Salam sejahtera, selamat segala pengulu hari.
Wahh, kejap lagi sudah 1st Feb, dan berakhirnya bulan Janu pada tahun ni. Cepatnya masa berlalu, bukan?! Ya! Moga moga, segalanya baik baik saja.
Bukan calang calang hari, dalam bulan Janu ni. Dan perihal tahun lepas, aku tak coretkan banyak mengenainya. Kerna tak banyak benda yang osem jadi. Maka, tak banyak yang aku mahu ceritakan disini. Oh oh-- Tapi tahun baru, aku dan keluarga pergi tengok bunga api di Dataran! Pertama kali aku lihat depan mata tahu! Kemudian kami ke Cameron! Oh- Damn! Terasa hatiku tertinggal disana. Sobs sobss..
Oh, dan lagi, sepatutnya hari raya cina nanti, kami akan ke Cameron, tapi memandangkan ada cousin cancel saat akhir, so mungkin akan ke Bagan Lalang je. Ahh-- Rindu juga tempat itu! Petemuan cinta pandang pertama disana! Kahkah. Itu cerita berkurun tahun lamanya. Aku pun dah lupa, sama ada umur aku 18 tahun atau 19.
Baiklah, mengenai business.
Moga tercapai impian nak ada business sendiri nanti! Aamiin!
Novel? Shit.
Kau tahu, setiap seorang ada hari hari 'hard-day' mereka. Sampai aku sendiri rasa, kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain, kenapa Allah uji aku begini. Apa salah aku kat jantan tu. Dan segalanya.Tapi, percayalah, hari hari tersebut akan dibalas setimpal, dan kau akan terasa bahagia yang teramat sangat.
Baiklah, aku perlu tidur sekarang, jam tipu di telefon bimbit membuatkan aku cemas, kerna aku perlu bangun seawal 6 pagi untuk tolong mak di kedai, kemudian pukul 8 aku perlu bersiap untuk masuk kerja pada pukul 8.30 pagi.
Ahh! Aku sudah dapat gaji tadi!
Walaupun, sebenarnya tak banyak yang dirancang tak menjadi, sekurang kurangnya, aku tak akan berhenti dari terus cuba dan mencuba! Itu lebih baik dari mengalah! Cayook cayook!
Itulah cadangannya pada tahun ini, moga moga tercapai. Aamiin aamiin aamiin!
![]() | |||
Sudah sudah, jom tidur.
Moga Encik Jodoh dilindungi Allah selalu,
dan kalian juga diberkati-Nya.
Jazaka Allahu Khairan. 