Sunday, January 29, 2012

The greatest 1, 001



Ho. Ho. Ho. Baiklah. Aku tak perasan rupanya sudah cecah 1001. Terlewat nak print sreen. Damn it!
Btw, terima kasih daun daun daun keladi kepada mereka yang meng-like dan yang mem-promot. Do like always yow. Pls talking behind me either. XD

Wednesday, January 25, 2012

Tong Sampah Pemusnah Memori

Tahun 2030,

Dia berdiri di hadapan kilang yang tertera nama 'Pemusnah Memori'. Baju unifom kemas dilekatkan pada tubuh. Tag bernama 'Jamal' dan pass masuk diselitkan pada poket baju kemeja berwarna biru muda.
Dia melangkah masuk ke kilang tersebut. Kilang yang intinya segala putih belaka. Mesin pemusnah yang semi besar berada dalam ratusan unitnya. Dia berjalan terus ke tempat duduknya. Manusia lain sibuk melakukan tugas. Mesin separa besar yang bakal dikendalikan akan memusnahkan memori yang pelanggan mereka serahkan untuk dimusnahkan. 

Satu, Dua, Tiga dan masih lagi mengira.

Agak lama aku tak menulis disini,
Walau tiada siapa yang baca, aku tetap mahu menulis.
Lantak.

Aku agak buzy lately.
Sibuk menulis benda yang aku telah mulakan, cuba nak menghabiskannya kemain azab. Tapi minat itulah penawarnya, ye dak?

Dalam masa yang sama aku cuba melarikan diri dari terus addict pada internet. Sebab aku ada baca satu artikal di surat kabar, yang penagihan pada internet dapat memusnahkan otak. Dan ketagihannya sama seperti ketagih pada dadah. Dan ya, sudah tentu aku tak mahu musnahkan otak aku yang tak berapa pandai ni.

Lagipun, aku tak dapat menulis dengan membuka Twitter, dan Facebook. Aku tak sehebat mereka. Tak langsung. Tapi aku cuba jadi lebih hebat dari mereka. Masih mencuba, dan terus mencuba.

Doakan aku dapat selesaikan novel seram, dan cerita gengster ni. Selepas itu, baru aku dapat tumpukan pada penulisan lain.

Empat, Lima, Enam. Dan terus mengira.

Aku rasa jemari aku dah kematu nak
cukupkan 15 ribu words dan 50 ribu words.
*Curian Google*

Saturday, January 14, 2012

Nama dia PK.

Bermaksud 'Patah Kaki'. Antara KKU (Kucing Kurang Upaya) kat kedai aku. Seeokor yang jinak, dan sangat aktif bergurau. XD


Kucing yang patah tangan ni pun masih aktif, panjat pokok kemain.
Inikan kalau kau?
Apa kau mampu segembira diri kau yang sekarang?

Thursday, January 12, 2012

Itu yang dinamakan kehidupan. Apa kau masih mampu teruskan?

Apa yang kita sangka, tak selalunya betul.
Apa yang kita rancang, tak semuanya menjadi.

Benar,
Tak bohong.

Inilah namanya realiti kehidupan.
Mencuba, mencari, menikmati sesaat dalam kehidupan.
Ruang hitam nyah ditolak ketepi, semata mata untuk merasai indahnya dunia.

Akan tetapi,
Apabila semuanya tidak menjadi,
Segalanya tidak berhasil
Atau dalam kata lain,
Punah. Musnah. Hancur. Dan berkecai?

Apa kau mampu untuk teruskan kehidupan?
Apa kau mampu berhadapan hari esok?
Atau mampukah kau hadapi segala kemungkinan.
Apa kau fikir segalanya akan ok?
Akan berlalu dek kenangan silam, kelam lagi gelap itu?
Bila kau teruskan hidup, lupakan segalanya.
Dan semuanya akan baik?

Hidup ini satu medan peperangan,
Sama ada kau terus berjuang,
atau kau mati di dalam medan petempuran.



#CurianGoogle

SEMOGA BERJAYA!

Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...