kan? Cuba kalau dah kahwin. Tak kan? Sebab dah halal? Nampak tak ke-halal-an itu menutup aib?

Aku suka ayat akhir dalam topic komunikasi suami isteri; tugas seorang isteri adalah mengoda dan menrangsang suami. Kahkahkah.

Malangnya, kursus aku pergi ni sekali dengan rombongan cikkiyah bebudak hingusan yang ditaja kolej mereka yang sedetik pun tak terfikir mengenai perkahwinan.
Aku sarankan pada yang belum sedia nak kahwin tolong jangan mengedik pergi kursus kahwin. Sebab kehadiran korang ni menganggu focus kami yang memang nak kahwin ni dengan soalan soalan super duper bodoh nak mampus!!

Semoga pihak Jais atau jabatan jabatan agama atau agensi agensi, lakukan kursus kahwin ni ada expired date 6bulan sebelum kahwin atau setahun sebelum kahwin bagi mengelakan budak budak tak cukup umur ni mempelajari cara cara memakai kondom. 

Sekian, terima kasih. 

Saturday, May 30, 2015

Stress

I lost a lot interest of everything, unstable mood and hormone. A stage being stress; as said of motivator at kursus pra perkahwinan today.

And one of the stress made when people keep talking about your figure but then you dont even care anymore. I dont care how fat i am. I just to eat. Cause im stress.

And one of the stress made cause money. Yes. Yes. Money had a lot sperate us. A lot. Few month to weds and non money even i saved to help future life. Well well. Now i know what the dugaan it is in engagement. Its getting high, its getting hard otw to adult. I didnt have job. I dont have money. I quit my job cause i hate the people around and i dont know how to handle even more 1years and half experience doing that damn job. I dont know how to deal with people. And that make me a bad worker, before boss talking bad more and more about me, so i decided to quit even i dont have apply to anywhere. Silly me but i safe my heart being broke cause i dont know how to explore madness. Pendam itu kepakaran aku.

Life getting fakap. Suicide had alot in mind. But ruh had alot missed truth village.

Whoever who read this. Love yourself. Youre amazing. Youre the champion from 22juta of sperm. Lol. Pls dont kill yourself for stupid thing.

Pls, linda. Dont kill yourself just because Allah love you; that why He's give dugaan.

Allah always with us. Always. :'(

Thursday, May 28, 2015

Malam yang indah - Laura Caldwell #reviewlindazizan

 
Dah lama beli tapi baru aku habis baca tak sampai seminggu. Aku memilih buku ni sebab penulisnya; si Laura ni (buku sebelum ini; #akuinginbebas )   . Aku suka betul penulisan beliau (yang telah ditranslatekan menjadi bahasa melayu which is memudahkan aku faham dari english) sebab dia bawa aku ke kehidupan barat! Lol. Aku tak tahu nak kata kan macam mana, tapi aku percaya ulat ulat buku pasti ada rasa tersendiri setiap kali menelaah aksara buku tebal.
 
Bukan sahaja si Alexa; tapi aku juga cemburu dengan kehidupan si Billy ni. Iyalah, berkerjaya berpotensi dinaikan pangkat. Berkeluarga dilimpah dengan kemewahan. Tapi, percayalah. Apa yang terpapar pada luaran wanita hebat ni. Tak adalah semua yang indah; ayahnya telah meninggalkan dia seusia tujuh tahun dan dua orang kakak juga ibu. Suaminya menjauhkan diri selama dua tahun. Dan dia berharap yang rakan sekerjanya si Ev itu membalas cintanya. Dan ibunya mengalami kemurungan setelah kematian bapa tirinya, Jan.

Maka, punca punca begini lah dia mendapatkan khidmat dari Blinda (Blinda tahu, bukan be-linda) si ahli terapi. Dan dia memberinya satu katak jed; ianya akan membawa tuah, katanya.

Dalam satu malam itu dia mendapat segalanya. Suaminya kembali menjadi romantik, ibu punya kehidupan sendiri, malah si Ev mula mengoda! Dan tak semena dia dinaikan pangkat. Semuanya gara gara si katak ajaib. Percayalah, dari kehidupan yang diimpikan itu bukan lah yang dijangka. Dia mula tak selesa dengan suaminya yang begitu optimis, si Ev pengoda, dan makin lama dia makin kehilangan ibunya yang sibuk dengan kehidupan sendiri. Dia mula rindukan kehidupan lama. Jadi dia buang katak tu tapi ianya kembali. Cuba la apa pun, tetap kembali. Sebuah lagenda mendapati, katak itu membawa malang kerana ada yang membunuh diri (apa yang dia dapat tahu bila ada satu lagi katal serupa di muzium). Jadi, dia berusaha mendapat kehidupan baru setelah mendapat khidmat nasihat dari kilent dia; dengan memulakan kehidupan baru!
 
Dia melucutkan jawatan Naib Presidentnya sendiri dan menjawat jawatan lama Alexa (yang dipecat sendiri olehnya. Perkara itu yang bikin dia susah hati dan bersalah pada Alexa sekaligus menjadikan mereka rapat). Billy cuba berbincang dengan Chris kenapa mereka mula regang tapi Chris seperti diguna guna. Jadi dia terpaksa membuka mulut yang dia dan si Ev nyaris bercumbu (NYARIS ! Dia masih cintakan suaminya tahu. Terlalu cinta!). Billy dihalau rumah dan kerumah ibunya. Itu sahaja pilihan yang tepat. Dalam masa itu, tak sampai 24j, dia nekad mencari bapanya yang dah hilang hampir 20 tahun. Setelah mendapat maklumat mengenai ayah di laman sesawang. Dia pun terus kesana dan mendapatkan jawapan kenapa dia ditinggalkan.
 
Dalam sepanjang mendapatkan kehidupan lamanya, dia telah mempelajari banyak perkara. Yang mana aku dapat sekali lah. Sebenarnya, bukan apa yang kita nak itu apalah yang kita mahukan sebenarnya; tapi usaha itu. Gila kau. Dalam satu malam kau dapat apa kau nak. Jika kau seorang pemalas dan tak ada misi visi kehidupan maka memang sesuai tapi Billy tak. Dia seorang wanita yang hebat; suka berusaha.
.
Apa yang aku nak review disini bukan lah mengenai katak jed tu semata. Tapi mengenai kehidupan. Apa yang kita ada sekarang ini. Jangan disia siakan. Walaupun banyak benda kita nak capai, mulakan dengan hanya satu langkah. Barulah destinasi itu bermakna.
 
Buku ini mengenai kehidupan; sesuai bagi siapa yang begitu mahu impiannya dicapai hanya dengan satu malam. Maka, kau akan dapat pengajarannya.
 
Baiklah. Itu sahaja. Moga mendapat malam yang indah.
 
"Mencapai destinasi itu tidak penting. Apa yang penting adalah perjalanan dan usaha menuju destinasi tersebut."
 
Note: siapa tahu buku Laura Caldwell dalam siri bahasa melayu lagi. Mohon bagitahu aku! Atau buku buku terjemahan lain. Terima kasih. :)

Sunday, May 24, 2015

bantu aku kalau anggap aku kawan

TOLONG 
DELETE 
GAMBAR 
TAK MENUTUP 
AURAT AKU

baik dari rambut, lengan dan kaki

I made mistake. OF COURSE.

But people does changed.

pls respect me.

if youre girl. keep it in save place.

kalau rasa sayang nak delete kenangan kita tu;

ayuh jumpa, kita bina kenangan baru!

Selfie sampai lebam ! :D

kau bukan tuhan

Hai, apa khabar?

"Kau tahu tak, dia tu suka sangat dekat kucing, kalau I lah, I tak suka ok, kotor banyak hama kutu, ew""Cuba kau jadi macam dia, pandai bergaya makeup. Jangan jadi malas selekeh macam ni""Kau tak ada otak eh? Tak kan benda senang ni tak boleh buat, kalau aku lah sekejap je dah setel projek ni"

For the rest 25 years almost. I meet ber-dozen billion of people. Sure you do, too. 

Apa topik aku entri kali ni. Perihal banding membanding bandingkan. Hah, nampak betapa aku nak jelaskan dekat sini.

Tahu, betul. Lagi ramai kita jumpa orang lagi banyak pe'el kita akan jumpa. Beraneka warna corak pattern so whatever lah. 

Hope, pada yang punya sejenis penyakit begini, aku tak minta kau henti sikap banding membandingkan ni, cuma take time and think of it. Just think. 

Untuk apa Tuhan tu menciptakan manusia sekeliling kau manusia yang begini begini perangai sifat sikap mereka. Untuk Tuhan nak uji kau. Sama ada kau boleh kawal diri atau apa sahajalah. Aku bukan Tuhan, maka aku tak tahu ujian persis apa yang Dia nak bagi dekat kau ketemu manusia yang bagi kau; tak berguna.

Lagi satu, dah ternyata lagi hakiki Tuhan tu Maha Bijaksana, tak kan dia nak samakan semua perangai macam perangai kau yang OF COURSE . bagus sangat laah kononnya tu. 

Just let think of it. Not your 25H. Just minute. Allah tak bebankan hamba Dia dengan benda yang dia tak mampu. Tapi, percaya lah, sifat menbanding bandingkan kau tu, does hurt ber-dozen billion of people around you.

Didnt ask to stop, just THINK. 

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...