Thursday, July 4, 2024

Enjoying view while it lasts


Day 2 tidur dekat airport.
Dan masih lagi menganggur.
Duit cash tinggal SDG 35, MYR30
Dalam bank MYR17

Bukan saja saja dekat sini, suami dah kerja dulu,so nak buat apa dekat JB sorang, baik lepak sini berkepit dengan laki,kahkah cuma dia dah ada hostel dia la, tak akan aku nak tidur hostel lelaki, hagak²laaa .. haha but here so comfy, so seeejukk~ tandas bersih sentiasa, air minum free pun hado, port ni malam malam tenang je.. aku ni tidur sambil menulis pun boleh lena, apalah sangat tidur dekat kerusi, sesekali boleh je landing belakang tempoh tu tapi sejuk yamaaat floornyaa pun, selesa lagi duduk dekat kerusi je ... Ah yang paling penting, free wifi laju noks, layan movie pun tak sedar dah pukul 3 4 pagi.. hee 

Sebenarnya aku nak update tiap hari tapi entah. Aku ni, kalau orang lain semua sempurna je hidup bertema, entah la aku ni tema apa, macam semua benda tak boleh harap. Huu

Yang penting, enjoy view pepagi bangun tidur camgini selagi masih menganggur ~ #FreePalestine 

Semangat! Semangat!

From Draft 2024 Juli, 02
5:47AM


Awal sangat semangat makannya ni. Haha. Kali ni kita lama sikit di kandang, tak keluar. Lihatlah bagaimana nanti. Buku merah jangan lupa dibawa kemana mana. Sebenarnya banyak nak dicoret, bagaimana tiba tiba disini, dan bagaimana boleh lepas ke seberang walaupun blacklist, ahh.. macam macam lahhh.. tapi nanti kita buat another entri wokeh.. Beg sandang aku dah koyak, so kehulur ke hilir la aku bawak beg pink tu, dah la kena hurung laptop kesana sini..

bertabahlah ya.. kikiki

Aku tau tak ada siapa baca pun, so bagi aku ok, alhamdulillah memang itupun aku nak buat masa ni, tindak tanduk kali ni bikin kaget masa lalu, bukan kali pertama pun aku lari tinggalkan semua, cuma kali ini.. bersebab demi sebuah kebebasan, freedom financial .. ahh persetanlah kata orang, aku nak coret setiap pengalaman, aku kan nak jadi penulis semula.

Ceritera paling sesuai, kan dari pengalaman.

Semoga bermanfaat dan sama sama la kita bebas segala hutang. Aamiin. Kegagalan kantin benar benar bagi pelbagai pengalaman dan Andai si pemiutang terbaca ni, sabar jap ya. Kami tengah usaha~ 

Ahh, dah lewat, jom masuk kandang 😌

*Kenapa aku panggil kandang? Next entri aku tunjuk kenapa..hahaa




Enjoying view while it lasts

Day 2 tidur dekat airport. Dan masih lagi menganggur. Duit cash tinggal SDG 35, MYR30 Dalam bank MYR17 Bukan saja saja dekat sin...